"MIKA, bangun!!" Suara kuat Aidan menganggu lena Mikayla. Terpisat - pisat gadis itu bangun dari pembaringan. Wajah bengang Aidan dipandang polos.
Pap!
Tuala dicampak kasar pada Mikayla buatkan gadis itu terkebil - kebil memandang Aidan.
"Tuala apa ni?" Soalnya polos.
"Tuala apa kau tanya? Pergi mandi sekarang. Lepas ni kau kena sarapan sebab hari ni aku nak latih kau!" Tegas Aidan.
"Tapi saya mengantuk". Rungut Mikayla perlahan. Dia kembali baring. Mata dia berat sangat untuk dibuka.
Namun begitu, Aidan terus tarik tangannya kasar agar turun dari katil. Tuala itu diletakkan di atas kepala Mikayla.
"Kau pergi mandi cepat sebelum aku yang masuk sekali dalam bilik air tu untuk mandikan kau". Ugut Aidan.
Terus cerah mata Mikayla bila dengar Aidan kata macam itu.
Gila!
Mustahil dia akan biarkan Aidan masuk ke dalam bilik mandi dengan dia.
Sejurus itu, tangan Aidan yang memegang tangannya dilepaskan lantas dia masuk ke dalam bilik mandi.
Aidan tergelak kecil.
"Baju kau aku dah tinggal letak atas katil. Kau bersiap tau. Aku nak keluar kejap". Pesan Aidan.
"Baik awak!"
Bila dengar Mikayla jawab begitu... Aidan bingkas keluar dari biliknya melalui jendela. Kalau dia keluar ikut pintu mesti dia akan terserempak sama dengan Essandra. Dia tak mahu perkara itu berlaku.
"Aidan".
Aidan menghela nafas bila dia melihat Victor sudah duduk di atas pagar besi. Tak faham betul dengan lelaki tua ini.
"Kau nak apa, Vic?"
"Hari ni kau kena selesaikan tugas. Sangat - sangat penting untuk kau, Aidan". Ujar Victor bersama sengihan sinis.
"Kenapa aku? Jaz, Luf, Ash... takkan yang lain tak boleh buat? Kenapa kau mesti pilih aku?" Soal Aidan tak puas hati.
Berkali - kali dia terima tugasan untuk membunuh. Dia dah penat melakukan semua itu!
"Kenapa Aidan? Selama ini kau tak pernah mengeluh. Kau tak pernah pertikaikan arahan aku. Kenapa hari ini kau persoalkan arahan aku? Kenapa, Aidan Qayyum!?" Bentak Victor bengang. Wajah tua itu langsung berubah tegang menandakan bahawa dia tak suka perlakuan Aidan.
Aidan ketap rahang.
"Kau pertikaikan arahan aku sebab perempuan tu kan? Kau..."
"Fine! Aku ikut arahan kau. Mana gambar tu?!" Bidas Aidan kasar. Dia hulurkan tangannya pada Victor.
Victor senyum puas hati.
Sejurus itu, sekeping gambar di berikan pada Aidan.
"Kau kena hati - hati. Jangan tinggalkan sebarang jejak. Kali ni dia ahli golongan kaporat. Lebih berharta dan banyak mata memandang. Kau silap langkah, kau mati". Pesan Victor.
YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomanceAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...