SEUSAI mendodoikan Adwa, Aidan mengintai Mikayla yang sedang sibuk mengemas. Disebabkan perangainya yang tidak bermoral. Mikayla terus takut hendak berdua - duaan dengan dirinya.
Pintu bilik diketuk Aidan.
Mikayla memandang Aidan lalu laju saja dia menyudahkan apa yang dilakukannya lalu dia berlari anak keluar dari bilik. Hendak biarkan Aidan masuk ke dalam bilik seperti semalam? Kirim salam. Dia takkan izinkan.
"Ada apa?" Soal Mikayla perlahan.
Aidan memandang Mikayla dengan perasaan serba salah. Rambutnya diusap perlahan - lahan.
"Pasal semalam. Aku minta maaf. Aku tak tahu Haidar dah buat macam tu pada kau". Tutur Aidan jujur.
"Jadi, kalau Haidar tak buat macam itu kiranya awak tetap akan teruskan buat begitu ke?"
"Mika. Aku nak minta maaf bukannya nak bergaduh dengan kau. Okey, aku mengaku aku silap sebab aku asyik ikutkan perasaan marah. Aku terlalu rindukan kau jadi aku tak boleh nak kawal diri aku. Tambahan lagi semalam kau sangat cantik". Gumam Aidan perlahan.
Mikayla diam.
Aidan menggosok rambutnya.
Argh, dia rasa kelu nak bercakap dengan Mikayla!
"Saya nak keluar dari rumah ni". Bicara Mikayla yang secara tiba - tiba itu mengejutkan Aidan.
Ah, sudah!
"K-kau nak pergi ke mana? Ke-kenapa? Dengan siapa? Bila?" Bagaikan peluru berpandu Aidan menyoal Mikayla tanpa henti.
Mikayla menunjukkan dua jari dihadapan Aidan.
"Saya ada dua sebab. Pertama, saya nak menjauhkan diri dari awak". Asbab yang pertama itu melukakam hati Aidan. Mikayla akan jauh dari dia untuk sekali lagi.
"Kedua, saya nak cari apa yang hilang dalam diri saya".
"Apa yang hilang? Aku rasa kau sempurna saja". Laju saja Aidan memintas.
Mikayla tersenyum nipis.
Dia menepuk perlahan dada kirinya.
"Iman. Saya tahu saya orang islam tapi saya tak pernah hidup dengan gaya islam. Saya rasa ini sebabnya hati saya semakin sakit sebab saya mencintai awak lebih dari segala - galanya sehingga saya lupa mencintai Pencipta kita". Tutur Mikayla.
Aidan pula yang tersentap mendengar bicara Mikayla.
"Leen pun ada panggilkan ustaz untuk membimbing awak. Tapi, kenapa awak sentiasa mengelak? Bukan ke awak nak berubah? Awak masih nak teruskan dengan kelalaian awak? Awak nak tahu? Saya dah makin tak kenal dengan Aidan yang saya cinta dulu. Aidan yang sentiasa menghormati saya sebagai perempuan. Aidan yang sentiasa melindungi dan tak pernah menyakiti saya. Ini, awak yang baru. Saya minta maaf, Aidan. Saya tak suka awak yang baru ni". Ucap Mikayla lalu dia menepuk lembut dada Aidan.
Aidan menangkap tangan Mikayla lalu tangan itu diciumnya.
"Aku boleh memperisterikan kau semula kalau aku jadi Aidan yang dulu?" Soal Aidan penuh pengharapan.
YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomanceAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...