"Tolong saya, Aidan!" Terpasak kaki Aidan tatkala melihat tubuh genit Mikayla yang diikat di dalam rumah usang. Paling menggusarkan apabila rumah usang itu makin marak dijilat api.
"Mm-Mika", Air mata lelakinya jatuh.
Tak. Dia takkan biarkan Mikayla terkorban.
Tak sempat Aidan mahu membuka langkah, tangan seseorang terlebih dahulu memegang lengannya.
"Apa yang kau bu-" Air muka Aidan berubah tatkala melihat lelaki itu.
"Pa-pa?" Soal Aidan perlahan.
Haze tersenyum nipis. Rambut Aidan diusapnya lembut. Kemudian, air mata yang bersisa pada pipi Aidan disekanya.
"Do you love her very much?"
Aidan angguk.
"P-please, lepaskan tangan Aidan. Aidan nak selamatkan Mika", Rayu Aidan.
Namun, Haze seakan enggan melepaskan tangan Aidan.
Lantaran melihat api semakin marak, Aidan lebih pantas merentap tangannya dari terus dipegang Haze. Lalu, Aidan membuka langkah menuju ke arah rumah usang yang dihuni Mikayla.
Bang!
Peha kiri ditembak entah dari mana membuatkan sebelah kaki Aidan mula kehilangan imbangan. Namun, dia tetap gagahi juga.
"Ai-Aidan!"
"Mika!"
Bum!
Kayu - kayu yang dijilat api jatuh menghempap tubuh Aidan.
Aidan menangis.
Sakit...
Belakang tubuh yang terasa dijilat api. Namun, dia gagahi untuk bangun. Demi Mikayla. Tetapi, dia tersungkur semula.
Rambut Aidan disentuh lembut.
Aidan mengangkat wajah memandang Haze yang tersenyum nipis.
Beban yang terasa terus menghilang. Tiada luka. Tiada api dan tiada Mikayla.

YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomanceAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...