Terasa lega tubuhnya apabila dia membaringkan tubuh di atas katil. Namun, kesenangannya itu tidak lama apabila Mikayla mendekatinya bersama - sama dengam wajah yang masam.
Aidan terkebil - kebil memerhatikan isterinya.
"Mika?"
"Awak pergi keluar beli kain batik. Saya teringin nak pakai kain batik". Tutur Mikayla sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas katil. Mikayla mengusap lembut rambut Aidan. Aidan sengaja memindahkan kepalanya di atas riba Mikayla.
"Kenapa tiba - tiba kau nak pakai kain batik pula ni? Takkan kau cemburu lagi?" Soal Aidan keliru.
Mikayla memandang Aidan.
"Saya nak pakai kain batik. Saya lagi cantik kalau pakai kain batik tu depan awak!"
"Ya, kau memang seksi. Pakai apa pun tetap seksi". Akui Aidan lembut. Pinggang Mikayla diusap lembut.
Dia perlu sedar. Bercinta dengan gadis muda seperti Mikayla, dia perlu bersabar menghadap api cemburu. Malahan, Mikayla sanggup melakukan apa - apa sahaja demi meraih perhatiannya.
"Tapi saya tetap nak awak belikan kain batik untuk saya. Dua helai pun dah cukup sebab saya teringin nak pakai". Pesan Mikayla.
Aidan mencium lembut tangan kanan Mikayla.
"Kau dah cukup seksi, Mika".
"Saya tak kira. Saya nak pakai kain batik. Awak tak nak beli sama juga alasan awak tak sayang saya. Awak lagi suka tengok perempuan kat sungai tu berkemban kan? Awak tak berminat dengan saya sebab saya bukan anak dara dah kan?!" Rungut Mikayla sambil memandang tajam wajah Aidan.
Aidan sentuh dahi.
Kenapalah dia rasa sifat obses Mikayla pada dia makin tinggi? Dia tak pakai susuk pun. Tak juga bomohkan Mikayla untuk gilakan dia.
"Awak tak nak beli tak apa. Saya boleh pergi beli sendiri".
"Aku beli. Kau tunggu kat rumah". Akhirnya Aidan juga mengaku kalah. Bendera putih dikibarkan untuk Mikayla.
Aidan bingkas bangun dari pembaringan. Bibir merah Mikayla dicium sekilas sebelum Mikayla mengamuk lagi.
KAIN batik yang berwarna merah jambu dan berwarna hijau muda diperhatikan Aidan dengan penuh hairan. Kenapa perempuan suka pakai kain batik sambil basuh kain kat belakang sungai?
"Aidan".
Kaki Aidan terpasak tatkala melihat Falqh berdiri dihadapannya. Menghalang laluan dia untuk terus melangkah.
"Kau nak apa?" Soal Aidan dingin.
Pandangan Falqh jatuh pada dua helai kain batik yang dipegang Aidan.
"Beli untuk Mika?" Soal Falqh bersama - sama senyuman senget.
"Kau jangan sibuk boleh tak?" Soal Aidan dingin.
"Aku takkan sibuk kalau kau tak menyusahkan kerja aku, Aidan. Kau beli kain batik ni sebab Mika cemburu kan? Mampu ke kau nak hadap cemburu dia?"

YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomanceAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...