GABRIEL mengikat tubuh Victor sama seperti yang Aidan arahkan. Gabriel memerhatikan Aidan yang sedang menahan tubuh Aliah.
"Jangan dekat dengan aku!" Tegas Aliah sambil membuat muka jijik. Parut di bahagian mata Aidan itu membuatkan dia menjadi tidak suka dengan Aidan kerana Aidan sudah tidak sempurna.
Aidan tersengih sinis.
Pisau yang digunakan Victor tadi ditekan pada leher Aliah.
"Kau main kotor untuk paksa aku sentuh kau. Kau perempuan jijik. Tahu tak?" Soal Aidan sinis.
"Ai-Aidan..."
"Aku jaga diri aku dari kau. Tapi, kau dah lukakan hati aku. Kenapa kau buat aku macam ni? Apa silap aku selama aku cintakan kau?" Soal Aidan lirih.
"Ak-aku minta ampun Aidan. Ja-jangan bunuh aku". Rayu Aliah.
"Aku akan bunuh kau. Aku akan campak mayat kau pada anjing - anjing!"
"Ai-Aidan! Ki-kita ada anak!" Laju saja Aliah bertutur membuatkan Aidan yang mahu menyembelih leher wanita itu terhenti.
"An-anak?"
"Anak kau, Aidan". Bicara Aliah membuatkan Aidan terkedu.
D-Dia ada anak?
"Kau tipu aku kan? Entah - entah anak Victor tua ni. Kau tuduh anak aku".
"Sumpah, Aidan. Dia anak kau! Lepas kita bersama tahun lepas... Aku tak bersama dengan Victor langsung. Aku rasa letih dan bila aku tahu aku mengandung aku memang nak gugurkan dia macam aku gugurkan anak - anak Victor sebelum ni. T-tapi, aku tak boleh gugurkan dia sebab aku rindukan kau..." Adu Aliah sayu.
"Aidan..." Gabriel menegur Aidan yang seakan kaku.
Aidan memandang Aliah. Tegas.
"Bawa aku pergi jumpa dia. Kalau kau tipu aku. Aku bunuh kau". Arah Aidan seraya menolak tubuh Aliah.
"Kau cari penawar tu cepat, Gab. Kalau orang tua tu tak bagi kau seksa saja dia". Arahan Aidan membuatkan Gabriel menyeringai sinis memandang Victor.
Bonus!
"Sakitlah Aidan!" Aliah cuba menolak tangan Aidan yang mencengkam kasar lengannya.
"Cepatlah. Aku nak tengok budak yang kau kata anak aku!" Jerkah Aidan.
Aliah membuka pintu bilik itu lalu dia membawa Aidan masuk bersama - samanya.
"Itu dia. Adwa Aariz..." Kata Aliah sambil memerhatikan Aidan yang terkejut.
Aidan terus membuka langkah mendekati bayi lelaki yang berusia lima bulan itu.
Mata itu berwarna hijau. Persis dia...
"I-ini memang anak aku?" Soal Aidan perlahan.
"Ya, kalau kau tak percaya kau boleh buat ujian DNA. Setiap kali aku nak bunuh dia aku akan teringatkan kau sebab mata dia sama saja dengan kau. Tapi, sekarang ini aku rasa tak ada masalah aku nak bunuh dia memandangkan ayah dia dah ada dengan dia". Sinis Aliah sambil mengutip pisau yang dilepaskan Aidan sebaik sahaja melihat anak mereka.

YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomantikAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...