"HAZEL!" Hazel yang sedang menyidai pakaian terkejut tatkala namanya tiba - tiba diseru dengan suara garang abang kembarnya.
Terkebil - kebil matanya melihat Hanzel yang berpeluh. Rasanya, Hanzel baru siap tolong Xavier mengemas. Hari ni Hanzel yang paling bising kerana membebel pada mummy mereka yang sibuk mahu membantu.
Hazel sakit telinga tau dengar Hanzel membebel. Tapi, takkan nak tegur pula? Nanti tak pasal - pasal Hazel kena marah. Dahlah Hanzel tu garang.
"Apa, Abang Hanzel?" Soal Hazel keliru.
"Jangan nak buat muka blur tu kat depan aku. Bagi kain ni dan kau pergi bersiap pakai baju raya!" Marah Hanzel seraya merampas bakul pakaian dari Hazel.
Hazel mencebik.
"Abang Hanzel berangin sangat kenapa?"
"Bukan berangin tapi aku geram tahu? Kau tu mesti ikut gen kedegilan mummy. Nasib baiklah aku dah siap kemas rumah dengan Xav. Dahlah, pergi bersiap cepat. Nanti aku pergi tengok kau. Pergi!" Halau Hanzel seraya menolak tubuh Hazel menjauh.
"Bagilah Hazel siapkan kerja dulu..." Hazel merengek manja.
Hanzel mencekak pinggang.
"M-A-S-U-K". Apabila sepasang mata hijau itu mencerlung tajam memandangnya Hazel gerun hendak melawan. Maka, Hazel tetap juga akur dengan arahan Hanzel.
Jika Hanzel suruh dia bersiap. Jadj, buat sajalah. Mana tahu angin dia baik dan Hanzel akan bawa dia keluar jalan - jalan? Hazel sudah lama teringin hendak keluar dari rumah!
"Hazel masuk dulu tau".
"Pergi sajalah". Halau Hanzel seraya menyambung tugasan Hazel untuk menyidai pakaian. Meskipun dia lelaki tetapi tolong jangan pandang remeh pada dia kerana dia lebih mahir membuat kerja rumah berbanding Hazel. Sebagai seorang abang sudah menjadi tanggungjawab dia untuk membantu mummy.
"Muah!"
Membulat sepasang mata hijau Hanzel tatkala pipinya dicium Hazel secara tiba - tiba.
Hanzel menoleh memandang Hazel yang sudah tersengih comel padanya.
"Thank you, Abang Hanzel. Ti amo!" Ucap gadis jelita itu lantas dia mencicit lari masuk ke dalam rumah.
Hanzel ketawa kecil.
"Bodoh". Gumamnya sendiri.
+++
"HARI raya tu apa?" Soal Ivans polos sambil memandang seraut wajah isterinya yang sedang tersengih sambil menggosok pakaian.
"Hari raya tu hari untuk menyambut kemenangan umat islam setelah sebulan berpuasa". Balas Illyana dengan lembut.
Ivans mengangguk perlahan.
Puasa.
Eh, tak mati pun macam apa yang Hanz katakan. Hanz memang sengaja berniat mahu memperbodohkan dia yang sememangnya jahil berkaitan agama. Hanz tak apalah sekurang - kurangnya ada juga tersisa keagamaan di dalam hati lelaki itu.
"Aku nak raya. Tapi, macam mana nak sambut raya?" Soal Ivans lagi.
"Senang saja. Nanti anak - anak kita akan bersalaman dengan kita. Kita sambut tetamu datang dan bagi duit raya pada budak - budak". Cerita Illyana.
"Budak? Tu dalam perut kau tu macam mana nak bagi duit raya?"
"Ya Allah, Ivans. Janganlah polos sangat. Anak dalam perut kita ni tak payahlah kira. Nanti dia orang lahir barulah awak fikir nak bagi duit raya. Tapi, kalau awak nak bagi pun boleh juga. Abang bagi saja pada saya". Ujar Illyana seraya mengerling nakal seraut wajah kacak Ivans.
YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
DragosteAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...