BULAN yang bersinar cantik di langit direnungnya lama. Dia tersenyum nipis.
Dah lama rasanya dia tak menjenguk adiknya dan juga anak buahnya.
Agak - agaknya, anak buahnya pun sudah besar panjang.
"Aidan", Dia terus pusingkan tubuh tatkala melihat Essandra melangkah mendekatinya.
"Kau nak apa Ess?" Soal Aidan hairan.
Jarang Essandra tayang muka tak puas hati sebegitu padanya. Dia ada buat salah besar ke?
"Siapa perempuan tu, Aidan? Kau kutip perempuan tu kat mana?"
"Takkan tentang perempuan tu kau nak kecoh?" Soal Aidan geram. Bengang bila Essandra sentiasa sibuk mahu menentukan hidupnya. Perempuan itu bukan sesiapa padanya.
"Masalahnya aku tak kenal perempuan tu dan perempuan tu nampak naif, Aidan. Kau bawa perempuan senaif dia dalam tempat yang bahaya", Tegur Essandra. Dia pandang tulus wajah Aidan.
Aidan ketap gigi.
"Kau... kau ada hati dengan perempuan tu, Aidan? Sebab tu kau..."
"Aku akan ajar ikan tu cara nak pertahankan diri. Sama macam aku ajar kau. Muktamad", Ujar Aidan tegas lantas dia berlalu pergi meninggalkan Essandra seorang diri.
Perempuan itu hanya memerhatikan kelibat Aidan yang sudah semakin menghilang.
Tak tahu mengapa.
Tapi hatinya diserang perasaan kecewa.
Aidan sukakan perempuan itu? Tak mustahil kerana dia nampak macam mana pandangan Aidan pada perempuan itu. Dia kenal Aidan bagaimana.
MIKAYLA membelek baju yang tersarung pada tubuhnya. Rambut dia di ikat sanggul. Mujur Aidan berikan baju berlengan panjang kepada dia. Tak lah dia terdedah sangat di hadapan orang lain.
Seusai itu, Mikayla buka pintu bilik Aidan.
Sebaik sahaja daun pintu dikuak, langkahnya terhenti tatkala melihat Aidan yang berdiri di hadapan pintu bilik.
"Aku baru nak buka pintu", Kata Aidan perlahan.
"Oh... saya nak cakap terima kasih sebab belikan baju ni untuk saya", Ujar Mikayla bersama senyuman ikhlas.
Aidan senyum segaris.
"Takkan aku kejam sangat nak suruh dia orang tengok badan kau kan, ikan? Lainlah kalau kau dah kahwin dengan aku. Pakai baju aku pun aku tak kisah", Ujar Aidan berseloroh.
Mikayla terkebil - kebil.
Apakah?
Aidan senyum senget pandang Mikayla. Dia menapak mendekati gadis itu membuatkan Mikayla terundur ke belakang.
"Aw... awak",
Gabra terus jadinya apabila tangan kekar Aidan memegang kuat bahunya.
Cuak!
Aidan leraikan ikatan sanggul Mikayla.
"Kalau kau nak keluar dari bilik aku, jangan sesekali pun ikat rambut macam tadi. Faham tak ikan?" Soal Aidan tegas.
YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomansaAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...