"MIKA", Mikayla terus menayangkan muka menyampah tatkala matanya menjamah seraut wajah Aidan. Dah tiga hari lelaki ini tinggal di rumah Ghibran.
"Mika buat apa dalam bilik lama - lama?" Soal Aidan sambil tersengih - sengih memandang Mikayla.
"Buat apa? Saya bertemu janji dalam bilik. Sekurang - kurangnya bilik saya ni selamat sikit dari syaitan jantan macam awak". Sinis Mikayla.
"Apa cakap macam itu? Mika berdating dengan siapa? Janganlah cari pengganti. Abang cemburulah. Abang nak tengok siapa yang berjaya ambil perhatian Mika sampai lama sangat kat dalam bilik".
"Awak nak tengok sangat? Pergi ambil wuduk dan solat. Kemudian, awak akan jumpa gerangan yang berjaya buat saya jatuh hati tu. Lembab. Dengan Allah pun nak cemburu". Kutuk Mikayla lantas berlalu meninggalkan Aidan yang sudah hilang kata.
Memalukan betul dia ni.
"Mikaaaa". Rengek Aidan lalu dia menyaingi langkah Mikayla. Gaya wanita itu nampak menyampah saja dengan dia. Adakah ini kesan pembawakan bayi? Kenapa bayi mereka begitu membenci dia?
"Mika". Tangan Aidan menyentuh lembut perut Mikayla membuatkan Mikayla terus menampar wajah lelaki itu.
Aidan terkedu.
"Saya kata jangan sentuh perut saya!" Jerkah Mikayla lantas dia kembali masuk ke dalam bilik. Hilang terus mood baik dia!
"Kau buat apa kali ini, Aidan?" Tegur Essandra geram.
Bebal betul Aidan ni. Tangan tu asyik tahu menyentuh saja. Sikit - sikit pegang bahu Mikayla. Sikit - sikit perut. Jangan ditanya berapa kali Mikayla mengamuk disebabkan seorang Aidan Qayyum.
"Aku sentuh perut dia..." Balas Aidan perlahan.
"Kenapa Mika marah sangat? Apa yang kau dah buat kat dia sebelum ni?" Soal Essandra ingin tahu.
Aidan mengemam bibir.
"Kau tahu kan aku dah sentuh Mika?"
"Mestilah aku tahu kalau tak macam mana Mika boleh pregnant, bebal". Kutuk Essandra geram.
Aidan tersengih serba salah.
"Bila aku mula sentuh Mika... Mika menangis dengan sangat teruk dan menjerit tanpa henti. Tapi, aku tak berhenti juga. Aku tetap memanfaatkan tubuh dia memandangkan dah setahun aku tak dapat menyentuh tubuh dia. Waktu tu, aku cium perut dia dan aku cakap aku akan menghukum dia dengan kesakitan sebab dia asyik melawan cakap aku. Aku tak pukul dia tapi aku cuma gunakan badan dia untuk-"
"Puaskan nafsu kau?" Soal Essandra sinis.
Aidan mengangguk perlahan.
"Mika sangat lembik lepas aku berhenti. Nak menangis pun dia tak mampu..."
"Jijiknya". Essandra memandang seraut wajah Aidan.
"Apa?"
"Aku rasa kau ni jijik. Tak malu dengan Tuhan ke? Tak sedar kau dah menganiaya Mika? Padanlah dia marah sangat bila kau sentuh dia. Tentu setiap kali kau sentuh perut dia tu dia akan teringat apa yang kau dah buat pada dia. Kau memang sangat - sangat selfish, Aidan". Ujar Essandra tegas.
YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomanceAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...