LANGKAH dibuka tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Secara jujurnya dia cuba mengabaikan pandangan orang kampung yang seolah - olah melihatnya persis makhluk asing yang baru tiba di bumi.
Mikayla menyisirkan rambutnya yang terjuntai ke belakang telinga.
Mereka tak mengganggu kau. Tak ada apa yang kau perlu takutkan. Bisik hati kecilnya.
Lagipun, dia perlu memasak makanan tengah hari untuk Aidan. Suaminya pasti penat bekerja.
Bum!
Tiba - tiba pasar pagi yang kelihatan meriah bertukar menjadi huru - hara apabila sekumpulan samseng memusnahkan barangan yang dijual oleh orang lain.
Mikayla memerhatikan huru - hara itu dengan penuh rasa keliru. Anehnya, apabila dia melihat orang kampung menunduk hormat pada sekumpulan samseng itu sedangkan samseng itu telah memusnahkan barang jualan mereka.
Samseng - samseng itu memandang ke arah Mikayla.
Mereka membuka langkah mendekati Mikayla.
"Bow". Arah ketua samseng itu.
"Perlu ke? Kau bukan ketua aku". Bidas Mikayla penuh berani.
Kening kiri ketua samseng itu terjungkit.
"Who are you, pretty? Kau orang baru di sini?" Soal ketua samseng itu seraya menunduk sedikit supaya dia menyamai ketinggian Mikayla.
"Yes".
"Patutlah kau nampak tak kenal aku. Nama aku, Lucas. Aku pemilik tempat ni. Nama kau?"
"Airis".
"Hey, Airis. Kau tak mahu ikut aku balik rumah? Kita boleh berbual tentang perkara yang menarik? Maybe kau boleh berehat di atas aku?" Soalan Lucas membuatkan anak buahnya ketawa kuat.
Merah padma wajah Mikayla dek menahan kemarahan terhadap lelaki itu.
"Bibir merah. Muka putih gebu. Geramnya", Pipi kanan Mikayla diusap Lucas namun...
Pap!
Mikayla menampar kuat tangan itu.
"Don't you dare to touch me!" Tegas Mikayla.
"Aku ajak kau dengan cara baik, Airis. Takkan kau nak tolak? Aku cuma nak ajak kau datang ke rumah aku dan tidur dengan aku".
"Aku tak nak!"
Lucas tersenyum sinis pada Mikayla.
"Tangkap dia. Kita bawa dia masuk homestay baru siap tu", Arah Lucas.
Mikayla meletakkan bakul yang dipegangnya. Dia tak boleh merosakkan barang basah yang dia beli untuk memasak.
Mikayla membuka langkah apabila anak buah Lucas menyerangnya. Dia faham orang kampung takut untuk membantunya kerana keganasan samseng ini.
Bak!
Perut anak buah Lucas ditendangnya. Lelaki yang cuba menendangnya dari belakang membuatkan Mikayla membuat tindakkan drastik untuk mengelak lalu tepi pinggang lelaki itu ditendangnya kuat.
YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomansaAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...