DUA cawan kopi dihidangkan oleh Maisarah dihadapan Daiyan dan Aidan. Lantas, Maisarah berlalu pergi meninggalkan Daiyan berdua dengan tetamu mereka.
"Siapa tu?" Soal Aidan hairan.
"Isteri aku. Auni Maisarah". Balas Daiyan tenang.
"Kenapa dia pakai macam itu? Nampak mata saja. Tak panas ke?" Soal Aidan lagi.
"Aku tak tahulah dia panas ataupun tidak. Tapi, aku tahu yang dia tak mahu lelaki lain nampak aurat dia. Dia nak menjauhi daripada pandangan lelaki ajnabi. Aku sokong pilihan dia untuk itu sebab bukan mudah untuk beristiqamah berpurdah". Balas Daiyan tenang.
"Kau tak rimas ke tengok dia macam itu? Kau kata dia isteri kau. Tapi kalau dah berselubung satu badan..."
"Aidan", Daiyan memandang Aidan.
"Mai memang isteri aku. Dia sepatutnya takkan menutup aurat kalau tinggal berdua - duaan dengan aku. Tapi, disebabkan kau ada di sini dia pakai macam itu. Bukan setakat kau je. Kalau lelaki lain datang ke rumah pun dia tetap akan pakai purdah".
"Oh..." Hanya itu yang Aidan mampu membalas.
Tiba - tiba rasa bodoh pula.
"Aku dengar dari Leen yang kau sedang cuba mengambil hati bekas isteri kau".
"Betul. Tapi, aku dah buat kesilapan besar. Aku nak buat sesuatu yang tak elok pada dia. Dahlah dia trauma lepas apa yang arwah suami dia tu buat. Aku pula buat macam itu. Disebabkan aku banyak menyakitkan hati Mika tu aku takut sangat kehilangan dia". Adu Aidan lirih.
"Tak apa, Aidan. Kau masih ada peluang untuk berubah". Pujuk Daiyan lembut.
"Macam mana? Aku ni lelaki yang teruk. Aku dulu cukup marah orang menindas adik perempuan aku tapi aku pula yang menindas perempuan yang ikhlas cintakan aku. Dahlah aku kecewakan Mika sampai Mika tertekan dengan aku waktu hari pertama kami berjumpa, Daiyan. Aku rasa tak guna. Aku dah janji dengan baba dia untuk melindungi dia. Tapi, aku yang merosakkan dia". Aidan menangis dihadapan Daiyan tanpa rasa segan silu.
"Tak apa, Aidan. Semua manusia buat silap. Semua manusia layak dimaafkan. Ini minum". Secawan kopi itu diberikan pada Aidan.
Aidan mencicip kopi itu.
Daiyan menghabiskan kopi yang dibancuh isterinya. Cawan yang sudah kosong itu diletakkan semula di atas meja.
Daiyan hanya menunggu Aidan menghabiskan air kopi itu.
Aidan meletakkan semula cawan itu seperti mana yang dihidangkan Maisarah tadi.
"Kau rindukan isteri kau?" Soal Daiyan lembut.
Aidan mengangguk laju.
"Aku sangat rindu. Tapi, aku masih tak boleh nak mengajak dia berkahwin memandangkan dia tu masih lagi dalam iddah. Aku sepatutnya biarkan dia berehat dan berikan dia masa. Haih, Daiyan. Aku ni bodohlah. Aku boleh kacau ketenteraman dia sehingga dia naik gila... Mika tu walaupun dia marah dengan aku. Dia tetap senyum juga pada aku. Kenapa aku tak menghargai dia?" Rungut Aidan.

YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomanceAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...