Special: Adwa & Mikael🍀

6.2K 487 113
                                    

TAHUN berganti tahun, umur seorang Iman Mikael sudah menginjak 17 tahun. Manakala, umur seorang Adwa Aariz sudah menjangkau 19 tahun. Memandangkan Mikael tingkatan lima jadi Adwa mengambil kelas tingkatan enam atas di sekolah yang sama atas arahan papa mereka.

Meskipun satu sekolah, jangan haraplah mereka berdua akan berbaik seperti adik beradik yang lain. Tidak selepas Adwa tahu Mikael itu anak perampas!

Fokus Adwa sedang membaca terganggu tatkala dia mendengar suara perempuan ketawa halus.

Adwa memandang ke arah Mikael yang sedang duduk berdua dengan gadis sebayanya. Nampak sangat - sangat rapat. Gadis itu kelihatan menyayangi Mikael.

"Mi-ka-el, kuat makan". Ujar gadis itu.

"Tak adanya. Kau yang masak untuk aku jadi aku tak bersalah". Nafi Mikael sambil mencebik.

"Aku masak sebab aku nak gemukkan si Mikael kentang". Bidas gadis itu.

"Kau ni..." Mikael menarik hidung comel gadis itu.

"Eish!" Memerah.

"Padan muka. Aku yang handsome ni jangan sesekali digelar kentang. Mama pun panggil aku handsome tau". Tegas Mikael.

"Dasar kentang perasan". Bidas gadis itu.

Mikael ketawa kecil.

Adwa mengalihkan pandangan ke arah lain setelah gadis itu memandang ke arahnya.

Rasa benci dan marah mula menghambat hati.

Kenapa Mikael dapat semua yang baik - baik saja? Kenapa takdir yang buruk hanya dapat pada dia? Kenapa mesti dia?!

Sebal!

Kenapa papa mesti berkahwin dengan perempuan yang sudah merampas papanya dari ibunya? Kenapa mereka boleh bahagia sedangkan dia sengsara?

Ini sangat tidak adil!

Adwa bingkas bangun lalu membuka langkah menuju ke arah perpustakaan yang terdekat supaya dia dapat menenangkan fikirannya dengan membaca. Hidup dengan manusia buat jiwa jadi sebal saja.

Bukanlah Mikael tak perasan Adwa hanya memerhatikan dia dari jauh.

Padanlah muka.

Jadi, abang yang sombong lagi. Tak guna.

"Kenapa kau orang ni asyik saling pandang memandang dari jauh eh? Aku dah perasan dari form one lagi kau orang berdua tak pernah bertegur sapa. Sekarang, kau dah tingkatan lima. Masih juga jeling dari jauh. Cuba kau beritahu aku. Kat rumah kau bercakap tak?" Soal gadis itu ingin tahu.

"Tak".

Melopong terus bibir gadis itu apabila mendengar bicara Mikael.

"Di sekolah kau tak bercakap. Di rumah pun sama juga? Macam mana kau orang berdua berinteraksi?" Soal gadis itu tak percaya.

"Mana ada bercakap pun. Kami buat hal sendiri. Dia tu dah macam mayat je asyik berkurung kat dalam bilik". Rungut Mikael.

"Tak bergaul langsung?"

Mikael menggeleng.

Si gadis mula mengemam bibir lalu Mikael menyentuh kepala kawan baiknya itu.

"Jangan nak mengada - ngada cuba mendekati Adwa. Dia tu tak pandai bergaul dengan orang. Aku takut dia gunakan kau untuk membalas dendam pada aku". Pesan Mikael.

Gadis itu mencebik.

"Kau hanya banyak tengok drama. Itu yang terpengaruh".

"Jangan degil, Ulya Tihani. Aku tak suka bergaduh dengan abang aku sebab perempuan".

AIDAN - Mia Cara, MikaylaWhere stories live. Discover now