Empat bulan kemudian...
HARI ini harinya dia perlu mencari Mikayla. Hatinya amat merindui Mikayla. Seusai bersiap, Aidan bingkas turun.
Aidan nampak Xavier sedang bermain dengan Adwa. Bella dan juga Gabriel ada di situ.
"Awak nak pergi ke mana?" Suara Illyana mula menegurnya membuatkan Aidan menggosok perlahan rambutnya lalu dia memandang Illyana yang manis bertudung. Tapi, ditangan wanita itu ada senduk.
"Adwa dah sepuluh bulan, Illyana. Itu bermakna dah empat bulan aku tak jumpa Mika. Sepatutnya dua bulan je. Ni aku dah bagi lagi dua bulan extra". Ujar Aidan.
"Bukan ke lagi lama lagi bagus?"
"Apa yang bagus? Kau nak aku dapat tahu yang Mika kahwin baru kau nak izinkan aku pergi ke?" Soal Aidan tak puas hati.
Kening kiri Illyana terjungkit naik.
"Bukan ke awak senang - senang cakap dengan mudah? Saya ingat awak ni cepat terima takdir". Sinis Illyana.
"Tak mungkin. Kalau Mika dah jadi isteri orang aku takkan dapat kahwin dengan dia dah". Rungut Aidan.
"Apa yang awak nak lagi dengan Mika? Ummi beritahu saya yang Mika dah bahagia. Dia lupakan awak. Kalau awak kahwin dengan Mika pun awak kena sedar yang Mika tak boleh berikan awak zuriat. Saya takut awak akan mengeluh pada akhirnya dan memilih untuk menduakan dia". Terang Illyana.
Dia dah tak mahu Mikayla terluka. Mikayla berhak untuk merasakan bahagia.
"Kau boleh nampak masa depan aku ke?" Soal Aidan semula.
"Saya memang tak boleh nampak masa depan. Saya tak ada kelebihan macam awak. Tapi, saya tahu baca air muka awak. Awak memang akan buat macam itu. Jadi, saya tak nak awak pergi cari Mika". Tegas Illyana.
Firasat dia sebagai seorang kakak ipar. Dia tahu Aidan akan buat perangai lagi.
Apatah lagi, apabila suaminya memberitahu dia bahawa mayat Aliah dan juga Ghibran hilang sebelum rumah itu terbakar.
Kemungkinan untuk Aliah masih hidup sangat besar. Illyana pasti Aidan tahu itu. Tapi, Aidan masih enggan melepaskan Mikayla pada lelaki lain.
Kejam.
"Tak boleh begini. Adwa perlukan Mika". Rungut Aidan.
"Bukan awak tahu mak Adwa ada kat mana?" Soal Illyana semula.
Aidan takkan tergamak nak membunuh Aliah. Percayalah cakap dia. Meskipun Aidan kata benci tapi jujur Aidan rasa bahagia kerana Aliah telah mengandung dan melahirkan Adwa.
Aidan meraup wajahnya.
"Ini tak ada kena mengena dengan Aliah. Kau ni kenapa? Aku dah berubah pun kau masih lagi berusaha menjauhkan Mika dari aku".
"Saya tak nak awak seksa Mika lagi. Tolonglah berhenti buat macam ini". Tegas Illyana.
"Illyana. Aku dah dewasa. Aku tahu apa yang aku buat. Kalau sekalipun kau nak tuduh aku simpan Aliah. Kau kena sedar yang Adwa tu anak Aliah juga. Adwa perlukan ibu dia. Aku. Aku juga tetap perlukan Mika". Balas Aidan seraya berlalu keluar dari rumah tanpa menghiraukan Illyana.
YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomantiekAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...