LANGSIR dibuka untuk membiarkan cahaya mentari masuk ke dalam rumah memandangkan kulit Aidan sudah lama tidak terkena cahaya mentari membuatkan kulit Aidan menjadi pucat.
Apa perasaan seorang Aileen Helena sebaik sahaja mengetahui Aidan sudah terjaga dari koma? Sudah tentulah dia gembira sehingga melebihi segalanya.
Aidan memerhatikan Aileen yang sedang merenung di luar jendela. Rasa lucu pula apabila teringatkan setiap kali dia muncul melalui jendela memandangkan itu jalan mudah untuk dia masuk ke dalam rumah.
"Adik abang masih cantik". Pujian Aidan membuatkan Aileen menguntum senyuman nipis lalu dia melabuhkan punggung di birai katil.
Pipi Aidan diusapnya lalu dicium.
Aidan tersengih kecil.
"Abang rindukan Leen. Terima kasih sebab masih tak berputus harap pada abang". Ucap Aidan perlahan.
Aileen cuma diam tanpa membalas.
Rambut Aidan kian panjang sehingga menutupi separuh wajah Aidan yang sudah berparut gara - gara Victor. Jika hendak diikutkan hati mahu saja dia pergi menyerang Victor tetapi Hanz dan Rian menghalang. Kata mereka Victor itu lelaki berhidung belang dan juga tak mudah dikalahkan. Memang tidaklah Aileen hendak memberikan tubuhnya untuk diteroka lelaki tua seperti itu. Cukuplah, dia serik!
Aidan menarik lembut tangan Aileen hang mengusap parut di wajahnya. Tangan itu diciumnya.
"Il mio bambino". Bisik Aidan lembut.
Air mata Aileen menitis.
"Abang Aidan jahat. Abang Aidan jahat! Abang Aidan buat Leen hampir saja mati ketakutan kerana memikirkan yang Leen bakal kehilangan Abang Aidan. Leen ingat Leen tak dapat melihat senyuman dan mendengar usikan Abang Aidan dah". Tutur Aileen bersama - sama tangisan.
Aidan terus sahaja menarik tubuh Aileen ke dalam pelukan. Dahi adiknya dicium.
"Abang memang nak mati, Leen. Tapi, abang tak boleh mati sebab masih ada suara yang berharap untuk abang hidup. Suara Leen dan Hanz mengikat abang untuk terus hidup dan suara Mika yang membuatkan abang terjaga. Abang tak nak hidup sebab Mika dah bencikan abang. Abang lelaki dayus. Abang teruk". Ujar Aidan bersama - sama ketawa perit.
Aileen menggeleng.
"Sei un brav'uomo", (you're a good man)
"Nope. Abang teruk. Abang dah mungkir janji pada Mika dan abang dah ceraikan dia. Abang buntu, Leen. Victor berikan abang pilihan sama ada Leen atau Mika. Jadi, abang pilih Leen. Ta-tapi, abang pilih menjaga Mika sebab abang dah berjanji dengan arwah Hilal untuk menjaga dia. Abang pilih Mika sebab aban-abang cintakan dia dan sebab abang nak jaga dia. Abang tak mahu dia dibunuh oleh sesiapa yang mahukan harta keluarga Mika..." Aidan mula teresak.
Aileen pula dihambat rasa sebak.
"Ini semua salah Leen. Abang Aidan dan Abang Hanz dari dulu korbankan kebahagiaan demi Leen. Tak fikirkan diri sendiri dan sanggup cedera demi Leen. Kalau Leen tak hidup mesti lebih bagus. Leen teruk". Aileen menggogoi.

YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomanceAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...