MIKAYLA pandang sayu wajah wanita tua yang sedang berehat di tengah laman. Tak faham kenapa Victor tergamak untuk berikan dia tugas seberat ini. Sebelum ini, lelaki itu hanya berikan dia tugasan untuk mencederakan orang. Itupun wanita - wanita yang curang di belakang suami mereka. Memang patut pun dia belasah!
Bang!
Mikayla kelu tatkala melihat wanita tua itu sudah tergolek jatuh ke tanah. Kepalanya berlubang.
Bang!
Dia lekas tunduk tatkala tembakkan itu menghala ke arah dia pula.
Shit!
Ada seseorang sedang cuba mengambil alih tugasnya! Orang itu cuba membunuhnya.
Bang! Bang!
Peluru dimasukkan. Kemudiannya dia halakan ke arah figura yang bergerak.
Bang!
Bang!
Bang!
Tanpa belas peluru dilepaskan. Figura itu masih lagi cuba menembaknya.
Bang!
Tepat mengena sasaran. Figura itu jatuh rebah.
Mikayla senyum sinis.
Dia terus melangkah turun dari bangunan terbiar untuk bergerak pulang. Tahu sangat agenda Victor yang ingin membunuhnya kerana lelaki separuh umur itu tahu Aidan akan buat sesuatu yang gila tak lama lagi.
"ESS, macam mana? Menjadi tak? Kau tidur dengan Aidan?" Soal Aliah teruja sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik Essandra.
Essandra hela nafas.
"Nak tidur macam mana kalau Aidan tak cintakan aku?" Soal Essandra lirih.
"Apa kena mengenanya dengan cinta? Aidan tu lelaki. Kau goda ajelah dia. Mesti boleh runtuh punya!" Ujar Aliah penuh yakin.
"Tak! Lelaki lain mungkin akan tergoda. Tapi bukan Aidan. Aidan tak macam tu", Dia seka air matanya.
"Kau ni cepat sangat angkat bendera putih. Kau sanggup ke tengok Aidan jadi milik Mika? Kau tak kisah?" Soal Aliah sinis.
"Aku tak sanggup. Tapi Aidan tak mahu pandang aku. Apa yang aku boleh buat lagi, Liah? Dia pilih Mika dan bukannya aku. Aku rasa malu sangat. Dia sikit pun tak tergoda bila aku buka baju ni depan dia". Sugul wajahnya gara - gara seorang Aidan.
"Jaket tu Aidan punya ke?"
Essandra mengangguk.
"Aidan bagi jaket ni sebab dia sayangkan aku sebagai seorang kawan". Hati rasa pedih bila dia ingatkan kembali bicara Aidan.
Walaupun Aidan tak menghina, tetapi dia rasa maruahnya jatuh kerana Aidan tak langsung berminat dengan dirinya.
"Chill, Ess. Vic pun tengah cuba nak singkirkan Mika". Bicara Aliah buatkan perhatian Essandra teralih.
"Betul ke?" Soal Essandra teruja.
"Ya",
"Macam mana? Bukan Vic selalu akur dengan Aidan? Aidan tak marah ke?" Hairan Essandra dibuatnya. Kalau Aidan diserang amukkan amarah, jangan nak cakap apa - apa.
YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomanceAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...