ESSANDRA melabuhkan punggung di atas katil bersebelahan dengan Gibran. Pulang sahaja dari spa, hubungan Ghibran dan Qaiser kelihatan sedikit tegang.
"Ghib". Seru Essandra lembut.
Ghibran menghela nafas.
"Tidurlah, Ess". Tukas Ghibran seraya merebahkan tubuh di atas katil. Selimut ditarik menutupi seluruh tubuhnya.
Essandra memandang seraut wajah gusar Ghibran.
Kenapa?
"Kau ada masalah ke?" Soal Essandra lagi.
"Bukan urusan kau". Tukas Ghibran dingin.
"Bukan urusan aku? Ghib, aku ni isteri kau tau. Urusan kau akan jadi urusan aku juga". Pesan Essandra.
Ghibran memandang Essandra.
"Isteri? Kalau aku minta kau layan aku. Kau masih sanggup kata kau tu isteri aku?" Soal Ghibran dengan nada sarkastik.
Essandra seakan hilang suara.
Ghibran ketawa sinis.
"So, jangan menyibuk. Aku nak tidur".
Essandra mengemam bibir memerhatikan Ghibran menutup lampu tidur lalu suaminya itu melelapkan mata.
Kenapa Ghibran menjadi dingin secara tiba - tiba?
"Aku keluar sekejap". Ucap Essandra perlahan lantas dia keluar dari bilik tidurnya.
Essandra menghela nafas.
"Tak tidur lagi, Ess?" Teguran itu membuatkan Essandra mengukirkan senyuman hambar.
"Tak boleh nak tidur. Warda?"
"Qaiser tiba - tiba marah. Tak tahu apa jadi. Jadi, saya keluar ambil angin sekejap". Bidas Warda bersama - sama senyuman tawar.
"Ghib pun sama. Mereka bergaduh ke?"
"Mungkin. Tapi, Ghib bukan jenis yang suka cari pasal tanpa asbab kukuh". Warda mengemam bibir.
"Mereka gaduh sebab Aidan?" Soal Essandra lagi.
"Aidan? Kenapa mereka nak gaduh sebab Aidan?"
"Awak cerita yang Qaiser tak suka Aidan dan Ghib pula memang sayang sangat pada Aidan. Mesti ada satu sebab yang membuatkan mereka bergaduh". Terang Essandra.
Warda meraup wajahnya.
"Saya tak tahulah, Ess. Sakit kepala saya bila fikir". Rungut Warda.
Essandra diam.
Jika bukan sebab Aidan...
Adakah sebab Mikayla?
Mustahil.
+++
"CANTIK Airis hari ini. Nampak berseri - seri aje. Beruntungnya Qayyum dapat kamu". Puji salah seorang wanita tua itu.
Mikayla mengukirkan senyuman nipis.
"Saya biasa - biasa je". Balas Mikayla lembut.

YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomantikAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...