bab1

12.5K 398 8
                                    

before start. author nak bagitau sikitlah dekat readers semuaa.. abaikan sahaja segala kesilapan tatabahasa , atau grammar.

nak tegur ? Tegur cara baik ya readers ♡ )



"Aryan !" panggil seorang jejaka yang baru sahaja masuk ke dalam pejabat lelaki tu.

Aryan mengangkat kening tanda 'apa?'

"Ni. Budak ni dah lima tahun tak langsaikan hutang dia. Dia baru bayar 15K" kata Dayen mendatar.

Ye, walaupun mereka seorang mafia yang digeruni oleh seluruh dunia, tetapi diorang masih tidak abaikan konco-konconya yang menjaga bahagian wang.

Kalau orang tu dah lebih dari 3 tahun tak bayar, dan banyak yang perlu dibayar lebih dari 3 million, orang itu perlulah berjumpa dengan Aryan sendiri.

Itupon kalau jejaka itu ada masa.

"Berapa dia hutang?" tanya jejaka dingin itu.

"5 million bro" balas Dayen.

Aryan memerhati sebentar wajah wanita yang berada di dalam gambar tersebut. Tch.

"Bagi alamat rumah dia. Biar aku settle" kata Aryan dingin.

"Okay bro" balas Dayen.

👣

"HAHAHAH" gelak Syas. Habis satu rumah bergegar.

"Aku masa tu tak tahu tau yang dia tu bangla, sebab masa tu aku memang ingat pasal amoi je!" nafi Adriana.

Syas mengelap air matanya.

"Yelah kau. Kesian mamat tu" kata Syas.

"Hehe, salah dia jugak sebab pakai baju macam perempuan" kata Adriana pula.

"Tapika--" percakapan mereka terpotong.

TOK TOK TOK TOK

"Siapa pulak datang malam-malam buta ni?" kata Adriana.

Gadis itu terus mengintai sedikit di tingkap rumah mereka untuk melihat gerangan tersebut.

Adriana terus membulatkan matanya dengan besar. Habislah aku!!

Wajah Syas dipandang.

"Kau ni dah kenapa?" kata Syas pelik.

"Syas, kau kena tolong aku please !" rayu Adriana. Tempat Syas dituju.

"Kau kenapa ni ?" kata Syas.

"Kau cakap dengan diorang yang aku dah pindah! Tolongg!!" kata Adriana dengan panik.

TOK TOK TOK TOK

"kenapa pulak ? Siapa diorang tu?!" kata gadis itu semakin tidak senang.

Kawan baiknya ini tidak pernah menjadi takut, selalunya dia akan berani je kalau ada orang jahat ke pencuri ke nak masuk rumah ini.

Tapi skang..

Pelik.

"Tolong eah ! Bye aku sorok dulu. Jangan lupa pakai tudung kau !" kata Adriana sebelum laju menaiki anak tangga rumah mereka.

PSYCHO MAFIA Where stories live. Discover now