bab13

3.3K 190 3
                                    

            Jam di dinding dipandang sekilas. 11am.

Aryan bangun daripada katil dengan tenang. Tuala di kerusi dicapai.

"Bro" , Panggil Phil.

Aryan mengangkat wajah ke pintu.

"Hm" , balas jejaka itu sepatah.

"Perempuan kau dalam bahaya. Alex dalam perjalanan nak pergi rumah diaorang" , Kata Phil mendatar.

Aryan membulatkan matanya sedikit.

"Jaga Syas dengan kawan dia tu. Sekejap lagi aku sampai" , kata Aryan lalu terus masuk ke dalam bilik air.

Phil hanya mengganguk.

      
       Nira sedang elok menonton televisyen. Cerita Harry potter menjadi pilihan.

Tiba-tiba..

BANG !

"Oh mak terbantut" , automatis badan Nira menggigil.

Bunyi apa tu..

Syas berlari ke arah Nira.

"Bunyi apa tu wey" , ucap gadis itu takut.

"Entahlah. Rasanya macam bunyi pistol " , kata Nira pula.

"Macam dekat depan rumah kita je.." , kata Syas lalu mengintai sedikit ke luar.

Rumah mereka jenis cermin yang besar. Kebetulan pula langsir dah diikat kemas oleh Nira.

Mereka berdua terus-menerus melihat keadaan diluar dari jauh.

BANG !

Satu lagi tembakan dilepaskan.

Kali ini tingkap besar mereka pula menjadi sasaran.

PRANGGG !!

"Argh" , Syas dan Nira menjerit dengan kuat.

Habis berterabur kaca-kaca diatas lantai.

Nira sudah menarik nafas laju.

Tiba-tiba Syas ternampak ramai sosok berbaju t-shirt hitam yang sedang cuba untuk memecahkan pagar rumah mereka pula.

"Weyh2 diaorang nak masuk lah !!" , ucap Syas gelisah. 

Nira yang berada di sebelah gadis itu turut takut.

"Mochi jom !" , Nira terus menarik tangan Syas dengan kuat. Mereka berdua ingin keluar melalui pintu belakang.

Nira memegang tangan Syas dengan kuat. Langkah diatur dengan sangat perlahan.

Nira cuba untuk melihat mereka yang sudah memecah masuk ke dalam rumah. Inilah kesempatan mereka berdua.

"Aku kira sampai tiga.. Kita lari selaju yang mungkin ok ? Kau ikut je aku tau" , bisik Nira kepada Syas.

Syas hanya mengganguk. Debar.

"Satu... Dua... TIGA !" , Nira terus memecut laju keluar daripada rumah itu. Tangan masih lagi setia memegang Syas.

"Weyh, perempuan tu dah lari !" , kata salah seorang lelaki yang berbadan tegap itu.

"Kejar diaorang !!" , jerit satu suara garau.

"Baik tuan !"

               "Dapat tak detect diorang ?" , soal Aryan dingin. Urat-urat di leher sudah timbul.

"Tak boleh , bro. Phone diorang mati" , balas Jayden yang sedang memegang laptopnya itu.

"Fu*k !" , Aryan memukul stereng keretanya dengan kuat.

Jayden hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali.

Razz hanya memandang ke arah luar tingkap. Tiba-tiba dia terpandang kepada sosok dua orang perempuan yang sedang berlari dengan perlahan.

Mukanya jelas kelihatan sangat penat.

' look familiar ? '

Seketika Razz membulatkan matanya dengan besar. Wtf ?

"Bro , stop !" , kata Razz dengan kuat.

"Apa !?" , kata Aryan yang sudah naik dua oktaf.

"Your girl ! Kita kena cepat. Sebab ada orang tengah kejar diaorang tu" , kata Razz lagi. Jejaka itu nampak ada sebuah kereta Alphat yang sedang memandu dengan speed laju ke arah mereka berdua.

Aryan terus memandang ke arah bahu jalan.

Sekelip mata sahaja Aryan terus memusingkan keretanya. Kereta audi itu terus memblok bahu jalan

"Masuk !" , jerit Jayden yang sudah nembuka pintu penumpang untuk mereka.

Syas dan Nira terus masuk ke dalam.

           

PSYCHO MAFIA Where stories live. Discover now