Aryan meraba di sebelah ruang kirinya. Mata masih lagi terpejam.
Tiada.
Automatis jejaka itu terus membuka matanya dengan luas. Eh , takkan lari kot ?
Aryan terus mencapai bajunya di atas kerusi. Jejaka itu terus menyarung dengan pantas.
Pintu bilik dibuka.
"SWEETIE !!" , panggil jejaka itu serak-serak basah.
Tiada sahutan.
Aryan terus menuruni anak tangga dengan cepat. Tiba-tiba dia terbau satu haruman yang sangat sedap.
Dapur.
"Sedapnye you masak Syas. Macam mak i" , kata Jayden teruja. Perut dah bunyi ni.
Kedengaran suara yang sangat familiar di telinga Aryan. Jejaka itu terus berjalan menuju ke arah dapur.
"Hehe.. Mana ada" , ucap gadis itu malu.
"Banyaknya you masak" , kata Razz pula.
Syas terus tersengih.
"Ala..saya bosanlah duduk kat bilik je" , ucap gadis itu perlahan.
"Ehem" , dehem seseorang.
Kerusi di sebelah Jayden ditarik.
Aryan duduk lalu memandang ke arah isterinya itu. Senyuman nipis dihadiahkan.
Syas yang melihat itu terus menyambung masak.
Kalini sedikit kuat hentakan kuali.
Jayden terus mengerutkan dahinya pelik. Dah kenapa dia ni ?
"Psst" , bisik Jayden di telinga abangnya itu.
Aryan memandang ke arah kanannya. Kening diangkat.
"Kau buat apa dengan dia semalam ?" , tanya jejaka itu polos.
Aryan hanya mendengus dengan kasar.
"Tak payah tahu" , balas jejaka itu dingin. Air yang sudah tersedia di atas meja itu di minum dengan rakus.
Jayden yang mendengar balasan daripada abangnya itu terus mencebik.
' dasar anak kambing '
Selesai sahaja gadis itu memasak , Syas meminta izin untuk pergi ke bilik sebentar.
Katanya nak ambil telefon.
"Saya nak ambil telefon sekejap" , ucap gadis itu.
"Okay" , balas Razz dan Jayden kecuali Aryan.
Aryan terus-menerus memandang ke arah Syas.
Syas terus berlalu pergi. Tak kisahlah nak panggil derhaka dengan suami ke apa. Janji saya tak pukul suami saya. hoho.
Selesai sahaja mereka breakfast , Razz dan Jayden terus meminta izin untuk berangkat ke kerja.
"Kitorang pergi dulu ea" , kata Razz.
Jayden memandang ke arah Aryan yang masih lagi menyuap makanan ke dalam mulut itu.
"Kau tak pergi office ke , bro?" , soal Jayden.
Aryan hanya menggeleng.
"Minggu ni aku cuti. Honeymoon" , jawab Aryan mendatar.
Syas yang mendengar perbualan mereka itu terus tersedak.
"Uhuk uhuk"
Razz terus menepuk-nepuk belakang gadis itu perlahan.
"Kau tengok dia dah tersedak. Kau letak banyak sangat ke semalam Ar?" , kata Razz pula.
Automatis itu membuatkan tangan Syas terbang ke perut jejaka itu.
BUK !
Satu tumbukan padu dihadiahkan kepada Razz.
Bodoh punya soalan.
Ha amik.
" Aww !" , adu jejaka itu dengan kuat.
"HAHAHAHAH" , Jayden terus ketawa dengan terbahak-bahak.
Hari sudah beransur petang , Syas masih lagi menonton televisyen dengan kaki yang berada di atas meja.
Cerita Upin Ipin menjadi pilihan.
"Bosanlah tv ni.. Tak ada cerita best ke" , rungut gadis itu perlahan.
Aryan pula sedang elok membuat kerja dibiliknya. Cutilah konon. Tapi still buat kerja. Apalah.
BUT YOU NEVER BE ALONE , I WILL BE YOU FROM DUSK TILL DOWN , I WILL BE YOU FROM DUSK TILL DOWN..
"Baby i'm right here" , sambung gadis itu sebelum menekan butang hijau.
"Hello" , jawab orang disana.
Syas hanya diam.
"Kau dah tidur ke Mochi ?" , panggil seseorang yang sangat familiar baginya.
Oh this kid. Amisyu so much !
"ARKHHH !" , jerit Syas kuat. Teruja.
Nira yang berada di panggilan itu turut menjerit sama. Lantaklah.
"Ya Allah , rindunyaa" , kata Syas teruja.
Nira turut membalas.
"Samelah mochi. Bilalah boleh jumpa" , suara Nira semakin perlahan.
"Kau dengan your husband stay dekat mana ?" , tanya Syas.
"German. Honeymoon katanya. Taik dia" , jawab gadis itu mendatar.
"Seriously. Aku pon kat German !" , balas Syas dengan teruja.
Nira yang mendengar itu terus membulatkan matanya dengan besar.
"Seriously !? Wey , jom jumpa !" , kata Nira dengan gembira.
"Jom !"
Tok tok tok tok
Syas mengetuk pintu bilik Aryan dengan perlahan.
' masuk '
Aryan dah bagi kebenaran.
"Awak.. " , ucap gadis itu meleret.
Aryan yang sedang fokus kepada laptopnya itu automatis tak boleh fokus akibat suara isterinya itu.
" Why sweetie ?" , soal Aryan.
Syas memuncungkan bibirnya seperti itik.
"Erm.. Saya nak pergi rumah Nira boleh ? Please" , kata Syas lembut.
Aryan mengerutkan dahinya.
"Rayyan ke ?" , soal jejaka itu lagi.
Dengan pantas Syas mengganguk laju.
Aryan berfikir sejenak.
"Jom" , Aryan memandang ke arah isterinya itu.
Syas sudah tersenyum kegembiraan.
"Yes !" , ucap gadis itu gembira.
Syas terus menolong Aryan mengemas ke semua kertas-kertas yang sudah bersepah di atas meja itu ke tepi.
Aryan pula sudah tersenyum nipis.
' happyNya budak ni ' bisik hati jejaka itu.
YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA
Romance"du bist mein (kau milik aku)" , Leher yang sedang menangis itu dicekik kuat. Senyuman sinis terukir di bibir seolah-olah senyuman yang penuh dengan kisah sejarah. Air matanya mengalir mengeluarkan warna merah cair.. "D-darah !??"