bab6

5.1K 240 1
                                    

Adriana menggeleng.

"Ceritalah" , ucap Syas.

"Nothinglah" , bohong Adriana lalu tersenyum. Padahal di dalam hatinya sudah serabut. Tak tahu nak pilih yang mana satu.

Tak tahu mana satu yang betul.

"Serious ?" , tanya Syas menginginkan kepastian.

"Yup" balas Adriana.

Syas mengganguk lalu memakan shushi di hadapannya itu. Di dalam kepalanya sudah plan mahu berjaga malam ini.

             Aryan hanya memerhati setiap pergerakan mereka berdua. Kali ini perempuan itu tidak akan terlepas.

Jam di dinding sudah menandakan pada pukul 3 pagi. Adriana perlahan-lahan keluar daripada bilik lalu mengambil kasutnya dengan berhati-hati.

Muka Syas di pandang sekilas.

Jelas gadis itu sedang tertidur lena dengan kaki yang terbuka. Oh no.

"Aku pergi dulu. Take care" , ucap Adriana seraya menutup pintu hotel mereka dengan perlahan.

KLUK.

Sesudah sahaja Adriana masuk ke dalam lif , akhirnya mata gadis itu mula mengalir.

Hiks.

Semalam , Aryan menalifonnya dan mengugutnya supaya pergi jauh daripada Syas kalau tak nak keluarga dia mati. Dia kata itu sahaja cara yang dapat menyelesaikan hutang abangnya itu.

Kalau tak keluarga dia akan mati. Dia tak boleh biarkan perkara itu berlaku. Dia sayangkan keluarganya. Keluarganya adalah nyawanya.

Jadi , dia harus pulang ke kampung. Malam ini.

"Aku minta maaf Syas. Aku janji aku takkan tunjukkan muka aku dekat depan kau lagi" , ucap gadis itu tersedu-sedu. 

"Kau mesti benci aku" , sambung gadis itu lagi.

Adriana memegang dadanya.

Tiba-tiba..

KRING KRING

Talifonnya berbunyi menandakan ada panggilan yang akan masuk.

"Hello" ,  tanya orang disana.

"Hello" , jawab Adriana.

"Ni Cik Adriana binti Hamid ke ?" tanya pemanggil.

Adriana yang mendengar namanya di panggil itu terus tidak sedap hati.

"Y-ye saya" , balas Adriana terkedu.

"Jadi macam ni.. saya nak cakap yang family awak dah cedera teruk. Dan ada yang sedang berada di dalam wad ICU. Saya mohon cik Adriana datang ke Hospital XXX dengan segera ya" , kata si pemanggil itu lagi.

Adriana masih lagi menangis.

"Hello ? Cik Adriana ?" tanya si pemanggil.

Adriana sudah seperti orang gila di dalam lif itu. Hatinya sangat sakit.

"Ye saya. Baik, saya akan datang sana" , kata Adriana lemah.

      Silauan cahaya daripada bilik itu membuatkan tidur gadis itu terganggu. Harini dia cuti. So , why not dia nak bangun lambat.

Flashback.

"Ad !" panggil Syas.

Tiada sahutan.

"Ad ?" panggil gadis itu lagi.

Tiba-tiba Adriana muncul dengan wajah yang dipenuhi dengan tepung.

PSYCHO MAFIA Where stories live. Discover now