bab 35

3K 216 14
                                    

4 am.

Pintu dibuka dari luar. Jelas kelihatan adiknya yang sedang tidur diatas kerusi beralaskan dengan meja. Manakala isterinya pula tidur di atas katil. Nasib baik adiknya jenis dengar kata.

Aryan menghampiri Jayden

"Jay.. Bangun"

Jayden mengeliat kecil. Mata dibuka perlahan2

"Lambat kau balik" Jayden menutup matanya kembali.

"Pergi tidur dekat bilik kau sana. Sakit nanti badan" kata Aryan dingin.

Jayden membulatkan matanya dengan besar. Dia baru caring pasal aku ke tadi

"Kau cakap apa tadi" tanya Jayden gelisah.

Aryan menjeling tajam

"Aku kata pergi balik dekat bilik kau"

Jayden tersengih. Dia pasti dia tidak salah dengar tadi.

Jejaka itu terus berlalu keluar dan menuju ke arah biliknya iaitu di hadapan bilik Aryan sahaja. Nak smbung tidur

Baju kemeja hitam yang elok tersarung pada badan tegap itu dibuka kasar. Panas! Lidah Aryan dikeluarkan sedikit.

Ushh

Rambut hitamnya dikusutkan sedikit bagi menghilangkan kekemasan pada rambutnya. Dah hilang gaya

Tuala dicapai. Eloklah kalau dia bersihkan badan terlebih dahulu sebelum masuk tidur. Busuk dah

"Lambat awak balik ?" soal isterinya dengan lembut.

Aryan menggeleng.  "Mana ada lambat. Sweetheart yang tidur cepat" , bohong jejaka itu.

"Are you sure ?" , soal Syas menginginkan kepastian. Curiga

"Yeah" balas Aryan mendatar. Tali lehernya elok disarung dengan rapi. Wajahnya ditenung sebentar di hadapan cermin.

"Abang" , Bahu Aryan disentuh.

Jejaka itu sedikit terhinjut apabila mendapati isterinya memegang bahu. Dia terkejut.

Syas mengerutkan dahinya.

"Abang okay ke ni ? Macam ada masalah je ?" , Syas memasangkan riak wajah risau.

Aryan memandang wajah isterinya. Pinggang ramping gadis itu dirapatkan sehingga bahu mereka bertemu. Jejaka itu menatap dalam ke arah anak mata hitam isterinya.

Tenang.

Kalaulah dia mempunyai mata yang sama seperti gadis ini. Pasti indah.

Ditatap lama kedua mata itu.

"Balik nanti abang cerita okay ?" Cupp!

Satu kucupan mendarat di dahi isterinya lama. Aryan mengelus sebentar tudung yang menutupi kepala gadis itu. Lembut~

Aryan bangun daripada sofa. Dipeluk sebentar tubuh kecil itu sebelum melangkah keluar daripada bilik mereka berdua tanpa bicara.

"..."

"A donde quieres ir , bro ? (kau nak pergi mana) " tanya Rayden di hadapan.

Aryan hanya memandang sekilas.

"Bukan masalah kau" ujar Aryan dingin. Kunci kereta lamboghini miliknya dicapai.

Enjin yang mempunyai nada yang mampu menarik perhatian lambolover dengan sekali putaran. Ngengg

Lamborghini berwarna hitam milik Aryan itu meluncur laju meninggalkan tapak perkarangan rumah mewah jejaka itu. Ada hal yang harus dia lakukan. Mungkin dia tidak balik malam ni

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 11, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PSYCHO MAFIA Where stories live. Discover now