03

1.1K 139 21
                                    

"Naeun, balik ni nak balik sekali?" soal Jeno.

Waktu itu mereka sedang berjalan untuk ke kelas mereka pagi itu. Walaupun Naeun dan Jeno di jurusan yang sama, namun mereka mempunyai jadual yang berbeza. Hanya ada beberapa kelas sahaja yang mereka sama.

"Mianhei Jeno ah. Saya ada janji dengan Hyunjin balik ni," balas Naeun.

"Oh, okay lah kalau macam tu," Jeno tersenyum nipis.

"Mungkin awak boleh ajak Nara. Rasanya kelas dia pun habis pukul empat harini," cadang Naeun.

"Nara? Dia mana pernah nak balik sekali dengan saya. Nanti kereta dia tu nak campak ke mana kalau dia naik motor saya?"

Jeno sentiasa membawa motosikal ke universiti manakala Naeun datang bersama pemandu keluarga mereka. Nara pula akan memandu sendiri. Kadang-kadang Naeun akan pulang dengan membonceng motosikal Jeno.

"Betul juga kan?" Naeun ketawa.

Mereka terus berbual sehinggalah sampai di hadapan laluan untuk ke dewan kuliah.

"Kelas saya dekat sini pagi ni," beritahu Naeun.

"Okay. Kelas saya lagi sejam. Saya nak ke library dulu. Jumpa balik nanti," kata Jeno dengan senyumannya.

"Okay. Jumpa balik nanti," Naeun terus berjalan untuk ke kelasnya.

Setelah bayangan Naeun menghilang, Jeno terus berpatah balik untuk ke bangunan sebelah di mana perpustakaan berada.

Saat menuruni anak tangga, bahunya berlanggar dengan seseorang. Habis berterabur buku dan kertas yang dibawanya.

"Buta ke?" marah gadis yang melanggarnya itu.

"Kau yang berlari tak tengok orang Jung Nara,"

Jeno menunduk membantu gadis itu mengutip kertas-kertasnya. Nara, orang yang melanggarnya itu mengangkat wajah memandangnya.

"Aku ada lagi lima minit je sebelum kelas mula," beritahu Nara.

"Lain kali bersiap awal," kata Jeno sambil menghulurkan kertas di pegangannya kepada gadis itu.

"Aku bersiap awal. Jalan jammed. Kau naik motor, apa kau tahu?"

"Dah lah. Aku blah dulu," tanpa sempat Jeno membalas, dia kembali berlari masuk ke dalam bangunan di sebelah bangunan kelas Naeun tadi.

Jeno hanya menggelengkan kepalanya.

"Terima kasih pun takde,"

.....

"Yaa, tu crush kau,"

Jeno yang sedang membaca buku itu mengangkat wajahnya. Dia memandang ke arah kaunter perpustakaan. Seorang pelajar perempuan sedang berbual bersama pustakawan yang menjaga kaunter pada waktu itu.

"Wuuu, suka lah tu kan dapat tengok pujaan hati," Haechan mengusik.

"Diamlah," Jeno menahan senyumnya.

Dia memerhatikan gadis itu sehingga dia akhirnya keluar dari perpustakaan.

"Cantik kan? Tapi aku rasa kembar dia lagi cantik," ujar Haechan.

Jeno mengerutkan dahinya.

"Maksud kau Nara tu?"

Haechan mengangguk. Walaupun Nara dan Naeun kembar, wajah mereka tidak begitu seiras. Baginya Nara lebih cantik berbanding Naeun.

"Tapi perangai Naeun lagi cantik," ujar Renjun tiba-tiba.

Jeno ketawa perlahan bila mengenangkan kembali memori di sekolah tingginya dulu.

Siapa tak kenal Jung Nara. Pelajar paling digeruni oleh pelajar junior lain kerana sikapnya. Nara pantang ditegur kesalahannya, dia akan melenting. Ada kalanya bila dia membuat kesalahan pun, tiada pengawas yang berani menegur dan mengenakan denda padanya.

Berbeza dengan Naeun. Gadis itu lemah lembut orangnya. Tidak sekasar Nara dan dia juga menjadi idola ramai pelajar kerana kerajinan dan prestasi baiknya dalam bidang akademik.

Dan Jeno, dia sudah menaruh hati pada Naeun sejak pertama kali mereka bertemu. Saat dia dan Naeun berada di dalam program sukarelawan yang sama. Mereka mula berkawan. Dan Jeno sudah merancang untuk meluahkan perasaannya.

Namun hasratnya itu terbantut bila ibunya dan ayah Naeun berkahwin. Dia sendiri terkejut saat ibunya membawa dia berjumpa ayah Naeun buat pertama kalinya dan menyatakan rancangan perkahwinan mereka.

Dia tidak mampu menghalang memandangkan dia tahu ibunya sudah lama kesunyian. Dia menerimanya walaupun dia tahu yang dia mungkin terpaksa membuang perasaannya pada Naeun memandangkan mereka sudah bergelar adik-beradik.

Tetapi sampai sekarang, perasaan itu masih ada. Cuma nasibnya tidak begitu baik kerana Naeun kini sudah mempunyai kekasih. Hwang Hyunjin, iaitu pelajar jurusan mereka juga.

Sudah hampir lima bulan mereka bercinta dan Jeno dapat melihat kegembiraan di wajah Naeun. Lagi sekali, dia terpaksa melupakan hasratnya untuk meluahkan perasaannya itu. Walaubagaimana pun, dia masih berharap yang dia akan dapat meluahkan perasaannya tersebut suatu hari nanti. Jika ditolak sekalipun, sekurang-kurangnya dia sudah berusaha.

Back To You Where stories live. Discover now