08

1K 126 25
                                    

"Ah, seriously ni Naeun yang tampar?" Lia membelek pipi Nara yang merah itu.

"Tak percayakan?"Nara ketawa.

Dia kini sedang di rumah keluarga Lia. Niatnya untuk menghantar maklumat tugasan mereka tadi dan akhirnya dia melekat di situ dan menceritakan apa yang terjadi.

"Tapi kan Nara, kenapa kau tak bagitahu je perkara sebenar? Kalau tak, takdelah Naeun buat macam tu,"

Nara membaringkan dirinya. Dia merenung siling putih kamar sahabatnya itu.

"Entah. Semua orang memang fikir aku ni perempuan yang teruk kan. So, biarkan je lah diorang terus fikir macam tu,"

Lia menggeleng perlahan.

"Habis tu lepas ni kau nak balik rumah tak? Appa kau takde kan?"

"Aku dah call Appa. Bagitahu yang aku nak tinggal dekat apartment lama Omma aku dulu. Aku cakap yang aku nak siapkan final year project aku dengan tenang,"

"Oh apartment tu. Naeun tahu tentang apartment tu?"

"Tahu. Tapi dia tak pernah ambil tahu pun. Dia datang sekali je waktu dah siap renovate dulu. Aku je yang suka duduk kat situ,"

"Ya lah. Jauh dari abang tiri kau tu kan?" Lia ketawa.

"Oh ya, lupa nak tanya. Jeno buat apa je waktu korang bergaduh tadi?" soal Lia lagi.

"Dia diam je. Terkejut agaknya tengok Naeun macam tu. Selama ni kan Naeun lemah-lembut je,"

"Jangan lepas ni dia terminat kau sudah. Sebab dia dah tengok sisi Naeun yang tu,"

"Tch, mengarut lah kau," ujar Nara.

"Manalah tahu," Lia ketawa.

"Lia, aku nak tidur sekejap boleh? Tadi baru nak lelap, si Naeun tu buat drama pula," Nara memejamkan matanya.

"Boleh, boleh. Kau makan malam kat sini je lah. Lepas makan baru balik. Parents aku pun dah lama tak jumpa kau," kata Lia.

"Okay,"

Lia memandang Nara yang nampaknya sudah ke alam mimpi itu. Sebuah senyuman nipis terukir di bibirnya.

"Sampai bila lah kau nak pura-pura yang kau ni kuat Nara?"

.....

"Kau okay ke?" soal Haechan.

Jeno mengangkat wajahnya.

"Kau tanya apa?" soalnya.

"Sah. Kau memang tengah ada masalah. Kali ni apa pula? Nara kacau moment kau dengan Naeun lagi?" soal Haechan.

Jeno menggeleng.

"Nara dengan Naeun bergaduh. Naeun tampar Nara sampai dia keluar rumah,"

"Gila! Naeun yang tampar Nara? Kau yakin kau tak tertukar. Memanglah diorang tak seiras, tapi mana tahu kalau kau salah tengok ke?"

"Tak Haechan. Memang Naeun yang tampar Nara,"

"Oh. Tapi kenapa?" soal Haechan.

Jeno mengeluh.

"Naeun cakap Nara bawa balik lelaki and Nara mengaku tu boyfriend dia. Aku rasa Naeun tak puas hati sebab Nara punca dia dengan Hyunjin putus. Jadi dia marah Nara dan asyik persoalkan kenapa Nara rosakkan hubungan tu kalau akhirnya dia ada boyfriend lain. Kau tahu lah Nara, mana dia nak jawab elok-elok. Dikatanya Naeun perempuan membosankan. Tu yang kena tampar tu," cerita Jeno panjang lebar.

"Haish Jung Nara," Haechan menggelengkan kepalanya.

"Lepas tu apa jadi?"

Jeno mengangkat kedua bahunya.

"Haa, tu. Orangnya, kau tak nak kejar dia?" Haechan menunjuk ke arah luar kafe.

Jeno ikut memandang dan dilihatnya Nara sedang berjalan. Mungkin ingin ke kawasan parkir kerana seingatnya hari selasa memang gadis itu hanya ada kelas pada waktu pagi.

"Chan, aku blah dulu tau,"

Beg miliknya dicapai lalu dia terus melangkah laju keluar dari kafe. Dia berlari anak ke arah kawasan parkir kerana risau Nara akan segera pergi.

"Jung Nara!" dia nampak gadis itu baru berdiri di luar keretanya.

"Nara!" lengan Nara yang baru ingin membuka pintu kereta itu dipegang.

"Lepaslah!" Nara menarik tangannya.

Seperti selalu, dia tidak pernah berjaya dari cengkaman kuat lelaki itu.

"Jeno, sakitlah!"

Jeno melepaskan tangan Nara tetapi dia menolak pula tubuh itu bersandar di kereta. Baru dia dapat melihat wajah itu dengan lebih jelas. Tapi bibir Nara terdapat kesan luka yang kecil.

"Kau tidur kat mana semalam?" soal Jeno.

"Tak payah sibuk,"

"Jawab Nara," gesa Jeno.

"Aku kan perempuan murah. Aku tidur je lah kat rumah mana-mana lelaki yang nak terima aku,"

Jeno menggenggam tangannya menahan geram. Dia tahu Nara sekadar ingin menyakitkan hatinya.

"Naeun tak bermaksud pun nak kata macam tu. Dia-,"

"Tch, dia dah cakap pun," Nara tergelak.

"Naeun tak sengaja. Lepas kau keluar semalam dia menangis sebab rasa serba salah pada kau,"

"Tch, kalau serba salah kenapa tak minta maaf,"

"Jom balik rumah. Harini Appa Omma balik. Kau pun boleh selesaikan semua ni dengan Naeun,"

"Tak nak. Appa dah tahu pun yang aku takkan bermalam kat rumah buat masa sekarang. Jadi sekarang tolong ke tepi Lee Jeno ssi," tubuh Jeno ditolak dan dia terus masuk ke dalam kereta.

Jeno hanya mampu melihat Nara memandu pergi meninggalkannya.

Back To You Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang