20

1.2K 122 13
                                    

Jeno melangkah masuk ke dalam bilik Nara. Dilihatnya gaun pengantin milik gadis itu berada di lantai bersebelahan dengan katil.

Ya. Mereka sudahpun rasmi menjadi pasangan suami isteri sejak sepuluh jam yang lalu. Selepas makan malam tadi, dia berbual bersama Tuan Jung di bawah manakala Nara terus naik ke bilik. Dan baru sekarang dia masuk ke situ.

Bunyi pintu bilik air dibuka membuatkan dia lantas menoleh ke sana. Dilihatnya Nara sedang berjalan keluar dengan baju tidurnya. Dan dia mula perasan sesuatu.

"Yaa, Jung Nara," dia segera mendapatkan Nara.

"Mata kau kenapa?" soalnya sambil memegang bahu gadis itu.

"Takde apa lah," Nara menolak tangannya dan terus ke meja solek.

"Kau menangis?" soalnya sambil berdiri di belakang gadis itu.

Nara tidak mengendahkannya sebaliknya si isteri mula menyisir rambutnya.

"Nara," bahu Nara dipegang.

Nara berhenti melakukan aktivitinya itu. Sikat rambut tersebut diletakkan di atas meja solek dan dia bangun menghadap Jeno.

"Sekarang kau puas? Puas sakitkan hati aku?" soal Nara sambil memandang lelaki itu tajam.

"Aku sakitkan hati kau? Bila masa pula ni? Aku ada cakap apa-apa ke tadi yang buat kau sakit hati?" soal Jeno cemas.

Tadi mereka ada berbual bersama beberapa orang saudara jauh Tuan Jung. Mungkin ada yang keluar dari mulutnya yang menyakitkan hati isterinya itu tanpa dia sedar.

"Jangan sentuhlah!" Nara menepis kasar tangan Jeno yang cuba memegang bahunya.

"Nara,"

"Aku nak kita bercerai. Perkahwinan bodoh ni tak patut diteruskan," ujar Nara sebelum dia kembali ke meja solek.

"Kau cakap apa?" lengan Nara ditarik sebelum sempat gadis itu duduk.

"Perkahwinan bodoh?" soalnya sambil tertawa kecil.

"Yes. Perkahwinan bodoh. Kau dengan aku jadi suami isteri? Tch, ini benda yang tak sepatutnya terjadi,"

"Wae?" soal Jeno.

"Tak payah buat-buat bodoh. Kau sendiri tahu jawapannya," lengannya cuba direntap.

Namun Jeno malah mengemaskan cengkaman pada lengan isterinya itu.

"Tak. Aku tak tahu sebahnya apa? Bagitahu aku Nara,"

"Jeno sakitlah!" Nara mula meronta perlahan.

Cengkaman Jeno terlalu kuat dan dia sangat yakin yang lengannya sudah memerah sekarang.

"Sakit?" lelaki itu hanya ketawa perlahan.

"Lepas lah Jeno," Nara sudah hampir menangis.

"Tch, murah betul air mata kau kan sekarang? Bila dengan aku je asyik nak menangis," dagu Nara dicuit.

"Tu sebab kau sakitkan aku lah tak guna,"

Jeno ketawa perlahan sebelum dia melepaskan juga lengan Nara. Dia memandang isterinya yang terduduk di kerusi meja solek sambil memebelek lengannya di sebalik baju tidurnya itu.

"Kau memang tak guna!" Nara menjelingnya tajam.

Dia hanya tersenyum sebelum berlalu ke katil milik Nara dan berbaring di situ. Dan seperti yang dijangkanya, gadis itu tidak senang dengan perbuatannya itu.

"Kau buat apa tak guna?" Nara sudah pun berdiri di sebelah katil sambil memandangnya tajam.

"Buat apa? Dah baring ni, nak tidurlah," balasnya.

Back To You Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang