Naeun memerhatikan ruangan perbualannya bersama Hyunjin itu. Lelaki itu masih belum membalas pesanannya sejak tadi.
"Naeun, tak nak balik?"
Bahunya dicuit dari belakang. Dia segera menoleh. Eunbin sedang tersenyum ke arahnya.
"Saya nak jumpa Hyunjin dulu. Awak balik lah dulu," ujarnya.
"Okay. Jumpa esok," Eunbin mengambil bukunya dan melambai ke arah Naeun.
Naeun ikut melambai sebelum dia menatap kembali skrin telefon bimbitnya. Senyuman akhirnya terukir di bibirnya bila melihat pesanannya dibalas Hyunjin.
Hyunjin♡
I dekat parking bawah.
Nak ikut I keluar?Naeun tidak membalas pesanan itu sebaliknya dia mula mengemas barang-barangnya. Beg miliknya disangkut ke bahu lalu dia mula berjalan keluar dari kelas.
Kakinya terus melangkah menuri tangga dan ke kawasan parkir kereta yang dikhas kan untuk pelajar.
"Nara?"
Kakinya terhenti seketika bila melihat Nara yang sedang berjalan di sebalik kereta-kereta di situ. Rasanya Nara selalu memarkirkan keretanya di kawasan parkir sebelah atas memandangkan ianya lebih dekat dengan bangunan fakultinya.
"Aku salah tengok kut," dia menggeleng perlahan.
Kakinya mula melangkah untuk ke kereta Hyunjin yang dia tahu selalunya akan berada paling hujung. Dia terdengar suara Hyunjin yang ketawa perlahan dan automatik senyumannya makin lebar.
"Hyunjin!"
Dia akhirnya berdiri di hadapan kereta lelaki itu. Namun, senyumannya tadi mati dan diganti dengan mulutnya yang sedikit melopong melihat aksi di dalam kereta Hyunjin.
Hyunjin sedang berciuman dengan seseorang. Bukan hanya ciuman biasa, dia dapat melihat tangan teman lelakinya itu membuka butang blouse gadis yang sedang berciuman dengannya.
"Hwang Hyunjin!" tangannya mengetuk tingkap kereta milik Hyunjin.
Dan pasangan yang asyik berciuman itu berhenti.
"Na-Nara?"
Mulutnya ditekup dengan tangan apabila mengetahui gadis itu adalah kembarnya sendiri. Hyunjin dan Nara kemudiannya keluar dari kereta tersebut.
Nara dilihatnya membuntangkan blouse miliknya kembali. Skirt yang dipakainya turut dibetulkan.
"Apa ni?" soal Naeun sambil berjalan ke arah Nara.
"Nara, jawablah!" gesa Naeun kuat bila kembarnya itu hanya diam.
Nara menolak rambutnya ke belakang sambil memandang dia.
"Kau dah nampak kan? Janganlah buat-buat bodoh pula," kata Nara selamba.
"Yaa, Jung Nara. Hyunjin ni kekasih aku. Sampai hati kau-,"
"Jung Naeun, jangan buat kecoh boleh tak?" kata Nara seolah tiada apa yang berlaku.
"Hyunjin, Nara ni adik kembar saya. Awak tahu tu kan?" Naeun memandang Hyunjin pula.
"Tahu. Naeun ah, rasanya I patut jujur je lah dengan You. I dah bosan dengan You," kata Hyunjin.
"Awak bergurau ke Hyunjin?" soal Naeun.
Hyunjin ketawa dan menggeleng.
"Sebab Nara ke?" soal Naeun dengan mata yang berair.
Nara yang mendengar itu segera mara ke arah Hyunjin.
"You selesaikan lah dengan dia. I nak balik. Thank you untuk yang tadi tu," pipi Hyunjin dicium sekilas.
"Jung Nara!" Naeun memandang Nara yang sudah melangkah pergi itu.
"Adik You jauh lagi seronok dari You. You ni membosankan," Hyunjin masuk kembali ke dalam keretanya.
Naeun hanya mampu melihat lelaki itu memandu keretanya pergi. Dia kemudiannya jatuh terduduk di situ.
Saat itu juga telefon bimbitnya berbunyi. Dia mengeluarkannya dari beg miliknya.
"Jeno," lelaki itu.
.....
"Hwang Hyunjin buaya bodoh!"
Nara menanggalkan blouse ditubuhnya dan diganti dengan tshirt biasa. Tubuhnya terus dibaringkan di katil.
"Jung Naeun pun bodoh. Lurus sangat," kutuknya.
Matanya dipejamkan. Baru sahaja dia ingin masuk ke alam mimpi, pintu biliknya diketuk berkali-kali.
"Kacaulah!"
Dengan penuh terpaksa dia bangun dan berjalan ke arah pintu. Tombol pintu dipusingkan lalu dibukanya.
"Kau? Dah kenapa ketuk pintu bilik aku macam nak roboh?" soalnya memandang Jeno.
Jeno tidak menjawab sebaliknya lelaki iti menolaknya masuk ke bilik dan mengunci pintu. Tubuh Nara terus ditolak rapat ke dinding.
"Argh! Sakitlah! Kau ni dah kenapa?" soal Nara.
"Kau buat apa dengan Hyunjin?" soal Jeno.
Nara ketawa perlahan. Sinis.
"Jadi Naeun dah mengadu pada kau?" soal Nara.
"Jawablah Jung Nara!" Jeno mencengkam pipi gadis itu.
"Yaa, sakitlah!" Nara memukul lengan lelaki itu.
"Jawab soalan aku Nara. Kau buat apa dengan Hyunjin?" soal Jeno lagi.
"Aku dengan dia kiss kat dalam kereta dia tadi. Puas?" soal Nara.
"Lagi? Bukan kiss je kan?" cengkamannya pada pipi Nara makin kuat.
"Jeno, sakitlah," Nara mula merintih perlahan.
"Bagitahu aku Nara, apa lagi yang kau dengan Hyunjin buat,"
"Sakitlah bodoh. Lepaslah," tangan Jeno ditolak lagi.
"Jawab soalan aku dulu Nara. Apa lagi yang kau buat dengan Hyunjin?"
"Dia sentuh aku sikit je lah. Naeun tu hah yang beria,"
Jeno akhirnya melepaskan cengkamannya. Nara terus memegang pipinya yang dia yakin sudah memerah itu.
"Kalau Naeun tak muncul, kau dengan dia akan buat apa lagi?"
"Yang kau sibuk sangat kenapa hah?" soal Nara.
"Bukan ni peluang kau ke? Naeun dah putus pun dengan Hyunjin,"
"Kau cakap apa ni?" soal Jeno.
Nara tersenyum sinis.
"Kau ingat aku tak tahu kau suka Naeun? Inilah peluang kau Jeno. Dia dah single semula. Kau patut luahkan perasaan kau,"
"Kenapa diam? Betulkan kau suka dia?" Nara ketawa perlahan.
"Kita tengah bercakap tentang kau sekarang Nara. Kau kenapa sebenarnya? Kau tahu kan Hyunjin tu kekasih Naeun? Kenapa kau-,"
"Sebab Hyunjin cakap Naeun tu membosankan. Sesuailah Naeun tu dengan kau. Dua-dua membosankan," Nara menolak tubuh Jeno darinya.
"Sekarang kau keluar. Atau aku akan bagitahu Omma yang anak lelaki dia ni selalu masuk bilik aku sesuka hati dia," Nara membuka pintu.
Jeno mendengus kasar sebelum dia melangkah keluar dari situ. Nara terus menutup pintu biliknya dan menguncinya.
Dia kemudian ke meja solek dan memerhatikan wajahnya. Pipinya yang dicengkam Jeno tadi dibeleknya.
"Tch, kau tak suka aku sakitkan Naeun. Tapi kau selalu sakitkan aku. Kau dengan Hyunjin sama je. Dua-dua tak guna,"

ANDA SEDANG MEMBACA
Back To You
Fanfic"Larilah sejauh mana pun, aku yakin kau akan kembali pada aku," Warning: 15++ Start:19/6/2021 End:27/6/2021