Jeno menutup pintu rumahnya perlahan-lahan. Dia memandang Nara yang masih tidur di sofa dan sedang meriba Ayden itu. Tadi sewaktu dia selesai makan, dia melihat Nara sudah tertidur di sofa sambil memeluk Ayden.
Dan dia memutuskan untuk keluar ke pasaraya berdekatan untuk mencari baju dan susu buat Ayden. Dia meletakkan beg kertas berisis pakaian Ayden di tepi sofa sebelum ke dapur untuk meletakkan barang makanan dan susu Ayden.
Setelah itu, dia ke ruang tamu semula. Dia memandang Ayden yang sedang tidur sambil memeluk lengan Nara itu.
"Ayden," kepala anaknya disentuh.
"Papa," anak kecil itu membuka matanya perlahan-lahan.
"Shhh," Jeno memberi isyarat supaya Ayden tidak bising.
Ayden yang mengerti itu segera turun dari ribaan Nara dengan berhati-hati.
"Ayden nak susu?" soalnya.
Laju Ayden mengangguk.
"Okay jom. Papa buatkan susu, lepas tu Ayden mandi okay?" tubuh Ayden diangkat dan dibawa ke dapur.
Mujur sahaja dia pernah melihat Naeun membancuh susu buat Yein dahulu. Jadi dia tidaklah begitu kekok bila perlu menyediakannya buat Ayden.
"Papa minta maaf tau kalau tak sedap," botol susu diserahkan kepada Ayden.
"Gomawo Papa," ujar Ayden.
"Jom,"
Tubuh Ayden didukung kembali dan dia sempat mencapai beg kertas di ruang tamu tadi sebelum dia naik ke tingkat atas. Tubuh Ayden dibaringkan di atas katil di dalam biliknya.
Sementara menunggu Ayden menghabiskan susunya, dia mula mengeluarkan satu per satu pakaian yang dibelikan buat Ayden.
"Papa dah siap,"
"Dah? Okay, sekarang kita mandi lepas tu Ayden tidur,"
Dia membawa Ayden ke kamar mandi dan buat pertama kalinya, dia menguruskan anaknya itu dari mandi sehinggalah memakai pakaian dan akhir sekali menidurkannya.
"Good night sayang Papa," dahi Ayden dicium.
Jeno kemudiannya keluar dari bilik dan ke tingkat bawah semula. Dilihatnya Nara sudah mengubah posisi dari duduk menyandar ke berbaring di sofa. Dia mendekati isterinya itu.
Wajah Nara ditenung. Tangannya perlahan mengusap wajah bersih itu.
"Macam ni ke pengakhiran kita Jung Nara?" soalnya perlahan.
Tidak mahu terus diganggu dengan perasaan dalam dirinya, Jeno segera bangun. Dengan penuh hati-hati, dia mengangkat tubuh Nara dan dibawa ke tingkat atas. Masuk sahaja ke biliknya, dia meletakkan Nara di sebelah Ayden. Dirinya kemudian melangkah ke sofa yang berada di dalam bilik itu dan berbaring di sana.
.....
Nara membuka matanya bila dia merasakan ada cahaya mengenai wajahnya. Dia terus bangun bila sedar yang dirinya bukanlah di dalam bilik tidurnya.
"Bodohnya kau Nara," dia mengutuk diri sendiri.
Baru dia teringat apa yang jadi semalam. Setelah melihat Jeno makan semalam, dia ke ruang tamu. Niatnya ingin menunggu Jeno dan berbincang dengan lelaki itu mengenai dia yang ingin Ayden bermalam di situ. Tetapi dia sendiri yang tertidur bila terlalu leka melihat Ayden menonton kartun di telefon bimbitnya.
"Ayden," baru dia teringat soal anaknya itu.
Dia turun dari katil dan ke kamar mandi untuk mencuci muka. Kemudian barulah dia keluar dari bilik tidur itu. Dari tangga, dia dapat mendengar suara Ayden ketawa di bawah.
"Mama!" Ayden menjerit teruja ke arahnya.
Dilihatnya anak lelakinya itu sedang menari mengikut rancangan kartun kegemarannya di televisyen.
"Ayden. Baju siapa Ayden pakai ni?" dia menghampiri Ayden.
Baru dia perasan pakaian yang dipakai Ayden bukan pakaiannya semalam.
"Baju Ayden lah! Papa belikan semalam," ujar Ayden.
"Kenapa Ayden tak kejutkan Mama semalam?" soal Nara lagi.
"Papa tak bagi. Papa cakap Mama nampak penat. Semalam kan Mama, Papa mandikan Ayden dan buat susu. Lepas tu Papa tidurkan Ayden," cerita Ayden sambil duduk di pangku Nara.
"Ayden suka?"
Ayden mengangguk.
"Suka! Papa janji harini nak bawa Ayden keluar beli toys," Ayden tersenyum lebar.
"Papa!"
Nara terpaksa melepaskan Ayden bila anaknya itu meronta perlahan. Dan Ayden terus berlari ke arah Jeno yang baru muncul dari dapur itu.
"Sarapan lah dulu, baru balik," ujar Jeno.
Nara bangun dan berjalan ke arah dapur. Jeno sudah duduk dengan Ayden di sisinya.
"Kau masak semua ni?" soal Nara bila melihat makanan yang terhidang di atas meja.
"Ya. Isteri aku kan takde, kenalah belajar masak sendiri. Takkan nak harapkan makanan dari Omma dan makanan luar je kan?" jawab Jeno.
Nara mengetap bibirnya bila dirinya diperli begitu.
"Mama duduklah," panggil Ayden.
Nara akhirnya menarik kerusi di hadapan Jeno dan lelaki itu menghulurkan pinggan kepadanya. Dia mula menikmati masakan suaminya itu.
"Aku nak bawa Ayden keluar lepas ni. Kau baliklah apartment," ujar Jeno.
Kunyahan Nara menjadi perlahan. Jelas sekali Jeno cuba memberitahu yang dia hanya ingin keluar bersama Ayden tanpanya.
"Okay," balasnya perlahan.
Pinggannya yang masih berbaki separuh nasi goreng itu ditolak ke tengan meja.
"Aku dah kenyang. Gomawo,"
Nara bangun dan membawa pinggannya ke sinki. Usai menyucinya dia kembali ke meja makan dan menghampiri Ayden.
"Ayden, Mama balik dulu tau. Ayden jangan nakal-nakal dengan Papa," kepala Ayden diusapnya.
"Okay Mama. Ayden janji tak nakal," ujar Ayden.
Nara tersenyum nipis dan mengucup pipi anak lelakinya itu sebelum dia bangun.
"Aku balik dulu. Jaga Ayden elok-elok," ujarnya pada Jeno.
"Jangan risau Nara. Walaupun aku baru jumpa Ayden, aku tahu dan pandai nak jaga anak aku sendiri," balas Jeno.
Nara terus berjalan pergi dari situ. Beg tangannya yang berada di ruang tamu dicapai sebelum dia keluar dari rumah itu. Masuk sahaja ke dalam kereta, air mata yang ditahannya mengalir juga. Hatinya sakit melihat perubahan Jeno. Sangat sakit.
Sabar ya geng, tak lama lagi Jeno akan dapat sinar keinsafan.
![](https://img.wattpad.com/cover/273295454-288-k283459.jpg)
YOU ARE READING
Back To You
Фанфик"Larilah sejauh mana pun, aku yakin kau akan kembali pada aku," Warning: 15++ Start:19/6/2021 End:27/6/2021