"Dah sedar?"
Jeno memandang Nara yang sudah duduk di atas katil itu.
"Jeno,"
"Kau pengsan tadi. Doktor cakap perut kau kosong. Kenapa tak makan?"
"Takde selera," balas Nara.
Memang sejak dua tiga hari ini, dia tiada selera makan. Dia makan sekadar untuk menemani Ayden sahaja. Bila Ayden tiada bersamanya, dia langsung tidak menjamah makanan. Sewaktu keluar berjumpa Naeun pun, dia hanya memesan minuman sahaja.
"Takde selera pun kena lah jaga makan. Kalau diri sendiri tak boleh jaga, macam mana nak jaga anak aku?"
Nara hanya diam. Dia melihat lelaki itu keluar dari biliknya. Dan kemudian Jeno muncul kembali dengan dulang berisi makanan.
"Sekarang ni makan," Jeno mengambil tempat di pinggir katilnya.
Dia melihat lelaki itu sedang mengacau bubur di dalam mangkuk sebelum sudu tersebut disuakan di depannya.
"Takpe, aku makan sendiri," dia cuba mengambil sudu tersebut namun Jeno mengelak.
"Buka mulut kau Nara," ujar Jeno tegas.
Dan Nara hanya akur sahaja. Dia hanya membiarkan lelaki itu menyuapnya.
"Ayden macam mana?" soal Nara untuk menghilangkan rasa sunyi.
"Omma call tadi. Dia cakap Ayden dah tidur. Esok je lah ambil dia,"
Nara mengeluh tanpa sedar. Nampak gayanya malam itu dia terpaksa tidur berseorangan lagi.
"Kenapa?" soal Jeno bila dia mendengar keluhan kecil itu.
"Ayden. Malam ni aku kena tidur sorang lagi," ujar Nara.
Sejak dia melahirkan Ayden, dia tidak pernah berpisah dengan anaknya itu. Semalam bila Ayden tidur bersama Jeno, dia mengalami masalah untuk memejamkan matanya. Ya lah, selalunya dia akan memeluk Ayden.
"Ayden takde. Papa dia ada,"
"Hah?"
"Takde apa. Makan cepat," sudu disua lagi.
Nara menolak tangan Jeno dan menggeleng perlahan.
"Dah? Baru berapa suap kau makan,"
"Takde selera lah Jeno,"
Jeno meletak kembali sudu ke dalam mangkuk. Gelas berisi air suam yang dibawa bersama tadi diserahkan kepada Nara.
"Gomawo," gelas yang sudah kosong diserahkan kembali kepada Jeno.
Jeno tidak membalas sebaliknya dia melangkah keluar dari situ bersama dulang tadi. Kemudian dia muncul semula dan menghampiri katil Nara. Selimut di badan itu dibetulkan.
"Berehatlah. Pagi esok aku datang hanyar Ayden," ujar Jeno.
Jeno kemudian berjalan ke arah suis utama bilik. Lampu segera dimatikan. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar-
"Jeno,"
Langkahnya terhenti. Dia menoleh memandang Nara di katil. Dengan bantuan lampu tidur di meja sisi katil, dia dapat melihat Nara yang tadinya berbaring kini sedang duduk.
"Kenapa?" soalnya.
Dia nampak Nara seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Kenapa Jung Nara?" dia menghampiri gadis itu.
"Takde apa lah. Mianhei," ujar Nara lalu menunduk.
Jeno mengetap bibirnya geram.
"Yaa, baik kau cakap apa yang kau nak cakap. Aku tak suka orang cakap separuh jalan ni," ujarnya.
Nara perlahan mengangkat wajahnya memandang Jeno.
"Aku-hmm, kau-,"
"Apa Nara?"
"Boleh tak kalau kau temankan aku malam ni?" soal Nara.
Jeno terdiam. Tidak sangka itu yang bakal keluar dari mulut Nara. Dia ketawa perlahan.
"Pelik. Selalunya kau akan halau aku. Malam ni terbalik pula,"
"Lupakan. Anggap je aku tak pernah cakap apa-apa," Nara kembali berbaring dan menarik selimut menutupi seluruh badannya termasuk muka.
Jeno tersenyum lebar. Dia berjalan ke arah pintu dan menutupnya. Kemudian kembali ke katil dan mengambil tempat di sebelah Nara. Dan seperti jangkaannya, isterinya itu terkejut.
Nara menolak selimut yang menutupi wajahnya dan perlahan memandang ke sebelah kirinya.
"Jeno,"
Lelaki itu sedang berbaring menghadapnya.
"Tidur. Harini Ayden takde. Biar Papa dia yang gantikan dia," ujarnya.
"Ayden. Kau betul-betul maksudkan yang kau akan ambil dia dari aku?" soal Nara.
Jeno mengangguk.
"Peguam aku tengah sediakan semuanya. Lepas ni, kita akan berpisah macam yang kau nak. Tentang Ayden, aku takkan jadi Papa yang kejam. Kau boleh jumpa dia bila-bila masa yang kau nak,"
"Jeno. Aku tak boleh hidup kalau Ayden takde. Tak boleh ke dia terus dengan aku? Kau boleh lawat dia bila-bila yang kau nak. Aku janji, aku takkan halang,"
suara Nara seakan merayu."Empat tahun Nara kau hidup dengan dia. Sekarang masa untuk aku pula jalankan tanggungjawab aku sebagai Papa dia," balas Jeno.
"Tapi, Jeno-"
"Aku takkan termakan dengan air mata kau Nara,"
Tangan Jeno menyentuh pipi Nara yang sudah basah itu.
"Jeno please. Aku akan buat apa je. Asalkan aku boleh terus dengan Ayden. Aku tak boleh hidup kalau Ayden takde dengan aku Jeno. Please,"
"Apa-apa je? Kau sanggup buat apa je?" soal Jeno.
Nara mengangguk sambil menyapu air matanya.
"Apa je yang kau suruh, aku sanggup buat. Asalkan kau tak ambil Ayden," ujar Nara bersungguh.
Jeno menarik senyuman.
"Layan aku malam ni,"
"Hah?"
Jeno merapatkan tubuh mereka.
"Aku nak kau layan aku malam ni Jung Nara. Jalankan tanggungjawab kau dan aku akan tunaikan semua yang kau nak," bisik Jeno di telinga gadis itu.
Nara mengetap bibirnya. Dia memandang Jeno yang begitu rapat dengannya itu.
"Kalau kau tak nak-,"
"Jeno!"
Nara menahan tangan Jeno yang sepertinya bersedia untuk turun dari katil itu.
"Okay. Aku akan buat," ujar Nara.
"Betul?" soal Jeno.
Nara tidak menjawab sebaliknya dia menarik wajah Jeno dan mencium suaminya itu.
Walaupun apa yang berlaku dahulu masih berkesan dalam dirinya, dia tetap sanggup lakukan apa sahaja demi anaknya Ayden.
YOU ARE READING
Back To You
Fanfiction"Larilah sejauh mana pun, aku yakin kau akan kembali pada aku," Warning: 15++ Start:19/6/2021 End:27/6/2021