"Cantik rambut baru awak,"
Jeno memandang Naeun yang duduk di hadapannya itu. Mereka berdua sedang duduk di tepi kolam renang pada malam itu selepas selesai makan malam. Orang tua mereka dan Nara sudah lama masuk ke bilik.
"Ah, gomawo sebab pilihkan warna tadi," kata Naeun sambil tersenyum.
Petang tadi Jeno menemani Naeun ke salon. Dan dia mencadangkan Naeun menukar warna rambut hitamnya ke warna coklat lembut. Gadis itu hanya bersetuju dan dia juga sangat suka akan hasilnya.
"Awak dah okay kan?" soal Jeno.
Naeun mengangguk.
"Saya dah tak nak ingat Hyunjin tu lagi. Mungkin dia memang sesuai dengan Nara. Saya ni membosankan. Tak macam Nara. Dia cantik, pandai bergaya. Kalau saya jadi lelaki pun, saya akan terpikat dengan dia," ujar Naeun.
"Awak pun. Mesti awak pernah ada rasa tertarik pada Nara kan?" soal Naeun lagi.
Jeno diam. Kalaulah Naeun tahu yang sebenarnya dia sudah lama menyimpan perasaan terhadapnya, entah apa lah reaksi gadis itu.
"Jeno? Hey!" Naeun menepuk meja.
Jeno segera tersedar dari lamunannya.
"Awak berangan eh bila saya tanya tentang Nara? Nampak sangat tekaan saya betul. Awak pernah sukakan dia kan?" soal Naeun dengan senyuman mengusik.
"Aniya," nafi Jeno.
Naeun mengerutkan dahinya.
"Serius? Sekali pun? Okay, tolak tepi hubungan keluarga kita ni sekejap. Kalau Nara bukan adik tiri awak, awak akan suka dia? Eh, tapi rasanya tak salah pun kan kalau awak bercinta dengan dia sebab awak kan-,"
"Naeun. Saya sukakan awak," ayat itu terkeluar juga dari mulut Jeno.
Naeun terdiam.
"Awak nak kenakan saya kan?" bahu Jeno dicubitnya.
"Tak. Saya serius," tangan Naeun yang mencubit lengannya dicapai dan dipegang.
"Tak salah kan kalau saya sukakan awak? Awak pun tahu yang saya bukan anak kandung Omma pun. Jadi kalau kita bercinta pun, semuanya takkan jadi masalah," ujar Jeno.
"Jeno ah," Naeun cuba menarik tangannya.
"Naeun, boleh tak awak pandang saya sebagai lelaki sebenar. Bukan saudara tiri awak?" tangan Naeun makin erat digenggam.
"Kalau Hyunjin dah lukakan awak, saya nak sembuhkan luka tu,"
Naeun hanya diam dan dia sudah tidak lagi cuba menarik tangannya dari digenggam Jeno.
Jeno pula, dia merasakan yang Naeun seolah memberinya balasan yang positif. Dia merapatkan tubuhnya dengan Naeun lagi. Dan sebelah tangannya memegang pipi Naeun.
Naeun pula, dia memejamkan matanya bila wajah Jeno makin hampir dengan wajahnya. Dia sudah dapat mendengar helaan nafas lelaki itu.
"Wow, show apa ni? Malam-malam, berduaan dekat tepi swimming pool. Feeling-feeling dekat Hawai ke?"
Naeun kembali membuka matanya dan Jeno pantas menjarakkan wajahnya. Mereka memandang ke arah Nara yang sedang berdiri di pintu gelangsar yang memisahkan kolam renang dan ruang tamu rumah itu.
Gadis itu sedang berdiri dengan gelas berisi jus oren di tangannya.
"Korang patut minum orange juice untuk tambah vibes Hawai tu,"
Nara tersenyum sebelum dia berjalan meninggalkan mereka.
"Saya naik dulu," Naeun terus bangun dan berlalu meninggalkan Jeno.
"Haish, Jung Nara," keluh Jeno kesal.
.....
"Parents You takde?"
Nara yang sedang menanggalkan anting-anting di telinganya itu menggeleng.
"Diorang attend wedding anak kawan Appa I. Esok baru balik," balas Nara.
"Tapi takpe ke kita buat kat dalam bilik You ni? Kembar You or abang tiri You tu tak fikir bukan-bukan ke nanti?"
Nara yang sudah siap menanggal perhiasan dan mencuci solekannya itu bergerak ke ruang di sebelah meja belajarnya yang sudah diletakkan meja kecil itu.
"Eric, I bukannya ajak You buat benda tak elok ke apa kat dalam ni. Siapkan assignment kita je kan. Lagipun Lia dah kata, kalau sempat dia datang. You tak payahlah fikir tentang kembar dengan abang tiri I tu. Buat serabut kepala otak je,"
Nara duduk bersila di hadapan lelaki itu. Komputer riba miliknya dibuka.
"So, nak mula dari mana?" soal Nara.
"I dah senaraikan bahagian masing-masing," Eric menghulurkan buku notanya kepada Nara.
"Okay,"
Nara mula membuka internet untuk mencari maklumat. Begitu juga dengan Eric. Mereka fokus dengan bahagian kerja masing-masing dan hanya bersuara bila perlu.
"Nara, You pernah tengok video ni?" Eric memusingkan sedikit komputer ribanya ke arah Nara.
Nara menggeleng.
"Video apa tu?" soal Nara.
"Ni, budak ni. Dia prank Omma dia, konon-konon Omma dia dah jadi halimunan," cerita Eric teruja.
"Really?"
Nara bangun dan beralih duduk di sebelah Eric. Eric kembali menekan butang play pada video itu.
Mereka berdua sama-sama ketawa melihat video tersebut. Dengan hanya satu video, Eric mula memainkan video-video lain pula. Sehingga mereka tidak sedar yang masa mereka sudah banyak terhabis di situ.
"Eric, I rasa kita dah patut stop. Makin banyak pula video You ni,"
Eric mengangguk. Dia menoleh melihat Nara yang menguap kecil itu.
"You mengantuk?" soalnya.
"Sikit," ujar Nara.
"Kalau macam tu, kita sambung dengan Lia esoklah," cadang Eric.
"Betul ni? I dengar You ni sejenis yang nak semua kerja siap cepat. Selalu You kan orang pertama yang submit assignment,"
"Itu kalau individual assignment. Ni kan group assignment, I kena fikir orang lain juga," kata Eric sambil mengemas barang-barangnya.
"Oh, I see," Nara mengangguk.
Dia ikut bangun. Setelah itu dia berjalan bersama Eric untuk ke pintu.
"Nanti kita bincang lagi bila Lia dah ada," kata Eric.
"Okay," Nara hanya bersetuju.
"Sekejap Nara, bulu mata You gugur,"
Eric mendekat ke arah Nara. Wajahnya ditundukkan sedikit dan sehelai bulu mata Nara yang gugur di tepi matanya diambil.
"Tengok," dia menunjukkannya pada Nara.
YOU ARE READING
Back To You
Fanfiction"Larilah sejauh mana pun, aku yakin kau akan kembali pada aku," Warning: 15++ Start:19/6/2021 End:27/6/2021