"Jeno cakap macam tu?"
Nara mengangguk.
"Habis tu kau? Kau nak bercerai dengan dia?" soal Naeun.
"Entah," balas Nara sepatah.
Tangannya sibuk mengacau minumannya dengan straw.
"Kalau jawapan macam tu, maksudnya kau tak nak kan?"
Nara masih diam. Fikirannya bercelaru. Memandangkan Ayden masih di rumah Jeno, dia mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Naeun.
"Naeun ah, kau rasa Jeno memang dah benci aku ke?"
Naeun tersenyum nipis.
"Buat apa dia nak benci kau? Kau kan isteri dia. Mama Ayden,"
"Tapi aku sorokkan Ayden dari dia. Empat tahun pula tu. Kau tak rasa aku ni teruk ke?"
"Nara, dengar sini. Yes, kau memang salah sebab sorokkan tentang Ayden dari dia. Tapi, sepanjang empat tahun ni, memang kita semua terputus hubungan pun. So, logik je kalau dia tak tahu tentang Ayden. Lain lah kalau empat tahun ni, kau memang ada depan mata kitorang. Yang tu memang kejam kalau kau sorokkan Ayden," kata Naeun.
"Itu yang kau fikir. Tapi Jeno tak fikir macam tu. Dia tetap fikir aku ni isteri yang tak guna sebab buat semua ni,"
Naeun memandang wajah sugul kembarnya itu. Tangan Nara yang berada di atas meja diraih dan digenggam.
"Kau nak aku try cakap dengan Jeno?" soal Naeun.
Nara menggeleng.
"Tak payah lah Naeun. Nanti dia fikir aku jaja cerita dia pula," Nara tersenyum nipis.
Perbualan mereka sedikit terganggu bila telefon milik Naeun berbunyi. Dan Naeun segera menerima panggilan tersebut.
"Eric?" soal Nara.
Naeun mengangguk.
"Yein dah bangun. Dia menangis cari aku,"
"Ah, kalau macam tu kau balik lah. Aku pun dah nak balik juga. Hari macam nak hujan,"
Naeun mengangguk dan mencapai beg tangannya.
"Kalau ada apa-apa nak cerita atau luahkan. Call je aku. Aku suka bila kau cari aku," ujar Naeun.
Nara tersenyum.
"Okay. Gomawo Naeun ah,"
Naeun ikut tersenyum sebelum dia akhirnya meminta diri dan pergi dari situ. Kemudian beberapa minit selepas itu, Nara ikut bangun.
Bila sampai sahaja di luar kafe, hujan turun dengan lebatnya. Dan Nara yang sememangnya tidak membawa payung itu terus meredah hujan untuk ke keretanya.
.....
Jeno melangkah laju keluar dari elevator menuju ke apartment milik Nara. Sampai sahaja, loceng terus dibunyikan berkali-kali.
Dan selepas lebih kurang lima minit, baru pintu dibuka. Pandangannya disapa dengan Nara yang berdiri di hadapannya dengan wajah yang seperti baru bangun tidur.
"Jeno, Ayden mana?" soal Nara.
Tidak menjawab soalan Nara, sebaliknya dia terus menolak Nara masuk ke dalam dan menutup pintu.
"Jeno, jawablah. Ayden mana?" soal Nara lagi.
"Kat rumah Omma," balasnya.
"Kenapa tinggalkan dia kat sana?"
Jeno tidak menjawab sebaliknya dia menarik tangan Nara untuk ke sofa.
"Apa ni? Sakitlah!" Nara menjerit bila dia menolak tubuh itu ke atas sofa.
"Kau cerita apa pada Naeun?" soal Jeno.
"Cerita apa? Mana ada cerita apa-apa?" soal Nara.
"Tch," Jeno tersenyum sinis.
"Kau bagitahu dia kan tentang apa yang aku cakap pada kau selama ni?"
"Naeun, cerita pada kau?"
"Jadi betullah kau bagitahu dia?" Jeno ketawa perlahan.
"Jeno, aku cuma-,"
"Cuma apa Nara? Kau nak malukan aku ke depan Naeun? Biar dia tahu aku ni lelaki tak guna? Sanggup nak bercerai dengan adik kembar dia? Hah?"
Nara laju menggeleng.
"Tak Jeno!" Nara bangun dari sofa dan berdiri menghadap lelaki itu.
"Bukan tu niat aku Jeno,"
"Habis tu apa Nara? Apa niat kau cerita semua benda pada Naeun?"
Bahu Nara sedikit terhinjut mendengar suara kuat Jeno. Rasa sakit kepalanya tadi kembali terasa. Tadi pun dia tidur kerana ingin menghilangkan kesakitan tersebut. Dan tidak sampai sepuluh minit dia terlelap, dia diganggu dengan bunyi loceng rumah yang ditekan berkali-kali.
"Jeno, aku-,"
"Kau sebenarnya tak nak mengaku salah kau kan? Kau still rasa apa yang kau buat ni tak salah kan? Kau lari dari suami kau, sorokkan Ayden dari aku. Tu semua kau still rasa tak salah kan?"
"Tak. Bukan macam tu Jeno. Aku-,"
Nara berhenti seketika. Kepalanya kembali berdenyut kuat. Mungkin kesan dirinya yang meredah hujan lebat tengahari tadi.
"Yaa, kau kenapa?"
Jeno perasan Nara memegang dahinya sendiri.
"Jung Nara!"
Tubuh Nara yang tiba-tiba ingin jatuh itu disambutnya. Dia menampar perlahan pipi isterinya yang sudah memejamkan mata itu.
"Yaa, buka mata kau. Jung Nara!"

ANDA SEDANG MEMBACA
Back To You
Fiksi Penggemar"Larilah sejauh mana pun, aku yakin kau akan kembali pada aku," Warning: 15++ Start:19/6/2021 End:27/6/2021