Four Months Later
Nara keluar dari keretanya dan berjalan masuk ke dalam restauran di mana dia berjanji untuk makan tengahari bersama bapanya itu.
"Cik," seorang pelayan menghampirinya.
"Jung Nara. Tempahan bawah nama Tuan Jung Jehoon," ujarnya.
"Baik, sila ikut saya,"
Dia mengikut langkah pelayan tersebut ke ruang makan yang tertutup. Setelah pelayan itu pergi, dia membuka pintu dan melangkah masuk.
"Nara," Puan Lee yang pertama menegurnya.
Dia tersenyum nipis sebelum mengambil tempat di sebelah ibu tirinya itu, dan berhadapan dengan Jeno.
"Pelik. Selalu tak pernah pun makan kat luar macam ni," ujarnya.
"Appa nak raikan kamu bertiga sempena dah berjaya tamatkan pelajaran," ujar Puan Lee.
Mereka semua mula menikmati makanan yang dipesan oleh Tuan Jung tersebut.
"Kamu dah mula apply kerja Nara?" soal Tuan Jung.
"Dah. Tengah tunggu diorang panggil untuk interview je. Adalah dalam dua tiga company,"
"Baguslah,"
Nara hanya diam tidak membalas. Dia begitu menikmati makanannya sehinggalah penyepit makanan dia dan Jeno berlaga sewaktu keduanya cuba mengambil kepingan daging bakar.
Nara mengangkat wajahnya memandang lelaki itu sebelum dia menarik tangannya. Buat pertama kalinya dalam tempoh empat bulan, dia kembali berada dekat dengan lelaki itu.
Setelah kejadian di apartmentnya malam itu, Jeno tidak lagi menganggunya. Nara sendiri pun memang sangat jarang pulang ke rumah keluarga mereka. Dia benar-benar ingin mengelak dari lelaki itu. Jika terserempak di universiti pun, dia akan cepat-cepat melarikan diri.
"Appa ada sesuatu nak beritahu,"
Tuan Jung yang sudah selesai makan bersuara. Nara dan yang lain juga sudah selesai menjamu selera mula memandang ke arah ketua keluarga itu.
"Apa dia Appa?" soal Naeun.
Tuan Jung berdehem perlahan dan dia memandang isterinya. Puan Lee kemudian membuka beg tangannya dan mengeluarkan sesuatu lalu diberikan kepada anak-anaknya.
"Wow, invitation card," Nara menyambut sampul putih tersebut.
"Siapa yang nak kahwin?" dia mengeluarkan kad yang nampak sangat eksklusif rekaannya itu.
"Appa," suara Naeun kedengaran.
"Mwoya? Lee Jeno dan Jung Nara?" tangan Nara bergetar perlahan.
"Appa dengan Omma dah berbincang. Kami akan satukan kamu berdua," ujar Tuan Jung tenang.
"Appa, no! Nara tak nak kahwin dengan Jeno!" kad tadi dihempas ke atas meja.
"Kamu nampak kad tu kan? Tengok tarikh kat situ. Lagi seminggu je. Appa tak terima sebarang penolakan," kata Tuan Jung.
Nara kemudian memandang Jeno. Dilihatnya lelaki itu cuma diam dan tidak bersuara sedikit pun.
"Yaa, Lee Jeno. Kenapa kau nampak tak terkejut langsung?" soalnya.
"Nara," Puan Lee menyentuh lengan gadis itu.
"Kau dah tahu ke tentang ni Jeno?" soalnya.
"Nara, aku-,"
Dia memandang Naeun pula. Kembarnya itu hanya menunduk.
YOU ARE READING
Back To You
Fanfiction"Larilah sejauh mana pun, aku yakin kau akan kembali pada aku," Warning: 15++ Start:19/6/2021 End:27/6/2021