"Appa,"
Tuan Jung yang sedang membaca surat khabar di meja makan itu menoleh ke sisi. Dilihatnya nak bongsunya sedang berdiri di situ.
"Harini cuti, awal pula kamu turun," Tuan Jung kembali membaca.
"Nara nak minta izin,"
Tangannya yang ingin menyelak helaian surat khabar itu terhenti. Dia menutup dan melipatnya lalu meletakkannya di atas meja.
Dan bila dia betul-betul fokus memandang anaknya itu, baru dia perasan akan sebuah bagasi bewarna hitam yang berada berdekatan dengan tangga.
"Nara nak tinggal dekat apartment tu buat sementara waktu," ujar Nara.
"Sebab Appa tampar kamu semalam ke?" soal Tuan Jung.
Nara mengetap bibirnya.
"Aniya. Nara cuma nak fokus untuk final year project Nara. Senang nak buat lakaran dan replika," ujar gadis itu.
Tuan Jung membetulkan kedudukan kaca matanya.
"Pergilah. Apartment tu pun memang dah tukar kepada nama kamu," kata Tuan Jung.
"Okay. Nara pergi sekarang,"
Tuan Jung mengangguk. Baru sahaja dia ingin bangun, dia merasa tubuh Nara memeluknya dari sisi dan satu ciuman hinggap di pipinya.
"Nara pergi dulu,"
Tuan Jung terkaku di situ. Dia mendengar bunyi pintu ditutup.
"Awak ni dah tua sayang. Tak nak langsung mengalah. Apa salahnya awak minta maaf lepas awak tampar dia semalam? Jeno dah cerita pada saya, memang Naeun yang mulakan semuanya. Bukan Nara," Puan Lee yang muncul dari dapur itu meleteri suaminya.
Sememangnya dia mengintai perbualan dua beranak itu. Dan dia memang langsung tidak terkejut dengan niat Nara kerana gadis itu sudah bertanya pendapatnya terlebih dahulu malam semalam.
"Ni, bekal ni. Nasi goreng dan sandwich kegemaran Nara," Puan Lee menolak mangkuk tingkat yang dibawanya dari dapur ke hadapan Tuan Jung.
"Pergi sayang. Dah tua ni tak payah nak tinggi sangat ego tu,"
Tuan Jung akhirnya bangun. Dia mencapai mangkuk tingkat tersebut dan terus keluar rumah. Dilihatnya Nara sedang memasukkan bagasi ke dalam keretanya.
Dia menghampiri anak bongsunya itu.
"Nara,"
"Appa," Nara menutup pintu belakang dan memandangnya.
"Ni bekal untuk kamu," dihulurnya bekalan tadi.
"Gomawo Appa,"
Tuan Jung hanya mengangguk.
"Nanti Appa masukkan duit untuk bil elektrik dan air. Hati-hati memandu,"
Tuan Jung terus berpaling dan melangkag semula ke rumah.
'Maafkan Appa sebab Appa masih tak boleh nak ungkapkan kata maaf tu,'
.....
Jeno menyarungkan tshirt ke tubuhnya. Setelah itu dia berdiri di hadapan cermin dan membelek mukanya. Senyuman terukir tanpa sedar bila dia melihat pantulan bibirnya sendiri.
Memori malam semalam kembali bermain di mindanya. Di mana dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh terfikir untuk mencium Nara. Dan gadis itu malah membalasnya. Jika bukan kerana ibunya yang mengetuk pintu bilik gadis itu, dia sendiri tidak pasti sejauh mana mereka akan pergi.
"Haish, kau memang gila Jeno," dia menggelengkan kepalanya.
Dia keluar dari bilik untuk turun bersarapan. Dan dia berselisih dengan Naeun di tangga.
"Kenapa mata tu?"
"Saya tak boleh tidur semalam," ujar Naeun.
Matanya bengkak kerana dia menangis hampir sepanjang malam. Tangisannya makin menjadi-jadi bila dia melihat Jeno yang keluar dari bilik Nara saat dia ingin ke bawah untuk minum air.
Sangkanya lelaki itu akan mencari dan memujuknya seperti selalu. Namun dia silap kerana Jeno terus kembali ke biliknya.
"Dah turun. Omma baru nak panggil kamu berdua," Puan Lee sudah berdiri di tepi tangga saat mereka tiba di bawah.
"Omma,"
Jeno memegang lengan ibunya menyebabkan wanita yang ingin ke meja makan itu berhenti.
"Tak panggil Nara?" soalnya.
Dia perasan hanya ada Tuan Jung seorang di meja makan. Walaupun Nara selalu bangun lambat, tetapi gadis itu tetap akan bersarapan bersama mereka.
"Kita ke meja dulu,"
Jeno makin keliru. Dia ke meja dan mengambil tempat di sebelah Naeun seperti biasa. Dan dilihatnya tiada pinggan atau gelas di tempat duduk Nara di sisi ibunya.
"Kenapa tak ambil pinggan untuk Nara sekali?" Naeun terlebih dahulu menyoal.
"Adik kamu tinggal dekat apartment Omma kamu tu buat sementara. Katanya senang nak fokus dengan final year project," kata Tuan Jung.
"Appa izinkan?" soal Jeno.
Tuan Jung mengangguk.
"Lagipun untuk elakkan perkara macam semalam jadi lagi, elok rasanya Nara tinggal kat situ,"
Jeno terkedu. Beerti dia tidak akan dapat berjumpa Nara seperti selalu selepas ini.
Tanpa sedar ada perasaan hampa di dalam hatinya.
YOU ARE READING
Back To You
Fanfiction"Larilah sejauh mana pun, aku yakin kau akan kembali pada aku," Warning: 15++ Start:19/6/2021 End:27/6/2021