02

1.2K 138 13
                                    

Masuk sahaja ke dalam bilik, tubuhnya terus dihempaskan ke atas katil.

"Naeun, Naeun, Naeun je lah yang baik kat mata semua orang," rungutnya.

Puas berbaring, dia bangun dan ke meja belajarnya. Beg miliknya dibuka dan dia mencari sesuatu.

"Ada pun,"

Kotak rokok dan pemetik api dikeluarkan sebelum dia ke balkoni biliknya. Sebatang rokok dinyalakan dan dia mula menyedut bahan tembakau tersebut sambil memandang ke bawah. Setiap kali melihat asap rokok yang dihembusnya, dia mula berasa puas. Itulah yang dirasakannya sejak pertama kali dia mula merokok sebagai cara untuk melepaskan tekanan.

"Yaa!"

Batang rokok dibibirnya ditarik seseorang.

"Sejak bila kau merokok?"

Jeno mencampakkan puntung rokok tersebut ke lantai dan memijak dengan selipar yang dipakainya.

"Kau tak payah sibuk boleh tak?" soalnya geram.

Dia membuka kotak rokok tadi namun Jeno dengan laju merampas kotak rokok tersebut.

"Ambillah kalau kau nak," dia meletakkan kotak rokok itu di saku belakang seluarnya.

"Eh, apa masalah kau sebenarnya? Boleh tak jangan sibuk hal aku?" Nara menolak bahu lelaki itu.

"Kau kenapa kasar sangat dengan Appa?" soal Jeno kembali.

"Tak payah sibuk. Sekarang ni bagi balik rokok aku," tangannya ditadah di hadapan lelaki itu.

"No. Aku takkan pulangkan,"

"Lee Jeno, kau-"

"Apa?" Jeno membalas tatapan tajam adik tirinya itu.

Malah dia menapak lebih rapat sehingga Nara terpaksa mengundur.

"Yaa!" Nara menahan dada Jeno bila lelaki itu menunduk rapat ke arahnya.

"Jangan merokok lagi Nara. Atau aku akan laporkan pada Appa," pesannya sebelum dia meninggalkan bilik gadis itu.

"Hish, Lee Jeno tak guna!" Nara mengusutkan rambutnya geram.

Nampak gayanya, dia terpaksa mencari hobi baru untuk melepaskan tekanannya selepas ini.

.....

'Kenapa diam je kamu berdua?" Tuan Jung menjeling kedua puterinya dari cermin pandang belakang.

"Kamu berdua tak bersedia nak bakal jumpa Omma baru? Atau kamu memang tak bersedia untuk ada Omma baru?" soalnya lagi.

"Aniya. Kalau Appa rasa itu yang terbaik, Nara tak kisah," ujar Nara.

"Naeun?"

"Naeun pun," Naeun tersenyum nipis.

Kereta yang dipandu Tuan Jung akhirnya sampai di hadapan sebuah restoran mewah. Mereka tiga beranak kemudian mulai keluar dari kereta dan menapak masuk ke dalam restoran tersebut. Tuan Jung yang sememangnya sudah menempah bilik makan VVIP itu, membawa dua puterinya ke sana.

"Awak dah sampai?" seorang Wanita dalam lingkungan 40an tersenyum sebaik sahaja mereka bertiga masuk ke situ.

Nara dan Naeun menunduk hormat kepadanya. Dan kemudian baru mereka menyedari ada seorang remaja lelaki yang mungkin sebaya dengan mereka turut berdiri di sisi Wanita itu.

"Kenalkan sayang anak-anak kembar saya. Jung Naeun dan ni adiknya Jung Nara. Ini pula bakal Omma kamu dan bakal isteri Appa, Lee Eunjung. Kamu berdua boleh panggil dia Omma mulai malam ni,"

Puan Lee kemudian memeluk erat pasangan kembar tersebut dan mengusap kepala mereka.

"Cantik anak awak," sempat dia memuji.

"Itu pula Lee Jeno. Dia Cuma tua tiga bulan dari kamu berdua. Dia akan jadi abang kamu nanti,"

Lelaki yang dikenalkan sebagai Jeno itu tersenyum nipis.

"Jeno ni satu sekolah dengan kamu berdua. Mungkin kamu pernah terserempak dekat sekolah," kata Tuan Jung.

"Library. Nara pernah nampak dia kat library,"

"Saya tak perasan pula. Saya Jeno," Jeno menghulurkan tangannya.

Naeun dan Nara menyambutnya.

"Harap kita bertiga boleh jadi adik-beradik dan kawan baik,"

"Kawan baik? Tch, sampai sekarang aku tak teringin pun nak berbaik atau jadi kawan baik kau," Nara berdecit perlahan.

Sepanjang hampir lima tahun mereka menjadi keluarga, dia tidak pernah berbaik dengan Jeno. Atau dia patut katakan yang Jeno sendiri juga lebih memilih dan selesa untuk rapat dengan Naeun. Ya lah, Naeun itu gadis yang lemah-lembut berbanding dirinya yang kasar itu.

Dia dan Jeno selalu bertikam lidah di belakang orang tua mereka. Puncanya adalah Nara yang selalu bercakap kasar atau melawan Naeun ataupun Tuan Jung. Setiap kali dia bertikam lidah dengan bapa atau kembarnya, Jeno pasti akan berjumpanya selepas itu untuk memarahi atau menasihatinya. Kerana itulah dia tidak sukakan lelaki bernama Lee Jeno itu.

"Haish, Lee Jeno. Aku baru je beli rokok tu siang tadi. Kau memang lelaki tak guna!" jeritannya bergema di seluruh bilik tidurnya.

Back To You Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang