26

996 117 3
                                    

"Naeun ah,"

Naeun yang sedang memasukkan telefon bimbit ke dalam beg tangannya itu menoleh ke arah pintu. Lee Jeno sedang berdiri di sana.

"Waeyo Jeno?" soalnya.

"Awak keluar lunch dengan Eric?" soal lelaki itu.

"Ya. Nak join?" soal Naeun.

Jeno menggeleng.

"Kalau saya tak masuk office petang ni boleh tak? Saya ingat nak pergi jenguk Appa. Dah dua hari saya tak datang. Lagipun, Omma kan ada program dekat rumah anak yatim tu,"

"Oh. Boleh je. Lagipun harini takde meeting penting pun," balas Naeun.

"Okay. Saya pergi dulu lah kalau macam tu,"

Naeun hanya mengangguk. Jeno kemudian terus keluar dari bilik Naeun dan ke elevator untuk ke ruangan parkir bawah tanah. Setelah masuk dan menghidupkan keretanya, dia terus memandu untuk ke hospital.

Setelah hampir dua puluh minit, dia sudah sampai di hospital di mana bapanya berada. Dia keluar dari keretanya dan terus ke arah pintu masuk hospital.

Saat ingin berjalan masuk, bahunya berlanggar dengan seseorang menyebabkan beg tangan orang itu terjatuh dan barang-barangnya tercampak keluar.

"Mianhei," Jeno segera membantu mengutip barangan orang tersebut.

"Takpe, salah saya yang jalan tak tengok kiri kanan," ujar orang tersebut.

Mereka berdua bangun serentak dan Jeno menghulurkan pen di tangannya kepada orang tersebut.

"Gomawo-,"

Pandangan mereka bertentangan dan keduanya jelas terkejut.

"Nara?"

Nara segera melarikan pandangannya. Pen di tangan Jeno dirampas lalu dia terus berjalan meninggalkan lelaki itu.

"Jung Nara!" Jeno mengejar langkahnya.

Dan Nara sudah tentunya makin laju berjalan. Jeno berhenti melangkah.

"Haa, baguslah! Lari, lari lagi Jung Nara! Memang dari dulu pun tu je yang kau mampu buat! Lari dari semua masalah! Larilah sampai bila-bila. Biar masalah kita ni takkan pernah selesai!"

Dan kata-katanya itu mampu membuat Nara berhenti. Jeno mengambil kesempatan tersebut untuk mendapatkan gadis itu.

"Jung Nara," Jeno berdiri di hadapan gadis itu.

"Jeno, aku-,"

Jeno terus memeluk tubuh itu.

"Aku rindukan kau," ujarnya.

Nara terkedu seketika dan hanya membiarkan perbuatan lelaki itu. Namun, ianya tidak lama sebelum dia menolak tubuh itu menjauhinya.

"Orang nampaklah nanti," ujarnya.

"Kau isteri aku Nara. Tak salah pun kalau aku peluk kau," ujar Jeno.

"Isteri?"

"Yes. Waeyo? Empat tahun kau hilang ni, buat kau hilang ingatan ke?" soal Jeno.

"Kau tak berubah Jeno. Apa yang keluar dari mulut kau semuanya menyakitkan hati," ujar Nara.

Dia terus berjalan melepasi lelaki itu.

"Argh, apa ni?"

Nara menjerit bila lengannya direntap kuat oleh Jeno dan tubuhnya disandarkan pada tiang yang terdapat di kawasan parkir itu.

"Nara, empat tahun kau tinggalkan aku. Kau ingat aku nak lepaskan kau bila aku dah jumpa kau?" soal Jeno serius.

"Jeno lepaslah. Aku kena balik sekarang. Please," rayu Nara.

Dia memang sudah lambat kerana dia perlu mengambil Ayden yang ditinggalkan bersama Irene tadi. Irene sudahpun menelefonnya kerana wanita itu perlu keluar bersama Suho untuk menempah busana pengantin mereka. Kerana itulah dia keluar dari bangunan hospital dengan tergesa-gesa tadi.

"Aku takkan lepaskan kau kecuali kalau kau janji yang kau takkan lari lagi,"

"Jeno,"

"Janji dulu dengan aku Nara,"

Nara akhirnya terpaksa mengalah memandangkan dia benar-benar kesuntukan masa.

"Baik, aku janji. Aku akan cari kau semula nanti. Kita bincang tentang ni. Sekarang please, lepaskan aku,"

Jeno tidak melepaskan Nara sebaliknya dia mengeluarkan telefon dari poket seluarnya.

"Bagi aku nombor kau," ujarnya.

"Phone aku habis bateri dan aku tak hafal nombor aku yang sekarang. Kau ada business card?"

"Kau bukannya tengah menipu kan?" soal Jeno.

Nara menggeleng.

"Aku nak cepat ni, takde masa aku nak menipu," ujarnya.

Jeno akhirnya mengeluarkan beg duit miliknya dan sekeping kad dikeluarkan lalu dihulur pada Nara. Dan dia juga sudah menjarakkan diri mereka membuatkan Nara kini sudah boleh bergerak.

"Gomawo," ujar Nara sambil menyambut kad tersebut.

"Nara," lengan Nara dipegang saat gadis itu ingin melangkah pergi.

"Apa lagi? Aku nak cepatlah," soal Nara geram.

Jeno menarik bahu gadis itu dan dia mencium dahi Nara.

"Aku tunggu panggilan kau," ujarnya sebelum dia berjalan pergi.

Nara kemudiannya terus berjalan untuk ke keretanya. Kad yang diberikan Jeno tadi dicampak ke dalam beg tangannya. Kemudian dia mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Hello Unnie. Mianhei, Nara ada hal tadi. Unnie kat mana?"

Back To You Where stories live. Discover now