32

998 117 2
                                    

"Mama!"

Nara tersenyum melihat Ayden sebaik sahaja dia membuka pintu.

"Ayden nakal tak tadi?" soal Nara sambil mengusap manja kepala anaknya itu.

"Tak. Ayden good boy kan Papa?"

Jeno hanya mengangguk.

"Tengok ni, Papa belikan Ayden toys!"

"Banyaknya,"

Nara mengambil beg plastik dari tangan Jeno.

"Ganti balik untuk empat tahun ni," ujar Jeno.

"Ayden, pergi masuk sayang. Mama ada letak pancake dekat atas meja. Ayden pergi makan,"

Ayden mengangguk kemudian terus berlari ke dapur.

"Memang semua yang keluar dari mulut kau, kena mention tentang empat tahun lepas ke?" soal Nara sambil menjeling Jeno.

Jeno hanya tersenyum sinis.

"Kenapa? Sakit hati ke?" dia kemudian berjalan masuk ke dalam rumah.

Nara mengetap bibirnya bila melihat lelaki itu meletakkan beg-beg kertas tadi di lantai dan duduk di sofa.

Pintu segera ditutup dan dia berjalan menghampiri Jeno.

"Aku bawa balik Ayden ke sini sebab nak ambil baju dia je. Dia tidur dengan aku malam ni,"

"Aku tak izinkan," balas Nara.

Dia mengambil tempat di hadapan lelaki itu.

"Tch, aku cakap je tu tadi. Dengar macam aku minta izin kau ke?"

"Yaa, Lee Jeno!"

"Apa? Ayden tu anak aku kan? So, aku boleh bawa dia ke rumah aku,"

"Tapi aku yang jaga dia selama ni,"

"Sebab kau yang sorokkan dia dari aku Nara. Kau yang tak matang. Kena sentuh dengan suami sendiri je, lepas tu sampai lari dari rumah. Empat tahun pula tu,"

Nara terkedu mendengar ayat yang keluar dari mulut Jeno itu. Hatinya begitu sakit saat itu.

"Kau banyak berubah kan Nara? Dulu hati kau keras. Sekarang ni, aku cakap sikit je terus kau nak menangis," Jeno tertawa perlahan.

"Kenapa eh Jeno? Kenapa semua yang keluar dari mulut kau, dari dulu sampai sekarang mesti menyakitkan hati aku?"

"Sebab aku bercakap dengan kau. Kau tak ingat kau tu macam mana dulu? Mana pernah nak berlembut dengan aku. Cakap kasar je setiap masa. Tak macam-,"

"Macam Naeun?" Nara memotong percakapan Jeno.

"First time Jeno aku rasa bagusnya Appa kahwinkan kita. Kalaulah kau kahwin dengan Naeun, mesti Naeun terkejut tengok perangai sebenar abang kesayangan dia ni. Kesian kan kau? Waktu Naeun kahwin dengan Eric dulu, kau buat apa eh? Menangis? Atau kau pura-pura gembira untuk dia?"

"Yaa!" Jeno bangun dan menghampiri Nara.

"Apa?" soal Nara.

Dia cuba membuang perasaan gementarnya bila Jeno meletakkan tangannya di pemegang sofa yang didudukinya.

"Kau memang-,"

"Apa? Kau sendiri yang cakap aku ni asyik cakap kasar je kan? Harini Nara yang lama muncul balik khas untuk kau Jeno," tatapan tajam Jeno dibalasnya.

Nafas Jeno mulai turun naik menahan marahnya. Dia masih terus memandang Nara. Dan dia tersenyum sinis bila dia tahu kelemahan gadis itu.

"Yaa!"

Nara terkejut bila Jeno merapatkan wajah mereka.

"Kau cakap Nara yang lama dah balik kan? Maksudnya Nara yang suka kiss orang sesuka hati tu pun ada lah kan?"

"Jeno, kau-,"

Jeno terus mencium bibir Nara. Tangan Nara yang cuba meronta ditahannya. Dan dia tersenyum di dalam ciuman mereka bila dia tahu Nara sudah terbuai dengan perbuatannya itu.

"Jangan melampau Lee Jeno!"

Nara menolak tubuh Jeno kuat sehingga lelaki itu terundur ke belakang. Butang baju tidurnya yang dibuka Jeno tadi dikancing kembali.

"Melampau? Yaa, bukan kau balas ke tadi hmm?" Jeno ketawa.

Nara yang melihat lelaki itu ketawa segera bangun. Dia segera berlalu pergi dari situ dan masuk ke biliknya. Beg galas milik Ayden yang berada di tepi almari diambil dan dia memasukkan beberapa helai pakaian Ayden ke dalam itu.

Setelah selesai, dia keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Dilihatnya Ayden sedang duduk di riba Jeno dengan bermain kereta mainan barunya.

"Ayden, sini kat Mama," panggilnya.

Ayden seperti biasa menurut.

"Ayden tidur rumah Papa ya malam ni?"

"Mama? Mama ikut?" soalnya.

Nara menggeleng.

"Mama kena jaga rumah. Takpe, Ayden pergi ya?"

"Papa, Mama tak boleh ikut ke? Ayden nak tidur peluk Mama,"

Ayden menghampiri Jeno.

"Papa kan ada? Peluk Papa je lah," kepala Ayden diusap Jeno.

"Ayden nak peluk Mama dengan Papa,"

"Sayang, janganlah macam ni. Ayden ikut Papa ya? Esok Ayden balik sini semula," Nara cuba memujuk Ayden.

"Tak boleh ke kalau Mama ikut sekali?" tangan Nara dipegang Ayden.

"Mama tak nak sayang. Mama tak boleh dekat-dekat dengan Papa. Nanti dia lari," ujar Jeno.

Nara yang mendengar itu cuba menahan marahnya. Nampak gayanya Jeno masih lagi menyelitkan perliannya setiap kali dia berbicara.

"Ya sayang. Mama tak boleh dekat dengan Papa. Nanti hati Mama ni sakit. Ayden pergi ya? Esok kita jumpa. Mama bawa Ayden pergi jumpa Mommy Irene,"

"Mommy Irene?"

Nara mengangguk.

"Ya sayang. Sekarang ni Ayden ikut Papa balik. Ni, baju Ayden ada dalam ni," beg milik Ayden dihulurkan.

"Okay Mama," Ayden mengambil begnya.

Nara kemudian menunduk sedikit dan mencium dahi Ayden.

"Mama sayang Ayden,"

"Ayden pun sayang Mama,"

Back To You Where stories live. Discover now