Jeno melihat dahi Nara yang baru ditampal plaster olehnya itu. Dia mengeluh perlahan. Tangan Nara yang sedang berbaring di atas katil itu dipegangnya.
"Kau kenapa?"
Nara yang baru membuka matanya itu menarik tangannya.
"Sakit?" Jeno menyentuh dahinya.
"Soalan apa tu? Kalau tak sakit, aku takkan pengsan tadi," tangan Jeno ditepis kasar.
"Sorry," ujar lelaki itu.
"Pergi baliklah. Aku nak tidur," Nara menarik selimut menutupi seluruh badannya hingga ke kepala.
Krukk!
Jeno menahan tawanya bila dia dapat mendengar bunyi perut Nara.
"Makanan kau dah sampai tadi. Tunggu, biar aku ambilkan," Jeno bangun dan melangkah keluar.
Nara menyelak selimutnya.
"Buat malu je," kepalanya dipukul perlahan.
Beberapa minit kemudian, Jeno muncul bersama dulang berisi makanan yang dipesannya tadi. Lelaki itu duduk di pinggir katilnya.
"Aku suapkan," ujarnya.
"Tak payah nak mengarut. Aku boleh makan sendiri," dia mengambil dulang itu dari Jeno.
"Kau pergilah balik. Dah pukul berapa ni. Nanti bising pula Appa,"
"Aku tidur sini malam ni. Temankan kau,"
"Uhuk!"
Nara terbatuk mendengar itu.
"Kau gila ke? Rasanya kepala aku yang terhantuk, kenapa effect dekat otak kau?"
"Aku tak gila Nara. Aku serius. Malam ni aku bermalam kat sini,"
Kunyahan Nara terhenti.
"Aku cakap jangan merepek Jeno. Kalau kau tak balik, kau tunggulah apa aku nak buat dekat kau," Nara memandangnya tajam.
"Kau nak buat apa? Nak rogol aku?"
"Yaa! Kau-,"
Jeno ketawa perlahan melihat wajah marah Nara saat itu. Tangannya mengusap kepala gadis itu.
"Makan. Jangan marah-marah," ujarnya.
Nara menjeling lelaki itu. Kalau bukan sebab dirinya benar-benar lapar, memang dia sudah membaling dulang itu ke muka Jeno.
"Aku dah kenyang," Nara berganjak untuk turun.
Dan Jeno mengikutnya keluar dari bilik itu.
"Kau tahu pintu kat mana kan? Silakan keluar," ujarnya sebelum dia ke dapur.
Setelah membuang sampah bekas makanannya tadi dan mengemas sedikit apa yang perlu, dia ke ruang tamu.
"Lee Jeno," dilihatnya lelaki itu sedang berbaring di sofa.
"Kau ni kan, memang dah gila ke?" dia berdiri di tepi sofa lelaki itu.
"Pergi masuk tidur. Atau aku akan ikut kau masuk bilik sekali,"
Nara mengetap bibirnya menahan geram.
"Aku kira sampai tiga. Satu, dua-," sambil mengira, Jeno bangun dan memandang Nara.
"Lee Jeno bodoh!"
Nara terus berjalan ke arah bilik tidurnya.
.....
Nara tersedar dari tidurnya bila bunyi guruh kedengaran kuat. Dari tingkap biliknya juga, dia dapat melihat ada cahaya kilat di luar.
"Haish," bibirnya diketap.
Sememangnya dia sedikit takut dengan guruh dan kilat sejak kecil. Kerana itulah di rumahnya, bapanya telah memasang alat perangkap kilat memandangkan dia dan kembarnya dua-dua mempunyai ketakutan yang sama.
"Jeno,"
Dia teringat lelaki itu yang tidur di ruang apartment itu. Dia terus turun dari katil dan berlari keluar. Dia berhenti di tepi sofa dan dilihatnya Jeno tidur dengan hanya berselimutkan jaketnya sahaja.
Durr!!
"Argh!" dia duduk sambil menutup telinganya bila guruh berbunyi lagi.
"Nara?"
Mungkin terganggu dengan jeritannya, Jeno membuka matanya. Dia bangun dan duduk tegak di sofa itu.
"Nara, kau kenapa?" soalnya pelik.
"Jeno, aku takut," ujar gadis itu.
"Takut? Takut apa?"
Dan sekali lagi guruh berbunyi lalu Nara kembali menutup kedua telinganya.
"Yaa," Jeno menarik Nara agar duduk di atas sofa.
"Teman aku. Aku takut Jeno ah," kata Nara perlahan.
Jeno mengangguk. Dia kemudiannya berdiri dan menghulurkan tangannya kepada Nara dan gadis itu menyambutnya. Dia menarik gadis itu ke bilik tidurnya sendiri.
Tubuh Nara ditolak agar berbaring di atas katil dan dia juga ikut naik ke atas katil lalu berbaring di sisi gadis itu. Tubuh Nara ditarik ke dalam pelukannya.
"Tidur," belakang badan gadis itu ditepuknya perlahan persis seperti mendodoikan bayi.
"Jeno,"
"Hmm?"
"Gomawo,"
Jeno hanya tersenyum. Buat pertama kalinya, Nara bercakap dengan penuh lembut dengan dia. Dan dia juga turut memejamkan matanya. Mereka berdua lena sambil berpelukan begitu. Jeno hanya tersedar bila cahaya matahari mengenai wajahnya pada keesokan harinya. Dia membuka matanya perlahan-lahan dan perkara pertama yang dilihatnya ialah wajah Jung Nara yang masih lagi lena di sebelahnya. Senyuman kecil terukir di bibirnya.
Tangannya perlahan menyentuh wajah itu. Nara sedikit pun tidak terusik dengan sentuhannya menandakan yang dia betul-betul lena. Saat dia ingin bangun, baru dia perasan yang sebelah tangan Nara sedang memeluk pinggangnya. Dengan berhati-hati, dia mengalihkan tangan itu.
Dia turun dari katil dan sempat membetulkan selimut di tubuh itu. Setelah mencuci muka di kamar mandi yang berada di dalam kamar utama itu, dia keluar ke dapur.
Memandangkan dapur milik Nara itu tidak mempunyai banyak bahan masakan, dia hanya mampu menyediakan roti bakar bersama scrambled egg sahaja.
YOU ARE READING
Back To You
Fanfiction"Larilah sejauh mana pun, aku yakin kau akan kembali pada aku," Warning: 15++ Start:19/6/2021 End:27/6/2021