38

1K 121 0
                                    

Nara mematikan enjin keretanya sebaik sahaja dia sampai di hadapan rumah milik Jeno. Rancangan asalnya ingin ke situ pada petang tadi, tetapi Puan Lee mengajaknya minum petang dan makan malam di sana. Jadi dia terpaksa menurut sahaja memandangkan dia sendiri sudah lama tidak ke rumah orang tuanya itu.

"Kereta siapa?"

Baru dia perasan ada satu kereta lain yang juga diparkirkan di situ. Kakinya terus melangkah masuk dan ke pintu rumah Jeno. Tidak lupa juga sampul surat tadi turut dibawanya. Tangannya dengan segera menekan loceng rumah milik lelaki itu.

"Mana pula dia ni? Kereta ada, takkan tak balik lagi kut?" rungut Nara bila pintu masih belum dibuka.

"Passcode rumah korang tu tarikh lahir kita. Jeno tak pernah ubah pun lepas Appa bagitahu yang dia guna birthday kita as passcode waktu mula-mula belikan rumah tu dulu,"

Nara mula teringat apa yang diberitahu Naeun kepadanya selepas dia memberitahu yang dia akan ke situ malam itu.

Nara mengetap bibirnya sebelum dia mula menekan satu-persatu digit di alat keselamatan itu. Tarikh lahirnya dimasukkan seperti yang diberitahu Naeun dan pintu tersebut berjaya dibukanya.

"Kenapa gelap?" soalnya hairan.

Baru sahaja dia melangkah, kakinya terpijak sesuatu menyebabkan dia hampir terjatuh.

"Heels?"

Terkejut Nara bila melihat sepasang kasut tumit tinggi di tepi rak kasut itu. Pelbagai andaian muncul di fikirannya.

"Takkanlah Jeno-,"

Dia segera melangkah masuk dan ke ruang tamu. Suis lampu utama ditekan dan seluruh ruangan itu bertukar cerah. Dan Nara kini sudah dapat melihat semuanya.

"Lee Jeno!"

Beg tangannya terjatuh ke lantai bila melihat Jeno dan seorang gadis sedak tidur berpelukan di sofa. Dia menghampiri mereka.

"Yaa! Lee Jeno, bangunlah!" jeritnya lagi sekali.

Dan kali ini, dia berjaya membangungan dua manusia itu.

"Nara?"

Jeno membuka matanya dan terkejut melihat Nara. Dan pada masa itu baru dia perasan sesuatu.

"Yujin!" Jeno terus menolak tubuh itu dan berdiri.

"Encik Jeno, saya-,"

"Apa yang jadi Yujin? Macam mana awak boleh-,"

"Saya minta maaf Encik," Yujin ikut berdiri dan mula meminta maaf.

Nara hanya menjadi pemerhati.

"Balik Yujin. Esok, saya perlukan penjelasan awak,"

Yujin dengan segera mengutip barangannya dan terus berlalu pergi dari situ.

"Dah habis drama kau?" soal Nara.

"Nara," Jeno cuba menghampiri Nara.

"Jangan dekat!" Nara mengundur.

"Tch," dia berdecit perlahan.

"Selama ni kau ungkit apa yang aku buat empat tahun lepas. Kau salahkan aku atas apa yang dah jadi and kau nak kita bercerai. Aku terima semua kemarahan kau Jeno. Tapi perlu ke kau jadikan tu alasan untuk kita bercerai? Kalau kau nak kahwin dengan perempuan tu, kau cakap je pada aku. Kau tak perlu buat aku serba salah dan jadikan macam aku sorang je yang buat salah,"

"Nara. No, apa yang kau nampak tadi salah faham. Yujin tu secretary aku je. Dia datang sini sebab nak minta tanda tangan aku. Tu je,"

"Secretary apa yang tidur dengan Boss sendiri? Kau ingat aku bodoh ke Jeno?" soal Nara.

"Nara," Jeno menghampiri Nara lagi.

"Pergilah Jeno," tubuh Jeno ditolak menjauhinya.

"Nara dengar dulu. Okay, aku memang tak masuk kerja harini. Kepala aku sakit, jadi bila Yujin datang, dia tolong ambilkan ubat untuk aku. Lepas tu aku tertidur and aku memang tak ingat apa-apa. Percayalah,"

Jeno memegang bahu isterinya itu.

"Dah lah Jeno. Aku malas nak dengar. Sekarang ni, kau bagitahu aku. Apa semua ni?" sampul surat di tangannya ditolak ke dada Jeno.

Jeno mengambil dan membukanya.

"Kau nak kenakan aku? Kau cakap kalau aku layan kau malam tu, kau takkan tuntut hak penjagaan Ayden. Habis tu ni apa?" soal Nara sambil memandang lelaki itu tajam.

"Nara, ini-,"

"Kau jahat Jeno! Kau dari dulu suka sakitkan hati aku! Kau tak pernah berubah!"

"Nara,"

Jeno melihat isterinya itu sudah mula mengalirkan air matanya.

"Kenapa kau sentuh aku kalau kau sebenarnya dah ada perempuan lain? Kenapa kau layan aku macam tu malam tu kalau kau sebenarnya takde perasaan pada aku? Kau nak siksa aku kan sebab aku sorokkan tentang Ayden dari kau? Kalau tu tujuan kau, kau dah berjaya pun Jeno. Kau dah berjaya buat aku tersiksa. Sekarang kau nak kita berpisah kan? Okay fine, aku akan ikut cakap kau,"

Dokumen di tangan Jeno dirampas. Dan pen yang sememangnya diletakkan bersama di dalam sampul surat tadi diambil. Nara terus ke meja di hadapan sofa dan segera menurunkan tanda tangannya di tempat yang sepatutnya.

"Ini, apa yang kau nak!"

"Tapi sorry Jeno, aku memang takkan biarkan kau ambil Ayden!" satu lagi dokumen diambil dan dikoyakkan di hadapan Jeno.

"Jung Nara,"

Nara yang baru ingin pergi itu memandang Jeno. Dan apa yang dilihatnya, Jeno sedang mengoyakkan dokumen yang baru dia tanda tangani tadi.

"Yaa!"

Nara kembali ke arah lelaki itu. Kertas yang sudah koyak di lantai itu dipandangnya.

"Jeno, kenapa kau buat macam ni? Kau nak siksa aku lagi ke?" dada lelaki itu dipukulnya.

"Kau jahat Jeno! Kau kejam! Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa?" Nara berterusan memukul lelaki itu sambil dia menangis.

Jeno hanya membiarkan sahaja. Malah dia terus menarik Nara ke dalam pelukannya. Tidak dihiraukan rontaan gadis itu dan pukulan di dadanya. Dia mendaratkan dagunya di atas kepala Nara dan memejamkan matanya.

'Mianhei Nara,'

Back To You Where stories live. Discover now