Ting!
Nara segera bangun dan berjalan ke arah ketuhar. Dia tersenyum bila melihat kek cawan yang dibakarnya naik dengan elok. Dengan penuh berhati-hati, dia mengeluarkan tray berisi kek-kek tersebut setelah memakai sarung tangan.
"Mesti Ayden suka," ujarnya sambil tersenyum.
Setelah menghantar Ayden ke tadika, dia keluar ke pasaraya berdekatan untuk membeli barangan basah dan juga bahan untuk membuat kek cawan. Sebelum ini, dia pernah bekerja di salah satu kafe hotel yang berada di pulau itu dan dia tidak pernah ada masa untuk membuat manisan tersebut buat anaknya.
Jadi bila dia sudah berhenti kerja, masa yang ada memang digunakan sebaiknya untuk membuat sesuatu untuk anaknya Ayden.
"Agaknya Irene Unnie pun mesti suka," ujarnya lagi.
Semalam Irene menelefonnya. Memberitahu yang dia dan suaminya akan ke Jeju untuk mengambil passportnya yang disimpan di rumah itu. Mereka berdua akan ke Paris untuk berbulan madu.
Nara kemudian ke peti sejuk lalu mengeluarkan buah-buahan dan coklat yang dibelinya tadi. Dia mahu menghias kek-kek cawan tersebut. Baru sahaja dia ingin ke sinki, loceng rumahnya berbunyi menandakan ada orang datang.
"Irene Unnie? Bukan sepatutnya malam ni ke dia sampai?" soal Nara pada diri sendiri.
Namun kakinya tetap juga melangkah untuk membuka pintu.
"Unnie, awalnya-,"
Nara terkedu melihat Jeno yang berdiri di hadapan pintu sebaik sahaja dia membukanya.
"Jeno,"
Lelaki itu tidak bersuara tetapi hanya memandangnya. Dan dalam sekelip mata, Nara merasakan tubuhnya dipeluk erat oleh Jeno. Dia dapat merasakan kehangatan tubuh lelaki itu dan ianya membuatkan dirinya begitu selesa.
"Aku rindukan kau," ujar Jeno bila pelukan sudah dileraikan.
"Jeno-"
Jeno menolak tubuh Nara perlahan dan menutup pintu rumah. Sisi wajah Nara dipegang dan bibir Nara terus diciumnya. Nara langsung tidak menolak sebaliknya dia perlahan mengikut rentak lelaki itu.
"Mianhei," ujar Jeno bila ciuman tadi terlerai.
"Maaf untuk?" soal Nara perlahan.
"Sebab tak pernah bagitahu kau yang aku sayangkan kau, cintakan kau,"
Nara terkedu mendengar itu.
"Aku sayangkan Naeun. Tapi tu dulu, sebelum apa yang jadi malam tu. Malam yang Appa tampar kau sebab kau bergaduh dengan Naeun. Aku cium kau malam tu sebab hati aku rasa lain sangat masa tu. Bukan macam sebelumnya setiap kali aku dengan kau. Tapi aku bodoh sebab tak luahkan pada kau. Aku bodoh sebab buat kau terus ingat yang aku cintakan Naeun. Kalau aku bagitahu kau lebih awal, mesti kita takkan berpisah macam ni," luah Jeno panjang lebar.
"Jeno ah,"
"Jung Nara, maafkan aku boleh?" pipi Nara diusap.
Dan Nara yang melihat kesan mata Jeno yang basah itu mengangguk perlahan.
"Aku pun nak minta maaf," ujar Nara.
"Saranghae Jung Nara,"
"Nado saranghae Lee Jeno,"
Dan mereka kembali merapatkan wajah mereka.
.....
"Macam mana kau-arghh, sakitlah," Nara menggosok dahinya yang baru dijentik oleh Jeno itu.
"Kan dah janji tak nak guna aku kau dah," ujar Jeno selamba.
"Habis tu nak guna apa?" soal Nara.
"I You?" Jeno mengangkat sebelah keningnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Back To You
Fanfiction"Larilah sejauh mana pun, aku yakin kau akan kembali pada aku," Warning: 15++ Start:19/6/2021 End:27/6/2021