21

1K 123 22
                                    

Kereta milik Nara berhenti di sebuah jambatan di sebuah perkampungan kecil. Dia sendiri tidak tahu dia di mana. Dia hanya memandu mengikut hatinya sahaja asalkan dia dapat pergi jauh dari semua orang.

Kepalanya direhatkan di stereng kereta. Dia penat. Semalaman dia tidak lena tidur gara-gara perbuatan Jeno kepadanya. Dia tahu lelaki itu ada hak ke atasnya, cuma cara Jeno yang memaksanya itu membuatkan dia sakit.

Jeno langsung tidak mempedulikan tangisan dan gelengannya semalam. Lelaki itu cuma memuaskan dirinya sahaja. Buktinya, selepas mereka bersama, Jeno terus tidur dengan lenanya. Sedangkan dia, perlu menangguk kesakitan akibat perbuatan lelaki itu.

Kerana itulah dia membuat keputusan yang akan memberi impak yang besar pada perkahwinan mereka dan juga keluarganya. Pukul tiga pagi, dia bangun dan membersihkan dirinya. Hampir setengah jam dia menangis di bawah pancuran air. Selepas itu, dia mengemas barang-barang beharganya. Mujur, dia sudahpun mengemas pakaiannya untuk berpindah ke rumah baru.

Dengan kesakitan akibat bersama Jeno yang masih terasa di badannya, dia berusaha membawa bagasi dan barang-barangnya keluar tanpa disedari sesiapa. Setelah itu, dia sempat menitipkan nota kecil lalu dilekatkan pada pintu peti ais.

Dan sekarang di situlah dia. Nara mengeluh perlahan. Beg tangannya di kerusi sebelah diambil dan telefon bimbitnya yang sejak pagi tadi dimatikan dihidupkan semula.

Seperti jangkaannya, berpuluh atau mungkin beratus pesanan dan panggilan tidak berjawab dari ahli keluarganya.

Lee Jeno
Kalau kau pergi sebab apa yang
aku buat semalam, aku minta maaf.
Balik please, kita betulkan semuanya.

Naeun
Nara, kau dekat mana?
Janganlah main-main macam ni.

Omma
Sayang, baliklah.
Kalau ada masalah, kita bincang elok-elok.
Jangan larikan diri macam ni.

Appa
Jangan bergurau Jung Nara.
Balik, atau Appa akan sekat semua credit card kamu.
Jangan malukan Appa.

Nara tergelak perlahan membaca pesanan bapanya. Mujur dia mempunyai akaun bank peribadinya sendiri. Jadi, jika bapanya menyekat kad kredit miliknya, dia masih mempunyai wang simpanan lain walaupun ianya tidaklah banyak mana.

Drtt!!!

Nara membuka pesanan yang baru masuk itu. Air matanya kembali mengalir bila membacanya.

Lee Jeno
Nara, please.
Bagi aku peluang betulkan semuanya.
Kau kat mana?
Aku datang sekarang.

"Takde apa yang boleh dibetulkan lagi Jeno. Aku kena pergi, sebelum aku makin sayangkan kau,"

Telefon miliknya kembali dimatikan. Simkad dikeluarkan dan dia mula keluar dari kereta dan berjalan ke arah jambatan tadi. Simkad tersebut dipatahkan dan dicampak ke dalam sungai.

Dia berdiri lebih rapat dengan penghadang besi jambatan tersebut lalu melihat air sungai yang mengalir. Baru sahaja dia ingin menangis-

"Ya tuhan! Adik! Adik buat apa tu?" suara jeritan seseorang kedengaran.

Nara dengan segera menoleh ke arah kirinya. Seorang wanita sedang berlari ke arahnya.

"Adik buat apa ni? Dah tak sayang nyawa? Dah bosan hidup ke apa?" wanita itu menarik dirinya dari terus berdiri di penghadang jambatan itu.

"Mwoya?" soal Nara hairan.

"Adik cuba nak bunuh diri kan?" soal wanita itu.

Nara terdiam. Kini baru dia faham kenapa wanita itu menjerit ke arahnya tadi. Tanpa sedar dia ketawa perlahan.

"Cik, cuba cik tengok sungai kat bawah tu. Cik rasa kalau saya terjun saya akan mati ke?" soal Nara.

Wanita itu kemudiannya berjalan ke arah penghadang. Dia melihat air sungai yang mengalir di bawah jambatan itu.

"Ah, kalau adik terjun. Mungkin adik hanya akan patah kaki atau tangan je," ujarnya sambil tersenyum kekok.

"Kalau saya nak bunuh diri, baik saya pergi tenggelamkan diri saya dekat laut," ujarnya.

Wanita itu ikut ketawa perlahan.

"Oh ya, nama saya Irene," wanita cantik itu menghulurkan tangannya.

"Saya Nara," Nara menyambut huluran tangan itu.

"Nara bukan orang sini kan? Sebab Unnie tak pernah nampak kereta ni pun sebelum ni,"

"Ya. Saya dari Seoul. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh sampai ke sini," ujar Nara sambil tersenyum kekok.

"Ada masalah?" soal Irene.

Nara mengangguk perlahan.

"Saya lari dari rumah,"

.....

"Masuklah,"

Nara melangkah masuk ke dalam rumah milik Irene.

"Duduk, dulu. Unnie buatkan air," ujar Irene sebelum dia berjalan ke dapur.

Nara mengambil tempat di sofa ruang tamu rumah itu. Matanya memandang ruang tamu rumah sederhana itu. Ada satu bingkai gambar yang tergantung di dinding. Ada Irene, dan juga pasangan separuh abad yang mungkin orang tua mereka.

"Nara, minumlah," Irene yang baru muncul meletakkan gelas berisi jus oren di hadapan Nara.

"Gomawo Unnie," Nara meneguk minuman itu.

"Jadi, apa rancangan Nara lepas ni?" soal Irene.

"Entahlah. Mungkin Nara akan pergi mana-mana yang diorang takkan jumpa Nara. Nara belum bersedia nak balik sana semula," ujar Nara.

Sewaktu mereka di jambatan tadi, dia terbuka hati untuk menceritakan semuanya kepada Irene. Walaupun baru beberapa minit dia bertemu dengan wanita itu, dia dapat merasakan yang Irene itu seorang yang ikhlas dan mampu mendengar semua luahannya.

"Nara nak ikut Unnie tak?" soal Irene.

"Unnie nak pergi mana?" soal Nara kembali.

"Jeju. Unnie dapat tawaran mengajar dekat sana. Lagipun kat sini dah tiada sesiapa. Omma dengan Appa pun dah takde,"

"Bila? Bila Unnie akan ke sana?" soal Nara lagi.

"Bulan depan. Unnie kena uruskan rumah ni dulu dan beberapa dokumen. Kalau semua selesai lebih awal, cepatlah boleh ke sana,"

"Nara boleh ikut Unnie? Kita kan baru kenal,"

Irene tersenyum.

"Mestilah boleh. Kalau tak boleh Unnie tak ajak. Lagipun Unnie pun dah lama teringin nak ada adik perempuan," ujar Irene.

Nara tiba-tiba menjadi sebak.

"Gomawo Unnie sebab sudi berkawan dengan Nara,"

Back To You Where stories live. Discover now