"Mama,"
"Ya sayang,"
"Kita buat apa kat sini? Mama sakit ke?" soal Ayden sambil mendongak memandang ibunya.
Mereka sekarang sedang berada di dalam elevator di Hospital Besar Seoul.
"Aniya. Mama nak jumpa seseorang," ujar Nara sambil mengusap kepala Ayden.
Setelah elevator berhenti di tingkat yang sepatutnya, Nara menarik tangan Ayden keluar. Dia mula mencari bilik yang diberitahu oleh Puan Lee melalui panggilan telefon tadi.
"Nara!"
Dia tersenyum nipis bila melihat Puan Lee sedang berdiri di luar salah satu wad sambil melambai ke arahnya.
"Omma," tubuhnya dipeluk wanita itu.
"Gomawo sebab Nara sudi datang," air matanya ditahan.
"Nara kan anak Appa. Mestilah Nara datang," ujar Nara.
"Jom sayang, kita masuk,"
Puan Lee membuka pintu wad dan masuk terlebih dahulu.
"Eunjung ah, awak ke mana? Sini cepat, tolong saya ambilkan air," ujar Tuan Jung.
Nara yang berada di sebalik pintu menahan sebaknya mendengar suara yang sudah lama dirindukan itu. Dia melihat Puan Lee yang membantu bapanya duduk di katil dan menyuap air kepadanya.
"Sayang, saya ada hadiah untuk awak tau?" Puan Lee tersenyum ke arah suaminya.
"Hadiah apa lagi Eunjung? Saya tak perlukan hadiah apa-apa pun sekarang. Saya cuma perlukan anak-anak saya je," kata Tuan Jung sayu.
"Tengoklah dulu. Awak mesti suka dengan hadiah saya ni. Bukan satu tau, tapi ada dua," ujar Puan Lee.
Tuan Jung ketawa kecil.
"Mana? Mana hadiahnya saya nak tengok,"
Nara perlahan menapak masuk ke dalam wad tersebut dengan tangan Ayden yang masih kemas di genggamannya.
"Appa," panggilnya perlahan.
Tuan Jung yang dari tadi memandang isterinya terkejut bila mendengar suara itu. Segera dia berpaling memandang pintu masuk wadnya.
"Nara? Jung Nara anak Appa?" suara Tuan Jung sedikit bergetar.
Nara mengangguk perlahan sebelum dia menapak ke katil bapanya.
"Appa!" tubuh itu terus dipeluknya dan dia terus menangis.
"Ya Tuhan, Nara! Anak Appa dah balik! Terima kasih Tuhan!" Tuan Jung ikut menangis.
Nara mencium wajah bapanya itu. Rasa rindunya memang tidak dapat ditanggung lagi.
"Appa, Nara minta maaf," ujar Nara sambil menggenggam tangan milik bapanya.
"Aniya. Appa yang patut minta maaf. Appa selalu paksa Nara ikut cakap Appa. Appa tak pernah fikirkan perasaan Nara. Appa asyik terikut kata hati Appa untuk salahkan Nara lepas Omma pergi. Appa minta maaf ya sayang?" bersungguh Tuan Jung meminta maaf.
"Nara tak marahkan Appa pun. Nara pun nak minta maaf sebab selalu degil dan tak dengar cakap Appa,"
Tuan Jung mengusap pipi puteri bongsunya itu. Hatinya sedikit lapang saat itu kerana dia sudah berjaya berjumpa dengan anak yang dirinduinya.
Matanya kemudian baru perasan seorang kanak-kanak lelaki yang dari tadi berdiri di belakang Nara dan mencuri pandang ke arah mereka.
"Nara, siapa dia?" soal Tuan Jung.
Seakan baru tersedar akan kehadiran Ayden, Nara mengusap air matanya dan mengangkat tubuh Ayden.
"Anak Nara. Ayden sayang, ni Haraboji Ayden tau?"
"Cucu? Cucu Appa?" Tuan Jung tersenyum lebar.
"Comel kan sayang?" Puan Lee turut mendekat ke arah mereka.
Ayden pula sudah duduk di pangku Tuan Jung.
"Aigoo, nama kamu apa?" kepala Ayden diusap.
"Lee Ayden," ujar Ayden.
"Lee Ayden? Nara, dia anak kamu dengan-,"
Nara mengangguk.
Tuan Jung tersenyum lagi.
"Sayang, awak patut tanya doktor bila saya boleh discharge. Saya tak sabar nak main dengan cucu lepas ni,"
.....
"Baguslah kalau semuanya okay. Unnie tumpang gembira untuk Nara,"
"Gomawo Unnie. Unnie macam mana kat sana? Okay?" soal Nara.
Dia kemudian mendengar suara tawa Irene.
"Unnie okay je lah. Cuma, ada sesuatu terjadi tadi,"
"Apa yang jadi? Unnie okay tak?" soal Nara risau.
"Okay je. Hmm, petang tadi, Suho lamar Unnie. Dia ajak Unnie kahwin,"
"What? Unnie terima tak?"
"Hmm, Unnie terima. Minggu depan dia nak bawa Unnie jumpa keluarga dia dekat Seoul,"
"Unnie! Nara happy sangat untuk Unnie. Akhirnya, Unnie akan kahwin juga," ujar Nara teruja.
"Yaa, malulah Unnie,"
Nara ketawa suka.
"Ni, Ayden mana? Sunyi pula rumah bila dia takde,"
"Ayden dah tidur dah. Unnie tahu tak, Appa suka sangat dengan Ayden. Dia cakap Ayden budak bijak, macam Nara waktu kecil dulu," sempat dia memuji diri sendiri.
"Tch, sempat masuk bakul. Baguslah kalau Appa Nara suka Ayden. Nampaknya Ayden memang dilahirkan untuk jadi kesayangan semua orang,"
Nara tersenyum mendengar itu.
"Hmm, Papa Ayden macam mana? Dah fikir bila nak bawa Ayden jumpa dia?"
"Belum. Nara ingat nak luangkan masa dengan Appa dan Omma dulu. Lepas tu nak cari kawan-kawan Nara. Barulah Nara akan bawa Ayden jumpa dia. Unnie doakan Nara boleh ya?"
"Mestilah. Unnie selalu sokong apa yang Nara buat. Nara kan adik Unnie,"
"Gomawo Unnie. Kalau bukan sebab Unnie, Nara sendiri tak tahu apa jadi pada Nara sekarang,"
"Haish, jangan mulakan. Unnie dah pesan kan, jangan cakap macam tu. Dah-dah, jangan sedih-sedih. Nanti Unnie pun sedih. Dah lah sorang-sorang kat sini,"
Nara ketawa perlahan.
"Okaylah Unnie. Nara nak masuk tidur dulu. Esok nak keluar lagi,"
"Okay sayang. Peluk cium Ayden untuk Unnie. Cakap yang Mommy Irene rindu dia sangat,"
"Okay Unnie. Bye,"

ANDA SEDANG MEMBACA
Back To You
Fanfiction"Larilah sejauh mana pun, aku yakin kau akan kembali pada aku," Warning: 15++ Start:19/6/2021 End:27/6/2021