"Yaa!"
Nara mula naik angin bila Jeno berjaya masuk.
"Siapa lelaki tu tadi? Korang pergi mana hah malam-malam macam ni? Dengan pakaian kau tu?" soal Jeno.
"Jangan sibuk boleh tak?"
"Jawab aku Nara!" bahu Nara dicengkam kuat.
"Sakitlah!"
Jeno tidak mempedulikan rintihan gadis itu, sebaliknya dia terus mencengkam dan menolak bahu gadis itu sehingga berlanggar dengan dinding di belakangnya.
"Jawab soalan aku Jung Nara," gesanya lagi.
"Dia kawan aku lah Jeno,"
"Kawan apa sampai masuk dalam rumah waktu-waktu macam ni?" soal Jeno lagi.
"Bukan urusan kau. Sekarang ni kau balik. Aku penat, aku nak tidur," dia cuba menolak lelaki itu.
"Penat? Penat layan jantan tu tadi? Tak cukup Hyunjin dengan kawan-kawan dia? Kali ni sebab apa pula? Berapa ramai lagi yang kau kena layan?"
"Jeno!" Nara memandang lelaki itu seakan tidak percaya mendengar apa yang keluar dari mulutnya.
"Kenapa? Betul ke tekaan aku?" Jeno mencengkam pipi gadis itu.
"Kau ingat aku ni apa?" soal Nara.
Tuduhan Jeno kali ini sungguh melampau baginya.
"Aku nampak baju dia basah Nara. Kemeja dia pun dah tak terurus macam tu, blazer pun dah cabut,"
"Kau adik aku Nara. Salah ke aku nak lindungi kau?" Jeno bersuara lagi bila Nara tidak memberi respon.
"Betul kau nak tahu?" soal Nara.
Jeno mengangguk lalu melepaskan cengkaman pada pipi gadis itu.
"Ikut aku," Nara melangkah ke biliknya.
Dia mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas katil lalu mencari sesuatu. Kemudian alat nipis itu dihulurkan kepada Jeno.
"Majlis persaraan Pensyarah Kanan Fakulti Seni Bina,"
"Eric jemput dan hantar aku sebab aku malas nak drive. Lia pun ada sekali tadi. Tu, kau nampak meja aku tu? Tu semua kerja kumpulan kitorang. Aku ajak Eric naik sebab dia nak guna toilet dan aku nak pulangkan buku dia!"
Jeno terdiam.
"Kenapa diam? Tengah fikir tuduhan lain lagi untuk aku?"
"Nara ah, aku-,"
"Balik Jeno. Atau aku panggil guard heret kau keluar," ujar Nara sambil merampas telefon bimbitnya.
"Nara,"
"Jangan dekat!"
Jeno berhenti melangkah.
"Lee Jeno, kau dengar sini. Lepas ni, kita hanya akan jumpa dekat rumah Appa je. Kalau kau ganggu aku lagi atau datang apartment ni lagi, aku akan dakwa kau sebagai penceroboh. Sekarang kau balik!"
Jeno meraup wajahnya kasar sebelum dia akhirnya terpaksa keluar dari situ. Dengar sahaja bunyi pintu utama ditutup, Nara terus jatuh terduduk di lantai. Air matanya yang ditahan sejak tadi jatuh juga.
"Aku tak sangka kau sanggup tuduh aku sampai macam tu sekali Jeno ah,"
.....
Pap!
"Apa ni sayang?" Puan Lee mengambil sampul surat yang baru dicampak oleh suaminya ke atas meja di bilik kerja lelaki itu.
"Tengoklah," ujar Tuan Jung.
Puan Lee lantas mengeluarkan isi dari sampul tersebut. Melopong mulutnya melihat gambar-gambar yang baru dikeluarkannya itu.
"Jeno?"
Tuan Jung mengangguk.
"Itu tarikh tu. Saya dah periksa, hari yang sama dia kata dia tidur kat rumah kawan dia tu. Lagi satu, guard kat situ cakap ada beberapa kali Jeno datang ke situ,"
"Sayang, saya minta maaf. Saya tak sangka yang anak saya-,"
"Eunjung, kenapa awak minta maaf pula ni?" Tuan Jung bangkit lalu mendapatkan isterinya.
"Sebab Jeno anak saya. Saya tak tahu apa yang dia buat dekat apartment Nara. Saya risau kalau dia-,"
"Hey, dengar sini," bahu isterinya dipegang.
"Saya tak marahkan awak atau Jeno pun. Tapi saya happy, sebab Jeno dah buatkan saya terfikir sesuatu," Tuan Jung tersenyum.
"Fikirkan apa?" soal Puan Lee keliru.
"Saya rasa saya dah jumpa orang yang boleh jaga Nara. Yang boleh kawal degil dan keras kepala dia tu,"
"Maksud awak Jeno?"
Tuan Jung mengangguk.
"Sayang, awak biar betul? Diorang berdua kan saudara tiri,"
"Tapi Jeno bukan anak kandung awak pun kan sayang?"
Puan Lee terdiam. Memang Jeno itu cuma anak angkat yang dijaga sejak kecil lagi. Selepas kematian orang tua Jeno, iaitu kawan baiknya, dialah yang menjaga Jeno memandang ibu bapa sudah tidak ada keluarga lain lagi.
"Diorang akan setuju ke sayang? Jeno tu, saya tahu dia mungkin akan setuju sebab dia hormatkan awak. Tapi Nara tu, awak sendiri tahu kan dia memang tak okay dengan Jeno dari dulu lagi?"
"Saya tahu. Tapi kalau Jeno setuju, takde sebab lagi untuk Nara tolak. Saya ni Appa dia, dia tetap kena dengar cakap saya,"
"Bila? Bila awak bercadang nak satukan diorang?" soal Puan Lee.
"Tiga bulan lagi. Lepas diorang bertiga dah graduate, diorang akah berkahwin,"
"Awak nak beritahu diorang bila?"
"Sekarang. Saya akan beritahu Jeno dulu. Nara tu, saya kena tunggu dulu. Awak tahu kan dia macam mana,"
Puan Lee mengangguk.
"Saya panggilkan Jeno," ujar Puan Lee lalu dia keluar dari situ.
Tuan Jung kemudian kembali ke kerusinya. Laci mejanya dibuka dan sekeping gambar yang disimpan di dalam itu dikeluarkan.
Gambarnya bersama mendiang isteri dan anak kembarnya dua puluh tahun dahulu.
"Sayang, saya harap apa yang saya buat ni betul. Saya tahu awak pun yakin dengan keputusan saya ni kan?"
YOU ARE READING
Back To You
Hayran Kurgu"Larilah sejauh mana pun, aku yakin kau akan kembali pada aku," Warning: 15++ Start:19/6/2021 End:27/6/2021