Naeun baru melangkah masuk ke dalam rumah setelah hampir seharian di Universiti menghadiri kelas. Semester terakhir sememangnya semester yang paling mencabar.
"Eh, kasut siapa?"
Dia memandang sepasang sneakers lelaki yang berada di tepi rak. Yang pastinya bukan kepunyaan Jeno kerana lelaki itu selalunya akan terus meletak kasutnya di atas rak.
Malas mahu terus berfikir, dia terus masuk dan menaiki tangga ke tingkat atas. Langkahnya untuk ke bilik terhenti bila dia mendengar suara orang ketawa dari dalam bilik Nara.
Kakinya melangkah lebih rapat dengan pintu bilik adik kembarnya itu. Telinganya didekatkan lagi dengan pintu dan memang benar, suara Nara sedang ketawa jelas kedengaran. Malah dia turut mendengar suara lelaki yang sama-sama ketawa.
"Dia bawa Hyunjin balik?" suaranya bergetar perlahan.
Matanya turut bergenang memikir kemungkinan itu. Dan apa yang dilihatnya dua minggu yang lepas kembali bermain di fikirannya.
"Tak mungkin,"
Pintu bilik Nara terus dibukanya.
"Jung Nara!"
Dia terkejut melihat Nara dan seorang lelaki yang wajahnya sangat dekat itu. Dan lelaki itu bukannya Hyunjin, tetapi orang lain.
"Yaa! Kau ni kenapa? Dah berjangkit dengan Jeno tu, suka masuk bilik orang sesuka hati?" Nara memandangnya tajam.
"Kau bawa lelaki balik?" soal Naeun.
"Tch, dah nampak. Tanya lagi buat apa?" soal Nara.
"Nara. Dia siapa?" Naeun melangkah masuk ke dalam bilik kembarnya.
"Tak payah sibuklah Naeun," ujar Nara.
"Nara, I rasa I balik dulu lah," lelaki itu meminta diri.
"Okay. Nanti I call You,"
Lelaki itu mengangguk sebelum dia keluar dari situ.
"Kau bukan dengan Hyunjin?" soal Naeun.
"Aku malas nak bercakap dengan kau Naeun. Pergi balik bilik kau sana," kata Nara tanpa memandang Naeun.
"Kalau kau dah ada boyfriend, kenapa kau nak hancurkan hubungan aku dengan Hyunjin?" soal Naeun kuat.
Nara yang baru ingin merebahkan tubuh ke katil itu menghentikan niatnya.
"Yaa, aku suruh kau keluar kan? Keluar je lah!" tubuh Naeun ditolak.
"Jawab dulu Nara! Kenapa kau rosakkan hubungan aku dengan Hyunjin?" soal Naeun lagi.
"Yaa, aku takde masa lah nak jawab soalan kau. Kau fikirlah sendiri atau kau pergi tanya Hyunjin sana. Sekarang keluar!" tubuh Naeun ditolak.
Dan Naeun yang langsung tidak bersedia dengan tolakan Nara itu jatuh ke lantai.
"Yaa," Nara juga terkejut dengan tindakannya itu.
Dia ingin mendapatkan Naeun, namun Jeno sudah muncul dari tangga.
"Naeun! Kenapa ni?" Jeno terus membantu Naeun.
Nara yang melihat itu, terus berpaling untuk masuk ke biliknya semula memandangkan Jeno sudah menolong Naeun untuk bangun.
"Jung Nara!"
Naeun menarik bahu Nara dari belakang.
"Apa lagi?" soal Nara geram.
"Jawablah! Kenapa kau buat semua ni?"
"Aku dah kata yang aku takde masa nak jawab soalan kau tu,"
"Kenapa? Kenapa kau rosakkan hubungan aku dengan Hyunjin?" soal Naeun tanpa jemu.
Nara mengetap bibirnya geram.
"Sebab kau tu perempuan yang membosankan Hyunjin kata. Dia kata aku ni yang sepatutnya jadi girlfriend dia, bukan perempuan lurus macam kau,"
"Habis tu, kenapa tak teruskan je hubungan korang? Kenapa kena ada lelaki tadi tu? Jeno, awak tahu tak, Nara bawa lelaki masuk bilik dia," ujar Naeun sambil memandang Jeno.
"Yaa!"
"Apa?" Naeun menjerit kembali.
Naeun mengenggam tangannya menahan marah.
"Memang patut Hyunjin tinggalkan perempuan macam kau," ujar Nara.
Pang!
Tangan Naeun menggeletar setelah dia menampar pipi adik kembarnya itu.
"Jadi kau nak bangga Hyunjin pilih perempuan murah macam kau?"
"Naeun," Jeno sedikit terkejut dengan perbuatan Naeun itu.
"Kau tampar aku?" soal Nara sinis.
Dan Naeun bagaikan tersedar akan tindakannya.
"Nara, aku-,"
Nara mengundur bila Naeun cuba mendekat.
"Aku benci kau Jung Naeun. Kau panggil aku perempuan murah? Kalau aku ni perempuan murah, padan muka kau sebab dapat kembar macam aku,"
Nara masuk ke biliknya dan menghempas kuat pintu. Kemudian tidak sampai lima minit, dia keluar semula dengan beg galasnya serta komputer riba dan beg tangannya.
"Nara, kau nak ke mana?" soal Jeno yang dari tadi hanya diam.
Nara tidak membalas sebaliknya dia terus berjalan laju menuruni tangga. Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi enjin kereta keluar meninggalkan kawasan rumah.
"Jeno,"
Jeno memandang Naeun.
"Saya tak sengaja. Sumpah saya tak sengaja," Naeun sudah menangis.
"Saya tahu," tubuh Naeun ditarik ke dalam pelukan.
Hmm hmm hmm, okay ke k.o???🧐🧐🧐

YOU ARE READING
Back To You
Fanfic"Larilah sejauh mana pun, aku yakin kau akan kembali pada aku," Warning: 15++ Start:19/6/2021 End:27/6/2021