"Kau nak apa?"
Jeno tidak menjawab soalan dari Nara sebaliknya dia melangkah masuk ke dalam apartment milik gadis itu.
"Dah kemas barang?" soal Jeno.
"Gila. Nak kemas barang pergi mana?"
Jeno memandang gadis itu yang hanya berdiri di tepi sofa yang didudukinya.
"Rumah kita. Kan Appa belikan rumah untuk kita. Esok lepas majlis, kita bermalam dekat rumah Appa dulu, lepas tu esoknya kita pindahlah," balas Jeno.
"Tak nak. Aku nak duduk sini. Kalau kau nak pindah, kau pindahlah sorang. Siapa suruh kau setuju?"
Jeno terdiam. Lagi tiga hari mereka akan menjadi suami isteri dan Nara nampaknya memang langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan bersetuju. Dari gaun pengantin sehinggalah ke lokasi majlis semuanya diserahkan kepada Puan Lee.
"Kalau macam tu, aku pindah masuk sini lah. Rumah tu kita simpan dulu. Bila anak kita dah ramai nanti, baru kita pindah sana. Luas sikit," ujar Jeno selamba.
Nara yang mendengar itu terkedu.
"Tch, agaknya kau ni memang dah gila kan?"
Jeno hanya tersenyum.
"Oh ya, aku datang sini sebenarnya sebab nak bawa kau pergi tengok rumah tu lah. Appa baru je bagi kunci tadi. Jom?" Jeno sudah berdiri.
"Aku penatlah cakap dengan kau ni. Benda simple pun tak boleh nak faham ke? Aku tak berminat nak tinggal or nak tengok, even nak ambil tahu tentang rumah tu pun! Aku. Tak. Berminat,"
"Tu, kau nampak pintu kan? Pergi berambus. Jangan kacau aku," Nara bersuara lagi sebelum dia berjalan untuk ke biliknya.
Baru sahaja dia ingin menutup pintu biliknya, Jeno menahan. Nara mendengus kasar. Sangkanya lelaki itu tadi bangun untuk ke pintu rumah.
"Apa lagi Jeno?"
"Ikut aku," ujar Jeno.
"Aku tengah cakap elok-elok ni Nara. Ikut aku, kita pergi tengok rumah tu," ujar Jeno lagi.
"No, aku tak nak,"
"Jangan degil boleh tak?" suara Jeno sudah meninggi.
Dia juga dengan kasarnya menolak pintu bilik Nara, membuatkan gadis itu sedikit mengundur ke belakang.
"Jeno-,"
Nara menahan dada Jeno yang makin menghampirinya. Jujur dia benci bila Jeno bersikap kasar begitu.
"Susah sangat ke permintaan aku Nara? Aku ajak kau pergi tengok rumah tu je,"
Jeno mengusap pipi Nara lembut.Nara mengetap bibirnya. Walaupun suara Jeno sedikit lembut dari tadi, dia masih ada rasa takut dengan lelaki itu. Dia sendiri sudah tahu bagaimana Jeno jika dia sudah mula berkasar.
"Jeno ah, aku-,"
"Pergi tukar baju kau lepas tu ikut aku. Atau kita tak payah ke mana-mana dan aku akan stay kat sini dengan kau?"
"Keluarlah. Aku nak tukar baju," Nara akhirnya mengalah.
Dia sedar yang tiada gunanya dia menolak arahan lelaki itu. Jeno akan tetap memaksanya juga nanti.
"Okay. Aku tunggu kat luar,"
Jeno mengusap kepala Nara sebelum dia berjalan keluar. Nara yang ditinggalkan tersenyum sinis sebelum dia ikut ke pintu. Pintu biliknya ditutup dan dikunci.
"Kau tunggulah aku sampai esok!" jeritnya.
Dan Jeno yang baru beberapa langkah dari bilik gadis itu berhenti. Dia memandang pintu bilik Nara sebelum telinganya mula menangkap bunyi muzik yang kuat dari dalam bilik tersebut.
"Jung Nara, haish,"
.....
"Nara,"
Nara yang sedang duduk di tepi kolam renang itu menoleh ke arah pintu gelangsar. Naeun sedang berdiri di situ.
"Kenapa tak tidur lagi?" Naeun duduk di sebelah kembarnya itu.
"Kau rasa aku boleh tidur kalau esok aku akan-,haish," Nara menunduk.
Esok. Dia dan Jeno bakal berkahwin pada hari esok. Dia sudah memikirkan pelbagai cara untuk mengelak dari perkahwinan tersebut namun semuanya gagal. Tiada satu pun peluang yang tersedia buatnya untuk melarikan diri.
Petang tadi, Tuan Jung sendiri yang datang menjemputnya di apartment. Dan Nara dipaksa untuk mengemas semua pakaiannya untuk berpindah ke rumah baru dia dan Jeno.
Jeno? Lelaki itu langsung tidak menegurnya setelah apa yang terjadi di apartmentnya tempoh hari. Lelaki itu benar-benar marah dengannya.
"Naeun, kalau aku nak lari boleh tak?" soal Nara.
"Yaa, kenapa pula?" soal Naeun.
"Aku tak nak kahwin dengan Jeno," ujar Nara jujur.
"Tapi Appa dah tetapkan. Kau tahu kan, takde siapa boleh lawan cakap Appa," kata Naeun.
Nara tergelak kecil.
"Kau je Naeun yang tak berani lawan cakap dia," ujarnya.
Naeun hanya tersenyum nipis. Hatinya sedikit gembira kerana malam itu Nara tidak bercakap kasar dengannya seperti selalu.
"Omma. Kalau Omma ada mesti dia gembira tengok anak kesayangan dia dah nak kahwin," kata Naeun.
"Haish, kau buat aku rindukan Omma," kata Nara perlahan.
"Dah lewat, jom masuk. Kau tu bakal pengantin. Nanti hilang seri kalau tidur lambat," ujar Naeun sambil berdiri.
"Kau masuklah dulu. Aku naik sekejap lagi,"
Naeun hanya mengangguk. Dia sendiri sebenarnya mula terasa sayu bila perihal ibu kandung mereka disebut.
"Jangan tidur lambat sangat," sempat dia mengusap bahu Nara sebelum dia masuk ke rumah.
Nara mengeluh perlahan. Disebabkan apa yang keluar dari mulut Naeun tadi, dia mula rindukan ibu kandungnya.
"Omma, apa patut Nara buat? Kalau Nara lari esok, Omma akan marah Nara tak sebab Nara tak dengar cakap Appa?" dia bersuara perlahan sambil memandang langit.
Seolah sedang bercakap dengan mendiang ibunya. Puas termenung begitu, Nara akhirnya bangun juga bila dia sudah mula menguap beberapa kali.
Dia menggeliat kecil sebelum berjalan ke dalam rumah. Setelah mengunci pintu gelangsar, dia membawa langkahnya untuk ke dapur bagi membasahkan tekak sebelum naik tidur."Jeno,"
Langkah Nara terhenti bila dia seakan mendengar suara di dapur. Kawasan di dalam dapur hanya diterangi dengan sedikit cahaya bulan dan lampu dari luar rumah. Namun itu bukan penghalang buat Nara melihat adegan di hadapannya itu.
Jeno sedang memeluk Naeun dan mengusap belakang badannya. Matanya juga melihat dengan jelas yang tangan Naeun turut memeluk erat pinggang lelaki itu.
Rasa dahaganya tiba-tiba hilang. Nara terus mengubah haluannya untuk ke tangga. Apa yang dilihatnya itu sedikit sebanyak membuatkan hatinya berasa sakit.
YOU ARE READING
Back To You
Fanfiction"Larilah sejauh mana pun, aku yakin kau akan kembali pada aku," Warning: 15++ Start:19/6/2021 End:27/6/2021