Nara meletakkan pakaian terakhir yang dikeluarkan dari dalam bagasinya ke dalam almari. Setelah itu bagasi miliknya itu ditutup dan diletakkan kembali di bawah katil.
"Mama,"
Ayden yang sejak tadi menonton kartun di telefon bimbitnya bersuara.
"Kenapa sayang? Phone Mama dah habis bateri?" soalnya.
Ayden menggeleng perlahan. Dia kemudiannya turun dari katil dan menghampiri Nara. Kaki ibunya yang sedang berdiri itu dipeluk erat.
"Ayden rindu Papa. Nanti Papa akan datang sini ke jumpa Ayden?"
Nara terdiam seketika.
"Ayden ah," dia meleraikan pelukan Ayden pada kakinya itu.
Dia kemudian mengangkat Ayden dan meribanya setelah dia sudah duduk di pinggir katilnya. Kepala Ayden diusap perlahan.
"Papa busy sayang. Ayden kan nak masuk tadika semula. Kalau kita terus tinggal dekat sana, nanti Ayden tak boleh masuk tadika. Ayden kan rindu kawan-kawan Ayden," ujar Nara lembut.
Setelah apa yang terjadi di rumah Jeno beberapa hari lepas, Nara nekad untuk kembali semula ke Jeju bersama Ayden. Dan sudah pasti dengan statusnya yang masih lagi bergelar isteri kepada Lee Jeno.
Puas Irene serta Puan Lee dan Naeun memujuk agar dia tetap tinggal di Seoul. Namun Nara tetap berdegil untuk kembali ke sini. Walaupun Irene sendiri sudah memohon pertukaran ke Seoul kerana ingin setia di sisi suaminya.
Jeno? Dia hanya menghantar pesanan melalui telefon bimbit kepada lelaki itu untuk memberitahu yang dia akan membawa Ayden bersamanya. Lelaki itu hanya membaca tanpa membalasnya.
"Kalau Ayden nak jumpa Papa macam mana?" suara Ayden menyedarkannya kembali.
"Nanti kalau ada cuti sekolah, kita pergi Seoul lagi ya sayang?" dahi Ayden dicium.
"Betul? Mama tak tipu kan?"
Nara mengangguk.
"Mama janji sayang,"
Ayden akhirnya tersenyum lebar.
"Ayden sa-yang Mama dengan Papa," ujar anak kecil itu lalu memeluk erat tubuh Nara.
"Mama pun sayang Ayden," balas Nara.
"Papa? Mama tak cakap pun sayang Papa,"
Nara mengetap bibirnya.
"Mama? Cepatlah cakap sayang Papa juga," Ayden memandangnya penuh berharap.
"Ya. Mama sayang Papa juga," akhirnya Nara mengikut kehendak anaknya itu.
Ayden tersenyum suka.
"Yeay! Nanti bila kita pergi Seoul, Ayden nak bergambar dengan Mama Papa. Ayden nak tunjuk pada kawan-kawan Ayden yang Ayden pun ada Papa juga!"
"Ya, boleh sayang. Apa-apa je untuk putera kacak Mama ni," pipi Ayden dicubit perlahan.
.....
"Dah seminggu awak macam ni,"
Naeun memandang Jeno di hadapannya. Petang itu, dia mengajak Jeno untuk keluar minum petang bersama. Bukan di kediaman Tuan Jung seperti selalunya, tetapi di sebuah kafe yang biasa mereka kunjungi sejak zaman universiti lagi.
"Macam ni tu macam mana?" soal Jeno.
Naeun mengeluh perlahan.
"Macam ni lah. Hidup, tapi sebenarnya dalaman awak mati. Asyik termenung je. Haa, lagi satu. Kenapa tiba-tiba pecat Yujin?" soal Naeun.
"Yujin?" Jeno ketawa perlahan.
Dia mula menceritakan apa yang terjadi.
"Habis tu? Awak tak terangkan pada Nara ke?" soal Naeun.
"Dah. Tapi dia tetap tak nak percaya," balas Jeno perlahan.
"Sebab tu awak mengalah. Sebab Nara tak percayakan awak, awak sanggup biarkan dia balik Jeju semula? Habis tu apa gunanya awak koyakkan borang penceraian tu kalau akhirnya awak dengan dia akan berpisah macam ni juga? Baik awak bercerai je. Takde beza pun," ujar Naeun selamba.
"Naeun, awak tengah cuba nak sakitkan hati saya ke?" soal Jeno.
"Memang pun. Saya geramlah dengan awak. Awak asyik sakitkan hati dia je. Awak tak kenal lagi ke Nara tu macam mana? Walaupun dia dah tak kasar macam dulu, tapi perangai degil dia tu tetap ada. Puas saya dengan Omma pujuk suruh dia stay. Tapi dia tetap nak balik Jeju. Awak pula, senang-senang je lepaskan dia. Tak hargai langsung usaha saya dan Omma,"
"Naeun ah, Nara tu bencikan saya. Tak kisahlah siapa pun yang pujuk dia, dia tetap akan macam tu. Jadi kalau saya cuba sekali pun, hasil dia sama je. Dia tetap tinggalkan saya ni. Lelaki yang paling dia benci dari awal kami kahwin dulu lagi,"
"Yaa, awak cakap apa? Nara benci awak? Awak ni gila ke apa?" soal Naeun.
"Ya. Nara bencikan saya. Sebab tu dia lari malam tu. Awak dah lupa?"
Naeun mengeluh perlahan.
"Awak pernah bagitahu Nara yang awak sayangkan dia?"
Jeno menggeleng.
"Kan saya dah cakap dia bencikan saya. Awak ingat saya ada peluang nak cakap semua tu?" soal Jeno kembali.
Naeun mengeluh perlahan. Rasanya dia sudah tahu salah satu punca mengapa rumah tangga Jeno dan Nara berantakan begitu.
"Jeno. Nara tak bencikan awak pun," ujar Naeun.
Jeno yang baru ingin menyisip minumannya kembali meletakkan cawannya ke atas meja.
"Awak merepek apa ni Naeun? Dah terang-terang Nara lari malam tu sebab dia ben-,"
"Nara sayangkan awak," Naeun memotong percakapan Jeno.
"Dia sayangkan awak dari dulu lagi. Dia tinggalkan awak malam tu sebab dia takut dia akan makin sayangkan awak kalau dia stay. Dia cakap yang awak cintakan saya. Jadi dia tak nak jadi isteri pada lelaki yang cintakan kembar dia sendiri," luah Naeun.
Jeno terkedu.
"Kau ingat aku tak tahu kau suka Naeun?"
Kata-kata yang pernah diungkapkan Nara satu ketika dahulu kembali bermain di fikirannya.
"Jeno, kalau awak luahkan semuanya dari dulu, mesti semua ni takkan jadi. Kalau Nara tahu yang awak sebenarnya dah sayangkan dia juga, mesti dia takkan lari," ujar Naeun lagi.
"Naeun ah, apa patut saya buat sekarang?" soal Jeno keliru.
Naeun ketawa perlahan.
"Buat apa lagi? Pergi Jeju lah! Cari isteri dan anak awak semula. Bagitahu Nara perasaan sebenar awak. Minta maaf pada dia. Bina semula keluarga awak Jeno. Ayden layak membesar dalam keluarga yang sempurna,"
"Tapi esok saya kena masuk office,"
"Yaa, awak ingat Appa nak berkira dengan anak-anak dia? Silap-silap dia bagi awak cuti sebulan kalau dia tahu awak nak pergi cari Nara,"
"Naeun ah, gomawo. Saya hargai sangat pertolongan awak kali ni. Kalau awak tak sedarkan saya, mungkin sampai sekarang saya memang takkan sedar,"
Naeun hanya tersenyum dan mengangguk.
"Dah, pergi balik cepat. Kemas barang-barang awak. Saya akan tempahkan tiket flight yang paling awal untuk awak,"
Jeno tersenyum dan mengangguk.
"Saya pergi dulu,"
Setelah permergian Jeno, Naeun tersenyum sendiri.
"Aku harap pertolongan aku ni boleh gantikan semua salah aku selama ni Nara ah. Kau layak bahagia,"

ANDA SEDANG MEMBACA
Back To You
Fiksi Penggemar"Larilah sejauh mana pun, aku yakin kau akan kembali pada aku," Warning: 15++ Start:19/6/2021 End:27/6/2021