"Kau-,"
Nara memandang wajah garang Lia di hadapannya. Jelas sekali sahabatnya itu terkejut bila dia tiba-tiba muncul di hadapan rumahnya.
"Kau jahat Nara!" tubuhnya terus dipeluk Lia dan gadis itu menangis di dalam pelukan mereka.
Nara ikut menangis dan mengusap belakang Lia.
"Kau pergi mana? Sampai hati kau tinggalkan aku. Kau janji nak kerja dengan aku. Kau tipu aku kan!" bahu Nara dipukulnya.
"Mianhei, jeongmal mianhei," ujar Nara.
Tangannya menyeka sisa air mata di pipi Lia.
"Tch, kau kena cerita semuanya dari empat tahun lepas," kata Lia.
Nara mengangguk.
"Kau datang sorang?" soal Lia.
"Ya Tuhan, sekejap!" Nara berlari ke luar pagar dan ke keretanya.
Kemudian dia muncul semula sambil memimpin tangan Ayden.
"Yaa, anak siapa kau culik ni?" soal Lia.
"Anak aku lah. Ayden ni kawan Mama. Aunty Lia,"
"Annyeong Aunty Lia. Saya Lee Ayden," Ayden menunduk.
"Lee Ayden. Omo, dia anak kau dengan Jeno?"
Nara mengangguk.
"Choi Julia!" pintu rumahnya tiba-tiba dibuka dari dalam.
"Apa yang dibuatnya lama sangat dekat luar tu?" Sunwoo berdiri di muka pintu.
"Sayang! Tengok ni siapa yang datang!" jerit Lia kembali.
"Nara?" Sunwoo yang sudah berdiri di sisi Lia itu jelas terkejut melihatnya.
"Hai, Kim Sunwoo," Nara tersenyum nipis.
"Bila kau balik sini?" soal Sunwoo.
"Hish, nanti dia cerita. Ni, cuba awak tengok Ayden ni. Anak Nara dengan Jeno, comel kan?"
"Anak kau dengan Jeno?" soal Sunwoo tidak percaya.
Nara hanya mengangguk.
"Eh, apa berbual dekat sini. Jomlah masuk," pelawa Sunwoo.
Mereka berempat kemudian masuk ke dalam rumah milik Sunwoo dan Lia. Nara tersenyum melihat potret perkahwinan sahabatnya itu yang tergantung di ruang tamu.
"Duduklah,"
Nara mengambil tempat di sofa bersama Ayden manakala Lia ke dapur untuk mengambil air minuman buat mereka.
"Kau sihat?" soal Sunwoo.
Nara mengangguk.
"Ini je yang ada. Minumlah," Lia meletakkan dulang berisi jus oren buat mereka.
"Kau menyorok dekat mana selama ni? Kau tahu tak semua orang risau cari kau?" Lia menyoal tanpa berselindung.
"Aku dekat Jeju dengan kakak angkat aku," beritahu Nara.
"Jeju?" Lia dan Sunwoo saling berpandangan.
"Kenapa?" soal Lia hairan.
"Kitorang setiap tahun ke sana bila Sunwoo ada cuti lebih,"
"Ah, mungkin belum masanya lagi untuk kita jumpa waktu tu," balas Nara.
"Ni, kau balik ni family kau tahu?" soal Sunwoo.
"Omma dengan Appa je yang tahu. Aku balik pun sebab nak lawat Appa aku," jawab Nara.
"Maksudnya Jeno dan Naeun tak jumpa kau?"
Nara menggeleng.
"Habis tu, Ayden ni? Jeno tahu pasal dia?"
Sekali lagi Nara menggeleng.
"Oh ya, Eric sekarang buat apa? Korang still contact lagi?" soal Nara sekadar ingin mengubah topik.
"Eric? Yaa, kau memang tak tahu? Omma kau tak cerita apa-apa?" soal Lia.
"Cerita apa?"
"Eric sekarang suami kembar kau Naeun,"
"Hah?"
"Diorang baru kahwin tahun lepas. Diorang berjumpa waktu syarikat Appa kau dengan syarikat Eric kerja ada joint project,"
"Wah, aku tak sangka pula diorang berdua berjodoh," Nara ketawa perlahan.
"Tu lah. Padahal dulu si Naeun tu ingat Eric tu kekasih kau,"
Nara tersenyum bila teringat peristiwa empat tahun lalu.
"Mama,"
Mereka bertiga memandang Ayden yang tiba-tiba bersuara itu. Dari masuk ke rumah tadi, dia asyik bermain dengan permainan di telefon bimbit Nara.
"Ayden lapar," ujar anak kecil itu.
"Omo, mianhei sayang. Mama lupa kita belum makan,"
"Korang makan kat sini je lah. Lia dah siap masak pun tadi," ujar Sunwoo.
"Ayden nak makan makanan Aunty Lia?"
Ayden tersenyum dan mengangguk.
"Aigoo, bagusnya dia,"
.....
"Unnie!"
Nara dan Irene saling berbalas pelukan.
"Baru seminggu tak jumpa, rasa macam dah sebulan," ujar Irene.
"Mommy Irene, Ayden nak peluk juga," hujung bajunya ditarik Ayden.
Irene tersenyum sebelum dia duduk menyamai ketinggian Ayden. Tubuh kecil itu dipeluk dan dia menciun wajah kecil itu.
"Mommy rindu sangat Ayden,"
"Ayden pun," pipi Irene dicium.
"Eh jom masuk," Nara menarik tangan Irene ke dalam apartmentnya.
Setelah seminggu bermalam di hotel, Nara memutuskan untuk menginap di apartment itu sahaja. Kata Puan Lee, selepas dia pergi, tiada siapa yang tinggal di situ.
"Unnie nak bermalam kat sini?" soal Nara sambil menghulurkan tin minuman kepada Irene.
Ayden sudah kembali meniarap di lantai sambil mewarna buku lukisannya.
"Suho ajak Unnie bermalam dekat rumah parents dia,"
"Wow, ni mesti dah lulus ni," usik Nara.
Irene tersenyum malu.
"Nara dah fikir, lepas ni apa yang akan jadi? Nak terus tinggal kat sini?" soal Irene.
Nara diam.
"Entahlah Unnie. Nara memang rindukan Seoul, tapi Jeju banyak kenangan Nara kat sana. Kat sanalah Nara belajar banyak benda. Lagipun cuti sekolah dah nak habis, Ayden pun kenalah masuk tadika semula,"
Irene tersenyum. Dia menyentuh tangan Nara.
"Tapi keluarga Nara kat sini. Tu, Ayden tu, Papa dia pun kat sini. Nara tak lupa kan, yang Nara masih isteri dia. Korang berdua tak berpisah secara rasminya lagi,"
Nara mengangguk.
"Nara akan jumpa dia dalam masa yang terdekat ni. Rasanya inilah masa yang sesuai,"
"Baguslah kalau macam tu. Ayden mesti happy,"
Nara memandang Ayden.
"Ya, Nara buat semua ni untuk Ayden,"
YOU ARE READING
Back To You
Fanfiction"Larilah sejauh mana pun, aku yakin kau akan kembali pada aku," Warning: 15++ Start:19/6/2021 End:27/6/2021