04

1K 132 10
                                    

Jeno meletakkan pinggan yang sudah siap dicuci di atas rak di tepi sinki. Memang menjadi kebiasaannya untuk mencuci pinggan sendiri memandangkan dahulu rumahnya tidak mempunyai pembantu rumah.

Bunyi pintu dibuka menyebabkan dia segera berjalan ke ruang tamu. Dilihatnya Naeun berjalan masuk dengan beberapa beg kertas di tangannya.

"Happy nampak?"

Naeun yang baru ingin menaiki tangga itu menoleh.

"Hyunjin belanja saya baju dan kasut baru," ujar Naeun dengan senyuman lebarnya.

"Untunglah awak," Jeno mengukir senyuman palsu.

"Oh ya, Jeno. Nara belum balik ke? Saya tengok kereta dia takde lagi,"

"Sekejap lagi balik lah tu," ujar Jeno.

"Ah, saya takut apa-apa jadi je," kata Naeun risau.

Jeno yang melihat riak wajah gadis itu lantas mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor Nara segera didial.

"Phone dia off," ujar Jeno.

"Dia pergi mana? Rasanya waktu saya balik tadi, saya nampak Lia pun dah balik. Dia keluar dengan siapa pula?"

"Ada nombor Lia?"

Naeun mengangguk. Dia kemudiannya meletakkan beg-beg kertasnya tadi di atas lantai lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon Lia.

"Hello Lia. Nara ada dengan awak?"

Jeno memandang Naeun yang sedang bercakap dengan kawan baik Nara saat itu.

"Kalau macam tu, terima kasih," panggilan ditamatkan.

"Lia cakap apa?" soal Jeno.

"Dia cakap dia memang tak keluar dengan Nara pun. Tadi Nara stay back sebab nak siapkan assignment. Macam mana ni Jeno?" Naeun mula gusar.

Sudahlah orang tua mereka tiada sekarang. Nara pula hilang tanpa jejak.

"Awak tunggu dekat rumah. Saya cuba tengok dekat kawasan uni. Mungkin dia ada kat sana," bahu Naeun disentuh untuk menenangkannya.

Naeun mengangguk.

"Kalau ada apa-apa, terus call saya,"

"Okay,"

Jeno terus ke bahagian tempat meletak kunci. Kunci motosikalnya diambil lalu dia terus keluar dari rumah.

.....

Nara memandang sekelilingnya yang sudah gelap. Bibirnya diketap sambil dia memeluk tubuh di perhentian bas itu.

"Tak logik langsung. Takkan takde seorang pun yang kesiankan aku dan berhenti untuk tolong," ujarnya.

"Kau patut buang habit tak suka bawa power bank atau extra phone kau ni Nara. Kalau ada emergency macam mana?"

Pesanan Lia beberapa hari lepas kembali bermain di fikirannya. Rasa menyesal mula timbul kerana dia tidak pernah mengambil serius setiap nasihat yang keluar dari mulut Lia.

Bunyi motosikal berhenti di hadapannya menyebabkan dia mengangkat kepalanya. Sebuah senyuman terukir di bibirnya bila melihat pemilik motosikal tersebut.

"Jeno,"

"Yaa!" lelaki itu menghampirinya.

"Kau buat apa kat sini? Kenapa tak angkat call?" soal lelaki itu.

Back To You Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang