16

1K 121 12
                                    

"Nara!"

Nara berjalan ke arah Eric dan Lia yang sudah menunggu di bawah bangunan apartmentnya itu.

"Wow, cantiknya kau," Lia memuji sahabatnya itu.

"Tch, jangan nak perli aku. Baju ni je yang aku ada," ujar Nara sambil membetulkan gaun paras lututnya.

"Lia tak tipu. You memang nampak cantik," puji Eric.

"Tengok. Eric pun cakap benda yang sama," ujar Lia.

"Dah lah korang. Jom lah, nanti lambat pula,"

Mereka bertiga perlu menghadiri majlis persaraan salah seorang pensyarah fakulti mereka malam itu. Dan Eric menawarkan diri untuk menjadi pemandu pada malam itu.

"Kau duduk depanlah," Lia sudah masuk ke tempat duduk belakang.

Nara hanya menurut. Sepanjang perjalanan, mereka asyik berbual mengenai pensyarah yang bakal bersara tersebut. Dalam masa lebih kurang 30 minit, kereta yang dipandu Eric tiba di bangunan fakulti mereka.

"Sunwoo!" Lia yang keluar dari kereta terus berjalan mendapatkan teman lelakinya yang sudah sampai lebih awal memandangkan dia salah seorang ahli jawatankuasa yang menguruskan majlis tersebut.

"Tengok tu, jumpa boyfriend terus tinggalkan kita,"

Eric ketawa perlahan.

"I boleh jadi boyfriend You untuk malam ni," bisik Eric di telinga Nara.

"Okay, why not?" Nara memaut lengan lelaki itu selamba.

Eric yang niatnya hanya ingin bergurau sedikit terkejut bila Nara berbuat begitu. Namun dia cuba beriak selamba sahaja.

Mereka berdua kemudiannya berjalan masuk ke dewan bersama Lia dan Sunwoo.

.....

Kereta yang dipandu Eric akhirnya sampai di hadapan bangunan apartment Nara. Setelah tamat majlis tadi, Lia dihantar oleh Sunwoo dan Nara pula dihantar oleh lelaki itu.

"Ah, You punya buku nota, I lupa nak bawa turun tadi. Kesian You, mesti susah nak buat kerja,"

"Esok pun boleh bagi Nara," kata Eric.

"No. I takut I lupa lagi esok. So, You nak ikut I naik atau nak tunggu kat sini?" soal Nara yang ingin membuka pintu kereta.

"I ikut You naik boleh? Nak tumpang guna toilet. Banyak sangatlah minum air tadi," Eric tersengih.

"Okay,"

Mereka berdua keluar dari kereta dan berjalan masuk ke dalam bangunan dan terus ke elevator. Sampai sahaja di tingkat 13 di mana apartmentnya berada di melangkah keluar diikuti Eric.

"Masuklah," Nara yang sudah membuka pintu mempelawa lelaki itu masuk.

Setelah Eric masuk, dia menutup pintu. Dilihatnya Eric menanggalkan blazernya dan diletakkan di atas sofa.

"Tu, toilet dekat sana," dia menunjuk ke arah tandas yang berada bersebelahan dengan dapur.

"Okay,"

Nara terus ke biliknya. Meja belajar yang dipenuhi dengan buku-buku dan komputer ribanya dihampiri. Buku nota bewarna biru milik Eric diambil dan dia melangkah keluar kembali.

"Ni, buku You," dia menghampiri Eric yang sedang duduk di sofa.

"Thanks," Eric menyambut huluran gadis itu.

Dia kemudian bangun dan mencapai blazer miliknya.

"Dah lewat lah, I rasa I kena balik. Nanti Mama I bising,"

"Okay,"

Nara kemudian mengiringi lelaki itu ke pintu.

"Thank you sebab bagi I guna toilet," Eric tersenyum.

"Okay. Thanks juga sebab ambil dan hantar I malam ni,"

Eric hanya mengangguk.

"I balik dulu," lelaki itu mengusap kepala Nara sebelum dia berpaling dan berlalu pergi.

Nara tersenyum sebelum dia kembali masuk ke rumahnya. Baru sahaja dia ingin menutup pintu, ada satu tangan yang menghalang.

"Jeno?"

"Sejak bila pandai bawa balik lelaki ke rumah?" soal Jeno.

"Kau buat apa kat sini?" soal Nara.

"Kenapa? Aku tak boleh datang? Takut aku tertangkap kau dengan lelaki tadi tu?" soal Jeno sinis.

"Memang pun. Kau ni aku ingatkan bila kita dah tak serumah, kau takde lah nak sibuk hal aku. Rupanya tak. Eh, kau pergi balik luangkan masa dengan Naeun sanalah. Jangan kacau aku," Nara menolak tubuh lelaki itu.

Namun Jeno seperti biasa, menggunakan tenaganya dan dengan mudah dia sudah pun berjaya menolak Nara dan masuk ke dalam rumah gadis itu. Pintu utama kediaman itu ditutup dan dikuncinya.

Back To You Where stories live. Discover now