11

1K 124 38
                                    

"Nara!"

Nara melihat Naeun yang berdiri di anak tangga di hadapan bangunan fakultinya.
Dia mendengus perlahan sebelum berjalan melelasi kakak kembarnya itu.

"Nara, tunggulah!" Naeun mengejar langkahnya.

"Jangan kacau aku lah Naeun!"

Dia tidak menghiraukan pandangan beberapa orang pelajar lain yang lalu-lalang di situ.

"Nara!"

Naeun berjaya memegang tangan Nara bila mereka sampai di hadapan kereta gadis itu.

"Nara, dengarlah dulu apa aku nak cakap,"

Nara mengalihkan tangan Naeun darinya.

"Cakap kat dalam. Aku tak nak semua orang tengok air mata kau. Nanti tak pasal-pasal aku kena tampar lagi,"

Nara masuk ke dalam keretanya. Begitu juga dengan Naeun.

"Kenapa kau keluar? Kau marahkan aku?"

"Tch, kan Appa dah cakap yang aku keluar sebab nak fokus dengan final year project aku. Takde kena mengena dengan kau lah,"

"Aku tahu kau marah aku. Aku minta maaf sebab panggil kau macam tu. Aku terlepas cakap, aku tak maksudkannya pun,"

"Kau nak aku maafkan kau?" soal Nara.

Laju Naeun mengangguk.

"Ulang balik apa yang kau cakap tadi depan Appa dan Omma. Baru aku maafkan kau," ujar Nara sinis.

"Nara ah, aku-,"

"Kau tak berani kan? Kau takkan mengaku salah kau depan Appa kan? Kau takut imej anak yang baik kau tu rosak? So, sampai bila-bila pun aku akan tetap nampak macam anak yang paling degil, anak yang tak baik di mata Appa kan?"

"Nara, bukan macam tu. Aku-,"

"Kau tak pernah berubah Naeun," ujar Nara lagi.

"Nara,"

"Keluar Naeun. Aku nak balik," ujar Nara sambil menghidupkan enjin keretanya.

"Aku cakap keluar, keluarlah!" jerit Nara.

Naeun segera menyeka air mata yang hampir mengalir di pipinya dan terus keluar. Kemudian dia melihat kereta milik adik kembarnya itu dipandu keluar dari kawasan parkir itu.

"Mianhei Nara ah,"

.....

"Halmeoni, Nara nak-,"

"Halmeoni? Siapa Halmeoni kau hah pembawa malang?"

Nara terkejut dengan tengkingan wanita separuh abad itu. Tubuh kecilnya automatik terundur ke belakang.

"Hey, kalau bukan sebab kau, anak aku akan hidup lagi lah. Kau tahu tak?" wajah tua itu memandangnya dengan penuh kebencian.

"Halmeoni, Nara minta maaf. Nara-,"

"Berhenti panggil aku Halmeoni! Kau tak layak!" tubuh kecil Nara ditolak.

Nara jatuh terduduk di lantai rumah milik ibu kepada mendiang Puan Jung itu. Tubir matanya mula bergenang bila dia merasakan kesakitan di tangannya.

"Halmeoni,"

Naeun muncul dari luar bilik dan berjalan ke arah mereka. Dia melihat Nara yang terduduk di lantai itu.

"Unnie, tangan Nara sakit," ujar Nara sayu.

Naeun ingin menghampiri Nara namun Nenek mereka itu bersuara.

"Ke sini Naeun. Jangan dekat dengan kembar pembawa malang kamu tu,"

Naeun berhenti melangkah. Dia memandang Nara dan neneknya silih berganti.

"Dulu kau tumpahkan sabun kat bilik mandi sampai Omma kau jatuh dan keguguran. Lepas Omma kau dah mengandung semula, tunggu nak bersalin je, kau bunuh Omma kau pula. Kau memang anak tak guna Jung Nara,"

Naeun yang mendengar itu segera berjalan ke arah neneknya.

"Naeun, kamu jangan jadi macam Nara. Dia pembawa malang. Dia tak layak jadi cucu Halmeoni. Kamu sorang je cucu Halmeoni mulai sekarang," kepala Naeun diusap.

"Jom sayang, kita ke dapur makan. Kau Nara, jangan kau berani nak sentuh masakan aku. Kau makan lah apa yang kau boleh makan asalkan bukan makanan aku," sempat neneknya memberi amaran sebelum dia menarik Naeun ke dapur.

Nara yang melihat itu menahan air matanya. Dia perlahan-lahan bangun dan berjalan masuk ke dalam bilik. Dia duduk memeluk lutut di sudut bilik kecil itu dan mula menangis.

"Omma, Nara nak ikut Omma,"

"Dari dulu Naeun, semuanya lebihkan kau. Aku ni sampai bila-bila pun akan dipersalahkan,"

Nara mengeluh perlahan. Zaman kanak-kanaknya memang tak seindah orang lain. Dia dibenci oleh neneknya sendiri. Tuan Jung juga bersikap dingin terhadapnya. Cuma Nenek di sebelah bapanya sahaja yang menyanyanginya.

Kerana itu perwatakannya menjadi kasar berbanding Naeun. Sikap degil dan keras kepalanya juga boleh dikatakan sukar untuk dibendung juga.

Tuan Jung mulai berubah hanya ketika dia dan Puan Lee berkahwin. Bapanya itu mula menunjukkan sedikit demi sedikit sikap prihatin terhadapnya. Namun ianya masih jauh berbeza dengan apa yang diterima Naeun.

Dan Nara mulai sedar yang sampai bila-bila pun dia takkan dapat menjadi seperti Naeun. Dia tetaplah Jung Nara, kembar kepada seorang Jung Naeun kesayangan semua orang.

Back To You Where stories live. Discover now