27

1K 114 4
                                    

"Mama,"

Nara yang sedang menyapu losen di lengannya itu menoleh memandang Ayden yang sedang duduk di atas katil.

"Kenapa sayang?" soalnya.

Dia menutup botol losen dan kemudian melangkah ke katil.

"Bila kita boleh balik rumah kita?" soal Ayden.

Nara terdiam. Baru dia sedar sudah hampir dua minggu dia dan Ayden berada di Seoul.

"Ayden rindu kawan-kawan Ayden," ujar anak kecil itu lagi.

"Ayden tak suka ke tinggal dekat sini? Hmm?" kepala anaknya diusap.

"Suka. Tapi sekarang Mama dah tak bawa Ayden jumpa Haraboji dengan Halmeoni. Ayden bosanlah asyik main toys dan mewarna je,"

Nara mula serba salah mendengar kata-kata Ayden. Memang sejak Tuan Jung keluar dari hospital, sudah jarang mereka bertemu. Nara jarang membawa Ayden keluar kerana dia takut akan terserempak dengan Jeno di luar.

"Mianhei sayang. Esok Mama bawa Ayden keluar. Kita pergi makan ais krim nak?"

"Nak!" jerit Ayden teruja.

"Okay. Kalau macam tu, sekarang Ayden kena tidur. Kalau bangun lambat, Mama tinggal Ayden,"

"Okay. Tapi Ayden nak susu dulu,"

"Boleh sayang. Ayden baring dulu, Mama pergi buatkan susu,"

Ayden mengangguk dan mula berbaring di tempatnya sementara Nara berjalan keluar dari bilik untuk ke dapur. Baru sahaja dia ingin membancuh susu buat anaknya itu, bunyi loceng pintu kedengaran.

"Siapa pula yang datang waktu macam ni?" botol susu milik Ayden diletakkan di atas meja sebelum dia ke pintu.

Pintu dibuka dan Nara sedikit mengundur ke belakang bila melihat Jeno berdiri di situ.

"Jeno,"

Lelaki itu masuk ke dalam rumahnya dan terus menutup pintu.

"Kau tipu aku Nara? Seminggu aku tunggu kau call aku," Jeno menolak tubuh Nara ke dinding.

"Jeno, aku boleh explain-,"

"Then explain. Bagitahu aku kenapa kau menipu?" soal Jeno sambil memerangkap Nara dengan kedua tangannya diletak di tepi kepala gadis itu.

"Aku-,"

"Kau takde alasan kan? Kau memang nak mengelak dari aku kan? Kenapa Jung Nara?" soal Jeno kuat.

Nara sudah menahan air matanya bila ditengking begitu. Memorinya bersama Jeno di malam pernikahan mereka kembali terbayang. Di saat lelaki itu menyakiti tubuhnya pada malam itu.

"Je-Jeno,"

Jeno mencium bibir Nara kasar. Tangannya juga sudah menyentuh badan gadis itu sesuka hatinya.

"Jeno," Nara berjaya menolak Jeno.

"Please Jeno, jangan," Nara menggeleng bila lelaki itu sudah memegang butang baju tidurnya.

Malah dia sudah mulai mengalirkan air matanya.

"Kau isteri aku Nara. Kau pernah fikir berapa banyak yang kau kena tanggung lepas empat tahun kau abaikan suami dan tanggungjawab kau? Hah?" Jeno mencengkam pipi Nara.

"Jeno, kau sakitkan aku," Nara memegang tangan lelaki itu.

Air matanya makin banyak dan laju mengalir. Namun Jeno seakan tidak mempedulikannya. Lelaki itu menciumnya lagi sambil tangannya ditekap ke dinding.

"Kau perlu bertanggungjawab Nara. Empat tahun kau tinggalkan aku. Kau kena terima akibatnya dari apa yang kau buat tu,"

"Jeno please, lepaskan lah. Nanti Ay-,"

"Nanti apa Nara? Hah?" soal Jeno.

Nara menggeleng. Dia sangat berharap agar Jeno segera berhenti dan pergi sebelum Ayden muncul. Pasti anaknya itu pelik kerana dia keluar terlalu lama semata-mata ingin membancuh susu.

"Kau tak rindu aku ke Nara?" soal Jeno sambil merapatkan dahi mereka.

Nara hanya diam.

"Jawablah Nara!" bahu Nara dicengkam kuat menyebabkan isterinya itu merintih perlahan.

"Mama!"

Mereka berdua terus memandang ke arah bilik tidur Nara. Ayden berdiri di pintu dan dia yang melihat mereka segera berlari ke arah situ.

"Uncle, kenapa Uncle buat Mama menangis?" soal Ayden sambil menangis.

Automatik Jeno melepaskan Nara dan Nara terus mendapatkan Ayden. Dia menyamakan ketinggian mereka dan memeluk tubuh Ayden.

"Sayang," belakang badan Ayden diusap.

"Mama, kenapa Uncle tu buat Mama menangis?" Ayden menyoal dalam tangisannya.

Jeno hanya memerhatikan mereka.

"Tak sayang. Mama tak menangis pun," Nara menyeka air matanya sendiri.

"Ayden nak susu kan tadi? Jom," dia bangun dan mendukung Ayden ke dapur.

Nara mula membancuh susu dengan Ayden yang masih di dukungannya. Setelah siap, dia mula membawa Ayden ke bilik tidur.

Sementara Jeno, dia yang masih keliru dengan apa yang dilihatnya perlahan berjalan ke arah bilik tidur Nara. Dilihatnya Nara sedang meriba anak kecil tadi yang sedang meminum susunya.

Hampir sepuluh minit dia hanya memandang mereka. Sehinggalah Nara meletakkan kanak-kanak tadi di katil dan menyelimutinya. Kemudian gadis itu kembali berjalan keluar dari situ.

"Siapa dia Nara?" soal Jeno.

"Jeno, baliklah. Aku janji, esok aku akan jelaskan semuanya,"

"Kau nak tipu aku lagi?" soal Jeno.

Nara menggeleng.

"Tak. Kali ni aku tak tipu. Aku janji, aku betul-betul akan ceritakan semuanya,"

Back To You Where stories live. Discover now