"Ayden pergi jalan dengan Mommy Irene dulu. Nanti Mama datang okay?" kepala Ayden diusap.
Ayden mengangguk lalu memagang tangan Irene.
"Bincang elok-elok," pesan Irene.
Nara mengangguk dan dia melambai ke arah Irene yang memimpin Ayden untuk kembali berjalan di tepi pantai. Dia kemudian kembali berjalan ke arah sebuah meja di luar kafe yang berada di tepi pantai tersebut.
"Nara sihat?" soal Puan Lee sebaik sahaja dia mengambil tempat.
"Sihat. Omma?"
Puan Lee tersenyum dan mengangguk.
"Semua orang sihat. Appa je tak,"
"Appa? Appa sakit apa?" soal Nara.
"Dia kena serangan jantung minggu lepas. Nasib baik kami terus bawa ke hospital dan doktor sempat selamatkan," ujar Puan Lee.
"Baguslah kalau macam tu," Nara tersenyum nipis.
"Nara tak nak balik jenguk Appa? Dia rindukan Nara," Puan Lee menyentuh tangan Nara.
"Appa rindukan Nara?"
Puan Lee mengangguk.
"Nara baliklah. Jenguk dia. Dia betul-betul nak jumpa Nara,"
Nara menahan air matanya.
"Nara memang nak balik. Tapi, Nara belum bersedia," dia menunduk.
"Sebab Jeno? Nara masih belum nak jumpa dia?" soal Puan Lee.
Perlahan Nara mengangguk.
"Omma boleh aturkan semuanya. Nara boleh lawat Appa waktu Jeno di pejabat kalau Nara betul-betul belum bersedia nak jumpa dia. Tapi Omma harap sangat Nara balik jenguk Appa. Please, sayang,"
"Bagi Nara fikir dulu,"
Nara mengesat cairan jernih di tepi matanya.
"Nara, yang tadi tu anak Nara?"
Nara mengangguk.
"Anak Jeno," ujarnya.
Rasanya dia tidak perlu berahsia dengan Puan Lee.
"Ya tuhan, betul ke?" soal Puan Lee teruja.
"Ya, Omma. Anak Jeno. Lee Ayden,"
"Terima kasih sayang sebab beri Omma cucu," ujarnya sambil menggengam erat kedua tangan Nara.
"Omma boleh kan rahsiakan ni dari dia?"
Puan Lee mengangguk.
"Omma faham kamu perlukan masa,"
Nara ikut tersenyum.
.....
"Mama,"
"Ya sayang?" Nara memandang Ayden yang berbaring di sebelahnya.
"Kenapa Mama menangis waktu jumpa Halmeoni tadi? Dia pukul Mama ke?" soal Ayden.
Nara ketawa perlahan.
"Tak lah sayang. Dia tak pukul Mama pun. Mama menangis sebab Mama dah lama tak jumpa Halmeoni,"
"Mama jangan menangis lagi tau lepas ni. Kalau Ayden tengok Mama menangis, Ayden belasah orang tu," kedua tangannya digenggam membentuk penumbuk.
Nara terhibur dengan telatah comel anaknya itu. Dia terus menarik tubuh Ayden rapat ke dalam pelukannya.
"Ayden ah, Ayden pernah teringin nak ada Papa?" soal Nara.
"Nak! Kawan Ayden semua ada Papa! Ayden je takde. Tapi, Ayden tak kisah sebab Ayden ada Mama dengan Mommy!"
Nara tersenyum mendengar itu.
"Okay, kalau tiba-tiba Mama nak bawa Ayden jumpa Papa Ayden, Ayden nak?"
"Papa good boy ke tak? Kalau Papa bukan good boy, Ayden tak nak jumpa dia," ujar anak kecil itu.
"Mestilah good boy, macam Ayden," rambut Ayden diusap.
"Okay, kalau macam tu, Ayden nak jumpa Papa," Ayden tersenyum.
"Okay. Nanti bila dah tiba masanya, Mama bawa Ayden jumpa Papa. Sekarang ni, Ayden tidur dulu. Esok kan kena pergi tadika,"
Ayden mengangguk. Dia mencium pipi Nara kiri dan kanan sebelum dia berbaring kembali di tempatnya.
Setelah memastikan Ayden betul-betul sudah tidur, Nara turun dari katil. Dia berjalan keluar dari bilik dan ke turun ke dapur. Dengan hanya bertemankan cahaya dari lampu di luar rumah, dia duduk di meja makan.
"Nara, kenapa duduk dalam gelap ni?"
Nara segera menoleh ke arah pintu masuk dapur, Irene sedang berdiri di situ dan wanita itu sudahpun menekan suis lampu.
"Unnie,"
"Kenapa ni? Hmm?" Irene mengambil tempat di hadapannya.
"Unnie, Unnie rasa patut ke Nara balik jenguk Appa?" soal Nara.
Itulah yang mengganggu fikirannya sejak petang tadi.
"Nara tak rindukan dia?" soal Irene kembali.
"Rindu. Tapi, Nara belum bersedia nak jumpa Papa Ayden," dia menunduk.
"Kan Omma Nara sendiri yang cakap dia boleh uruskan semuanya. Nara baliklah ya? Kesian Appa Nara. Jangan jadi macam Unnie, sibuk sangat dengan kerja sampai tak sempat jumpa Appa Unnie buat kali yang terakhir," tangan Nara di atas meja digenggam.
"Gomawo Unnie,"
YOU ARE READING
Back To You
Fanfiction"Larilah sejauh mana pun, aku yakin kau akan kembali pada aku," Warning: 15++ Start:19/6/2021 End:27/6/2021