09

1K 124 44
                                    

"Nara,"

Nara yang baru melangkah masuk ke dalam rumah itu hanya membiarkan Naeun yang sedang memanggilnya itu. Setelah tiga hari, dia kembali pulang ke rumah.

"Nara, tunggulah,"

Lengannya dipegang Naeun saat dia ingin menaiki tangga.

"Kau nak apa? Aku penatlah," tangannya direntap.

"Nara, aku nak minta maaf. Aku tahu aku salah sebab cakap macam tu. Aku-,"

"Tch, aku takde masa lah nak dengar semua ni Naeun. Simpan je lah maaf kau tu,"

"Nara,"

"Lepaslah!" jerit Nara bila Naeun menahannya lagi.

"Kenapa ni?"

Tuan Jung dan Puan Lee muncul dari tingkat atas.

"Apa yang kamu terjerit-jerit ni Nara?" soal lelaki berkaca mata itu.

Nara mengetap bibirnya.

"Naeun, kenapa ni? Kenapa menangis?" Tuan Jung mendapatkan anak sulungnya.

Sememangnya sewaktu Naeun meminta maaf tadi, memang matanya sudah berair.

"Kamu cakap apa pada Naeun?" Tuan Jung memandang Nara.

"Appa tanyalah dia," kata Nara.

"Naeun, adik kamu buat apa pada kamu?"

Naeun menggeleng perlahan.

"Jung Nara, sini turun!"

Nara dengan riak muka tidak rela terpaksa menapak turun ke arah bapa dan kembarnya itu.

"Ada apa ni Omma?" Jeno yang baru turun berdiri di sisi ibunya.

"Bagitahu Appa, apa yang jadi? Kamu cakap apa pada Naeun?"

"Appa tanya lah dia. Yaa, Jung Naeun bagitahu lah Appa kenapa kau menangis,"

Naeun hanya menunduk.

"Appa dah agak ada sesuatu yang jadi waktu kami takde. Kamu pun tiba-tiba nak bermalam kat luar," Tuan Jung memandang anak bongsunya itu penuh curiga.

"Kamu tetap tak nak bagitahu apa yang jadi?" soal Tuan Jung.

Nara masih lagi diam.

"Baik, Appa akan buat kamu buka mulut,"

Pangg!

"Ya Tuhan, sayang!"

"Appa!"

Puan Lee segera mendapatkan Nara yang jatuh ke lantai akibat tamparan kuat Tuan Jung itu.

"Appa tampar Nara? Baru tiga hari lepas Nara kena tampar dengan Naeun. Hari ni Appa pula? Baguslah. Omma, Jeno. Tak nak tampar Nara juga?"

"Nara, jangan cakap macam tu," Puan Lee memeluk bahu Nara.

"Jung Naeun, kau memang tak nak buka mulut? Kau memang. Dari dulu sampai sekarang kau tak pernah berani nak mengaku salah kau kan?" Nara memandang Naeun tajam.

Sementara Tuan Jung hanya memeluk bahu Naeun dan memandang Nara.

"Kau hiduplah dengan perangai kau tu. Biar semua orang pandang kau sebagai anak yang baik je. Bukan macam aku,"

Nara terus berlari ke tingkat atas. Dan Naeun juga perlahan-lahan menaiki tangga.

"Ambilkan saya air," Tuan Jung ke sofa ruang tamu.

Dan Puan Lee pula bergegas ke dapur. Sempat dia menepuk bahu Jeno dan menunjuk ke tingkat atas. Jeno yang faham itu segera menaiki tangga untuk melihat keadaan adik tirinya. Jeno cuba memulas tombol pintu bilik Nara dan nasibnya baik kerana ia tidak berkunci. Dia menapak masuk ke dalam bilik tersebut, dan apa yang dilihatnya kali ini, agak berbeza dari sebelum-sebelumnya.

Tiada Jung Nara yang sedang menyumpah seranah sebaliknya dia melihat Nara yang sedang duduk memeluk lutut di tepi katil. Dan gadis itu sedang menangis.

Entah kenapa hati Jeno terusik melihat itu. Rasanya kali pertama dan terakhir dia melihat Nara menangis adalah pada hari pengebumian mendiang neneknya dua tahun lepas.

Dia perlahan duduk di sisi gadis itu. Dan mungkin perasan dengan kehadirannya, Nara mengangkat wajahnya dan menoleh melihat dia.

"Keluar Jeno. Aku takde masa nak bergaduh dengan kau hari ni," ujarnya.

"Siapa cakap aku nak bergaduh dengan kau?"

"Bukan tu ke kau selalu buat tiap kali aku bertekak dengan Appa?" soal Nara.

"Menangislah. Lepaskan semuanya,"

Nara terkedu mendengar apa yang keluar dari mulut lelaki itu. Jeno tersenyum nipis dan mengangguk ke arahnya. Malah dia juga mengusap puncak kepalanya membuatkan Nara kembali membenamkan kepalanya ke atas lutut dan kembali menangis.

Entah berapa lama dia menangis, Nara sendiri tidak pasti. Yang dia tahu, saat dia berhenti, Jeno masih lagi dengan posisinya tadi. Duduk melunjur kaki dan bersandar pada katil sama sepertinya.

"Kau tak tengok Naeun?" soal Nara.

"Sakit?"

Tidak mengendahkan soalannya, Jeno malah menyentuh tepi bibirnya yang luka itu.

"Nak rasa? Aku boleh cuba tampar kau?" tangan Jeno ditepis perlahan.

Jeno ketawa perlahan. Dia kemudiannya merapatkan badannya ke arah Nara seolah memeluknya.

"Yaa,"

"Sini, aku sapukan ubat,"

Nara memandang kotak pertolongan cemas mini di tangan Jeno. Rupanya Jeno bukan memeluknya tetapi mengambil kotak tersebut yang berada di atas meja tepi katil.

"Tak payahlah. Aku boleh buat sendiri,"

"Aku buatkan," Jeno mengelak bila Nara cuba merampas kotak itu darinya.

Lelaki itu mengambil kapas dan mengelap kesan darah di tepi bibir Nara yang luka itu. Dan setelah ianya hilang, dia mencapai botol kecil yang berisi krim luka itu.

"Sekejap, kau nak letak tu kat bibir aku?"

Jeno mengangguk.

"Tak nak. Nanti bibir aku rasa ubat," Nara menjarakkan sedikit dirinya dari Jeno.

"Tak letak ubat, lambatlah baik. Nanti kau nak makan pun tak seronok,"

Nara menggeleng.

"No, aku tunggu dia baik sendiri je,"

Jeno mengeluh. Dia menutup kembali botol tersebut.

"Yaa, kau nak cepat baik tak? Aku ada satu cara,"

"Apa?"

Jeno tersenyum sebelum dia mendekatkan wajahnya ke Nara dan mencium bibirnya.


Back To You Where stories live. Discover now