22

1K 117 33
                                    

Four Years Later
.
.
.
.
.

"Sayang,"

Puan Lee memandang suaminya yang terbaring di katil hospital itu. Sudah hampir seminggu suaminya di situ sejak dia mengalami serangan jantung minggu lepas.

"Ya. Awak nak apa-apa ke?" soalnya.

"Dah jumpa Nara?"

Puan Lee terdiam sebelum kepalanya digeleng perlahan.

"Agaknya inilah balasan untuk saya. Dulu waktu dia ada, saya selalu beza-bezakan dia dengan Naeun. Saya salahkan dia atas kematian isteri saya. Waktu dia lari pun, saya ugut untuk sekat semua kad dia. Sekarang bila dah sakit macam ni, barulah saya rindukan dia," ujar Tuan Jung.

"Sayang, janganlah cakap macam tu. Saya yakin, Nara akan balik. Empat tahun dia pergi, mesti dia akan rindukan kita juga. Sabar ya sayang, tak lama lagi kita akan jumpa dia," tangan suaminya diusap.

"Saya takut saya tak sempat," ujar Tuan Jung sayu.

Sepanjang kepergian Nara, dia tidak pernah mahu mencari anak bongsunya itu disebabkan rasa ego dalam dirinya. Malah, dia menyekat semua kad kredit dan akaun bank yang diberikan kepada Nara dengan harapan Nara akan pulang dan meminta maaf padanya. Tetapi dia silap, Nara memang tidak kembali.

"Oh ya, awak kata awak nak bercuti dengan kawan-kawan awak kan?"

"Takpe lah sayang. Awak dekat sini, takkan saya nak tinggalkan,"

"Eunjung. Saya sendiri tak ingat bila kali terakhir saya bawa awak bercuti. Awak pergilah. Jangan risaukan saya. Naeun dengan Jeno ada untuk tengokkan saya," kepala isterinya diusap.

"Takpe, saya-,"

"Saya izinkan awak pergi Eunjung. Awak pun patut ada masa untuk diri sendiri. Jangan risaukan saya okay," tangan isterinya digenggam.

Puan Lee akhirnya mengangguk.

.....

"Pantai?"

Irene mengangguk.

"Dia cakap kawan-kawan dia tunjuk gambar diorang dekat pantai bahagian depan resort baru buka tu. Cantik katanya. Siap ada mini playground lagi," ujar Irene.

Sambil itu dia meletakkan piring berisi kek coklat di hadapan Nara.

"Wow, kek coklat boyfriend bagi ke?" soal Nara.

Irene tersenyum malu manakala Nara sudah tersenyum mengusik.

"Mama!"

"Haa tu, dah bangun dah hero Nara,"

Nara tersenyum saat dia melihat seorang kanak-kanak lelaki berjalan menuruni tangga dan berlari ke arah meja makan tempat mereka berada.

"Aigoo, putera kacak Mama dah bangun?" tubuh kecil itu diangkat dan diriba.

"Mama," lehernya dipeluk oleh kanak-kanak tersebut dan dia mencium puncak kepala anak lelakinya itu.

Lee Ayden. Anak hasil hubungannya dengan Jeno. Seminggu selepas dia dan Irene tiba di Jeju, dia mengetahui dirinya sedang mengandung.

Awalnya dia berkeras untuk membuang bayi tersebut kerana tidak mahu mengingati Jeno. Tetapi Irene berkeras agar dia tetap menjaganya. Dan sekarang Nara sangat bersyukur kerana dia mendengar nasihat Irene. Jika tidak sudah pasti dia tidak akan berkesempatan untuk menjadi ibu kepada si comel Ayden.

"Mommy Irene kata Ayden nak pergi pantai. Betul ke?" soal Nara sambil meletakkan Ayden di kerusi sebelahnya.

Ayden mengangguk.

"Boleh ke Mama?" soal anak kecil itu.

Nara tersenyum dan mengangguk.

"Yeay!" Ayden menjerit teruja.

"Tapi sebelum pergi, kena makan dulu. Ni kek coklat special tau," Nara sempat mengusik Irene.

"Okay, Ayden makan sekarang,"

Nara mengusap kepala anaknya itu.

"Mama pergi tukar baju sekejap tau sayang,"

"Unnie, tengokkan dia tau,"

Irene mengangguk dan Nara terus naik ke tingkat atas untuk menukar pakaian.

.....

"Sukanya dia," Irene tersenyum melihat Ayden yang berlari di hadapan mereka.

Nara ikut tersenyum. Dia cukup gembira mampu membuat anak kecil kesayangannya itu tersenyum.

"Ayden, hati-hati sayang!" dia menjerit bila melihat Ayden yang sesekali hampir terjatuh itu.

"Cepatnya masa berlalu kan?"

Nara mengangguk.

"Kalau Unnie tak pujuk Nara dulu, mungkin Ayden takkan ada sekarang,"

"Hey, tak baik cakap macam tu. Ini semua takdir Nara. Ayden memang ditakdirkan untuk lahir sebagai anak yang comel untuk Nara," ujar Irene.

"Dan dapat Mommy cantik macam Unnie,"

"Hish, suka kenakan orang," Irene mencubit bahu Nara sebelum mereka berdua ketawa.

"Mama!"

Mereka berdua berhenti ketawa dan kembali memandang Ayden. Dilihatnya anak kecil itu sudah jatuh terduduk di pasir pantai.

"Ayden!"

Kedua mereka terus berlari mendapatkan Ayden. Namun, ada seorang wanita yang sudah lebih awal membantu anak kecil itu.

"Mama," Ayden yang sudah mampu berdiri itu segera memeluk tubuh Nara yang sudah duduk melutut menyamai ketinggiannya itu.

"Anak Mama okay?" soalnya.

Ayden mengangguk dengan mata yang berair. Nara segera mengusap belakang tubuh anak kecil itu.

"Nara? Jung Nara?"

Tangan yang sedang mengusap belakang bada Ayden itu terhenti. Kepalanya diangkat untuk melihat orang yang baru menyebut namanya itu.

"Omma?" suara Nara bergetar.

Padangan matanya bertemu dengan Puan Lee yang juga merupakan orang yang membantu Ayden tadi.

"Nara? Kamu betul-betul Nara kan?"
























Help, I'm so in love with Ayden from Epex. So saya guna lah nama dia🤭

Back To You Where stories live. Discover now